Bilangan pesakit mental di Malaysia meningkat

BILANGAN pesakit mental seperti dua beradik ini, Mohd. Mozamri Dasan (kiri) dan Tarmizi semakin meningkat ekoran tekanan hidup zaman moden.- Gambar hiasan

 


 

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan rakyat negara ini dengan bilangan pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu meningkat 15.6 peratus atau sebanyak 400,227 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, angka itu mencatat peningkatan 15.6 peratus berbanding tahun 2009.

“Menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini semalam.

Beliau berkata, untuk membendung gejala ini di peringkat usia muda, pihaknya akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di sekolah sepanjang tahun ini.

Advertisements

Satu Respons

  1. Assalamualaikum, saya mohon bertanya, adakah gambar yang dipaparkan adalah pesakit mental yang sebenar, jika ya adakah mereka/keluarga telah memberi kebenaran (consent), sekiranya tidak, saya mohon membuang gambar mereka bagi mengelakkan konotosi negatif dari masyarakat seperti label atau stigma sosial terhadap pesakit dan keluarga. Sekian.- pensyarah kerja sosial UKM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: