Al-Jazeera dedah tawaran serah Baitulmaqdis kepada Israel

DUBAI: Perunding Palestin pada 2008 menawarkan untuk menyerahkan sebahagian besar timur Baitulmaqdis dalam rundingan damai dengan Israel, saluran berita Al-Jazeera melaporkan kelmarin, memetik ‘dokumen rahsia’.
Ketua perunding Palestin Saeb Erakat, bagaimanapun, menyangkal laporan rangkaian televisyen berpusat di Doha itu, menyatakan kepemimpinan Palestin tiada ‘apa yang mahu disembunyikan’ dan menolak kebanyakan butir laporan berkenaan sebagai ‘penipuan’.

Al-Jazeera melaporkan kawasan Baitulmaqdis yang ditawarkan membabitkan penempatan haram Yahudi sudah dibina termasuk French Hill, Ramat Alon dan Gilo serta Jewish Quarter dan sebahagian Armenian Quarter di bandar lama Baitulmaqdis.

Israel, tambah saluran satelit Arab itu, tidak menawarkan apa-apa sebagai balasan dalam apa yang digelar ‘tawaran bersejarah’ dari penduduk Palestin, dalam dokumen di mana akhbar The Guardian, Britain turut mendedahkan perkara yang sama.

Al-Jazeera berkata tuntutan itu muncul dalam satu pertemuan Jun 2008 di Baitulmaqdis di antara Condoleezza Rice, ketika itu Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Menteri Luar Israel ketika itu Tzipi Livni dan bekas Perdana Menteri Palestin Ahmad Qorei serta Erakat.

“Cadangan terakhir ini mungkin membantu dalam proses pertukaran,” Qorei dipetik sebagai berkata dalam ‘Dokumen Palestin’.

“Kami mencadangkan bahawa Israel menduduki semua penempatan di Baitulmaqdis kecuali Jabal Abu Ghneim (Har Homa),” katanya dalam dokumen dipetik oleh saluran berita itu.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah kami membuat cadangan sedemikian; kami enggan melakukannya di Kem David,” beliau menambah merujuk kepada rundingan damai Kem David 2000 dianjurkan Amerika dihadiri Allahyarham pemimpin Palestin Yasser Arafat.

Namun “pihak Israel enggan menerimanya, malah enggan meletakkan Baitulmaqdis dalam agenda, lebih-lebih lagi menawar balas tawaran Pihak Berkuasa Palestin (PA) itu,” kata laporan berkenaan.

Qorei memberitahu Livni dalam pertemuan Jun 2008, tiada rundingan boleh dibuat berhubung penempatan Yahudi di Tebing Barat, menurut Dokumen Palestin.

Laporan itu muncul ketika kuasa dunia mencari jalan memujuk Israel dan Palestin kembali ke meja rundingan selepas rundingan damai langsung tertangguh September lalu berikutan langkah Tel Aviv untuk meneruskan rancangannya membina penempatan haram.

Washington kelmarin berkata ia sedang mengkaji ‘tawaran Palestin’ berkenaan. – AFP

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: