• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,210,715 orang
  • Kandungan Blog

Hidup Bermadu kena bijak, matang

Oleh SHOLINA OSMAN

Seringkali berlaku pertengkaran di kalangan isteri-isteri yang bermadu dalam kehidupan berumah tangga. – Gambar hiasan.

 


 

TERINGAT pesanan ibu, kalau rasa diri tidak ‘bijak dan matang’ maka jangan sesekali cuba untuk hidup bermadu.

‘Bijak dan matang’ yang dikaitkan dengan bermadu itu membawa maksud cukup mendalam kerana bukan calang-calang wanita berjaya yang boleh menatang pesanan ini dengan sempurna.

Sekali gus pesanan ini sebenarnya amaran untuk mana-mana wanita muda, janda atau balu supaya tidak mudah terpana dengan rayuan cinta suami orang sehingga terjebak ke alam hidup bermadu.

Jika telah ditakdirkan masih juga gagal untuk menghalang jodoh yang terlalu kuat untuk bermadu maka persiapkan diri dengan sebaik mungkin.

Ini kerana sudah menjadi lumrah di dalam poligami, bukan sahaja antara isteri berlumba-lumba untuk menambat hati suami malah akan berdepan dengan tekanan berganda.

Kehidupan bermadu di zaman ini juga semakin kronik berbanding zaman dahulu memandangkan rata-rata wanita sebenarnya tidak bersedia.

Apatah lagi apabila ‘bertemankan’ suami yang dari perkahwinan pertamanya juga masih belum sempurna tetapi dengan tanpa rasa bersalah mahu membina perkahwinan yang seterusnya.

Dunia yang pada mulanya disangka indah akhirnya mula dipenuhi dengan cabaran yang mula membuatkan kehidupan semakin menjadi haru-biru.

Ada yang melakukan pelbagai usaha termasuk sanggup mendapatkan bantuan bomoh sehingga terjebak dengan perbuatan syirik.

Bagi yang tidak sabar pula, sanggup bertindak di luar batas kemanusiaan termasuk mencederakan madu dan anak-anaknya tanpa ada perasaan belas kasihan.

Ini termasuk kes terbaru yang mana hanya kerana perselisihan faham, seorang suri rumah sanggup menetak madunya dengan parang sehingga cedera di rumah mereka di Kampung Baru Sungai Korok, Kubang Pasu, Kedah pada 7 Januari lalu.

Dalam pergaduhan kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Siti Aminah Hanafi, 50, yang juga isteri pertama, cedera di dahi, pipi dan tangan setelah ditetak madunya berusia 26 tahun.

Anak mangsa, Nurul Shuhada Saad, 16, turut cedera di kaki akibat terkena libasan parang itu ketika cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.

Peristiwa seperti ini sepatutnya membuka mata masyarakat Islam di negara ini supaya tidak memandang remeh isu ini walaupun hidup bermadu itu dihalalkan.

Suami sebagai ketua keluarga sepatutnya menjalankan amanah menguruskan kesemua ahli keluarganya dengan sempurna dan jangan sampai mengakibatkan berlakunya pertumpahan darah.

Islam sudah meletakkan panduan bermadu dengan cukup sempurna tetapi sayangnya bukan sahaja suami bersikap ‘lepas tangan’ sebagai ketua keluarga tetapi gagal mendidik isteri.

Pensyarah Kaunseling dan Naib Setiausaha Persatuan Kaunseling Malaysia (Perkama), Prof. Madya Datin Dr. Sapora Sipon berkata, hidup di alam poligami bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia menuntut kepada pengorbanan suami, isteri dan madu.

”Bukan itu sahaja, ia akan memberi kesan kepada struktur keluarga seperti anak, ibu bapa, mertua dan yang berkaitan,” katanya.

Maka apabila aspek seperti emosi, kewangan, penjagaan anak, ahli keluarga dan kesihatan diri tidak dapat dikawal dengan baik, ia boleh mewujudkan konflik dan apabila tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan pergaduhan.

Hidup dalam tekanan memang sesuatu yang biasa bagi seorang isteri, apatah lagi bagi seorang madu. Ini kerana dalam bermadu lebih banyak hati yang perlu dijaga, termasuk hati sendiri.

Perjalanan hidup keluarga wanita bermadu juga lebih kompleks. Tekanan juga tidak sama bagi setiap wanita.

Sama ada bekerja atau seorang suri rumah, wanita bermadu mempunyai masalah tersendiri. Ada wanita yang lebih kuat dari wanita lain kerana setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza.

Masalah timbul apabila emosi tidak dapat dikawal kerana tekanan yang tinggi. Kebiasaannya, tekanan yang dihadapi oleh wanita bermadu memang lebih. Apa yang lebih penting ialah mencari jalan untuk mengurus tekanan.

Sehubungan itu, kata Sapora, langkah yang perlu diambil oleh wanita yang hidup bermadu khususnya bagi menyesuaikan suasana kehidupan setelah sebahagian kebahagiannya selama ini dirampas oleh wanita lain.

“Ini bukan sesuatu yang mudah kerana ia bukan sahaja melibatkan soal hati, tetapi perkara-perkara lain seperti kewangan dan hak,” jelasnya.

Antara langkah yang boleh diambil ialah menerima takdir dan menganggap bahawa ia sebahagian daripada kehidupan yang perlu dilalui. Perbaiki kerosakan yang dideritai hati akibat takdir ini.

”Fokuskan kerja-kerja memperbaiki kelemahan diri dan memahami suara hati antara sesama isteri,” katanya.

Pegangan agama mesti menjadi kekuatan antara mereka. Peranan suami sebagai pemimpin diharapkan boleh menyelesaikan kemelut dan konflik dengan terapi al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Jika mana-mana ahli tidak dapat menyesuaikan diri dalam hidup bermadu, keadaan menjadi sukar.

Tujuan perkahwinan di antara seorang mukmin dan mukminah adalah untuk menguatkan iman, memudahkan kerja-kerja ibadah kepada Allah SWT dan menyucikan keperibadian, di samping menurunkan zuriat yang soleh.

Apabila suami turut mempunyai iman yang lemah, isteri mesti memiliki kemampuan sendiri untuk menciptakan suasana harmoni, meletakkan segala-galanya atas kuasa Allah SWT dan berusaha berdiri di atas kaki sendiri.

Bermadu dalam rumahtangga perlu pengorbanan

Oleh SHOLINA OSMAN

Penyampai radio terkenal, Salih Yaacob yang mengamalkan cara hidup berpoligami pernah menyatakan rasa bahagianya hidup bersama kesemua isteri-isterinya. – Gambar hiasan

 


 

BERMADU sering dikaitkan dengan masalah. Jadi mana-mana lelaki yang mahu menambah isteri atau wanita yang hendak menjadi isteri kedua dan seterusnya perlu sedar akan hakikat ini.

Ketua 1 Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Pertiwi), Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, sangat kecil bilangan pasangan yang bermadu tidak ditimpa masalah.

”Banyak yang ber masalah memandangkan suami biasanya gagal untuk mengimbangi kesemua hak ke atas isteri-isteri dan anak-anak dengan penuh adil dan saksama,” katanya.

Malah terlalu sukar bagi suami untuk menenangkan perasaan isteri yang sentiasa bergelora dan cemburu. Ia sudah menjadi lumrah bagi wanita, iaitu mereka sukar berkongsi kasih sayang seorang suami.

Sehubungan itu, katanya, disebabkan kehidupan bermadu ini begitu luar biasa keadaannya maka wanita perlu berhati-hati sebelum terlanjur berhubungan dengan suami orang.

Malah katanya, suami orang pula jangan sibuk mengejar wanita di luar sehingga terlibat dalam perkahwinan bermadu sedangkan perkahwinan pertama juga masih belum sempurna.

”Wanita pula jangan terlalu mengimpikan sebuah perkahwinan indah bagai di syurga jika lelaki yang bakal dikahwini itu suami orang,” katanya.

Kata Nik Safiah, ini memandangkan bermadu memerlukan pengorbanan yang besar dan jika tidak yakin berdepan dengan tekanan yang bakal dihadapi maka lebih selamat mengundurkan diri.

Presiden Kelab Wanita Perak Wilayah Persekutuan dan Selangor (PLC), Siti Hendon Chik berkata, wanita yang bermadu sepatutnya tidak cuba menganggu kehidupan isteri-isteri suaminya yang lain.

”Jika saling bercakaran maka akan menambahkan lagi haru-biru dalam perkahwinan bermadu yang telah sedia diketahui memang penuh dengan onak dan duri,” katanya.

Jelasnya, para isteri tidak perlu cemburu antara satu sama lain tetapi yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk menambat hati suami dan sekali gus bahagia dalam perkahwinan itu.

Disebabkan tidak yakin dengan diri sendiri menjadi punca menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Antaranya, bertindak ganas seperti mendatangkan kecederaan atau kesakitan terhadap madu atau menggunakan ilmu hitam dengan bantuan bomoh.

Siti Hendon berkata, setiap isteri mesti yakin dengan kebolehan yang ada pada diri masing-masing.

”Kalau tidak masakan suami orang boleh terpikat dengan dia sedangkan pada masa itu telah mempunyai isteri dan kehidupan yang bahagia,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, isteri-isteri mesti tahu tanggungjawab masing-masing dengan dibantu serta disokong oleh suami jika berdepan dengan apa-apa masalah.

Jelasnya, lelaki yang mengamalkan poligami perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesemua isteri termasuk membimbing mereka ke arah kebaikan.

Poligami boleh diamalkan jika suami bertindak adil dalam menyediakan semua keperluan untuk kesemua isteri dan anak-anaknya sehingga tidak ada perasaan curiga.

Penduduk Islam seluruh dunia bertambah

 

WASHINGTON – Populasi umat Islam di seluruh dunia dijangka bertambah dua kali ganda lebih cepat berbanding penduduk bukan Islam dalam tempoh 20 tahun akan datang, menurut kajian terbaru, semalam.

Kajian itu melaporkan, umat Islam diramal mencecah hampir 30 peratus daripada penduduk bumi pada 2030.

Penyelidik Forum Pew bagi Kehidupan Awam dan Agama, sebuah organisasi bukan kerajaan, menjangka populasi umat Islam akan bertambah sebanyak 1.5 peratus setiap tahun sepanjang dua dekad, berbanding pertumbuhan penduduk bukan Islam sebanyak 0.7 peratus setiap tahun.

Kajian bertajuk Populasi Umat Islam Pada Masa Depan itu meramalkan pada 2030, sebanyak 26.4 peratus daripada 8.3 bilion penduduk dunia pada masa itu beragama Islam.

Penduduk Islam merangkumi 23.4 peratus daripada 6.9 bilion manusia yang berada di bumi pada masa ini.

Kajian itu turut melaporkan enam daripada 10 umat Islam akan menetap di Asia Pasifik dan Pakistan dijangka menyaingi Indonesia sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Al-Jazeera dedah tawaran serah Baitulmaqdis kepada Israel

DUBAI: Perunding Palestin pada 2008 menawarkan untuk menyerahkan sebahagian besar timur Baitulmaqdis dalam rundingan damai dengan Israel, saluran berita Al-Jazeera melaporkan kelmarin, memetik ‘dokumen rahsia’.
Ketua perunding Palestin Saeb Erakat, bagaimanapun, menyangkal laporan rangkaian televisyen berpusat di Doha itu, menyatakan kepemimpinan Palestin tiada ‘apa yang mahu disembunyikan’ dan menolak kebanyakan butir laporan berkenaan sebagai ‘penipuan’.

Al-Jazeera melaporkan kawasan Baitulmaqdis yang ditawarkan membabitkan penempatan haram Yahudi sudah dibina termasuk French Hill, Ramat Alon dan Gilo serta Jewish Quarter dan sebahagian Armenian Quarter di bandar lama Baitulmaqdis.

Israel, tambah saluran satelit Arab itu, tidak menawarkan apa-apa sebagai balasan dalam apa yang digelar ‘tawaran bersejarah’ dari penduduk Palestin, dalam dokumen di mana akhbar The Guardian, Britain turut mendedahkan perkara yang sama.

Al-Jazeera berkata tuntutan itu muncul dalam satu pertemuan Jun 2008 di Baitulmaqdis di antara Condoleezza Rice, ketika itu Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Menteri Luar Israel ketika itu Tzipi Livni dan bekas Perdana Menteri Palestin Ahmad Qorei serta Erakat.

“Cadangan terakhir ini mungkin membantu dalam proses pertukaran,” Qorei dipetik sebagai berkata dalam ‘Dokumen Palestin’.

“Kami mencadangkan bahawa Israel menduduki semua penempatan di Baitulmaqdis kecuali Jabal Abu Ghneim (Har Homa),” katanya dalam dokumen dipetik oleh saluran berita itu.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah kami membuat cadangan sedemikian; kami enggan melakukannya di Kem David,” beliau menambah merujuk kepada rundingan damai Kem David 2000 dianjurkan Amerika dihadiri Allahyarham pemimpin Palestin Yasser Arafat.

Namun “pihak Israel enggan menerimanya, malah enggan meletakkan Baitulmaqdis dalam agenda, lebih-lebih lagi menawar balas tawaran Pihak Berkuasa Palestin (PA) itu,” kata laporan berkenaan.

Qorei memberitahu Livni dalam pertemuan Jun 2008, tiada rundingan boleh dibuat berhubung penempatan Yahudi di Tebing Barat, menurut Dokumen Palestin.

Laporan itu muncul ketika kuasa dunia mencari jalan memujuk Israel dan Palestin kembali ke meja rundingan selepas rundingan damai langsung tertangguh September lalu berikutan langkah Tel Aviv untuk meneruskan rancangannya membina penempatan haram.

Washington kelmarin berkata ia sedang mengkaji ‘tawaran Palestin’ berkenaan. – AFP

Badan bertukar biru selepas berenang di tasik

 
 

TUBUH seorang lelaki bertukar menjadi biru di Tasik Gippsland, Australia baru-baru ini.

 


 

VICTORIA, Australia – Sekumpulan individu yang berenang pada waktu malam di Tasik Gippsland, baru-baru ini terkejut apabila tubuh mereka menjadi biru, lapor sebuah akhbar kelmarin.

“Ia kelihatan seperti kami bermain dengan cat radioaktif,” kata seorang jurugambar, Phil Hart yang merakamkan gambar pelik itu apabila dia dan rakannya selesai berenang di sebuah tasik.

Cahaya itu terbentuk oleh satu tindak balas kimia apabila kehidupan mikro organisma yang hidup secara semula jadi di dalam air diganggu.

Kombinasi kebakaran hutan dan banjir dipercayai menyebabkan tahap nutrien di dalam tasik itu bertambah. “Saya rasa bertuah kerana diberi peluang untuk melihat fenomena ini,” kata Phil. – Agensi

Hospital pecat petugas bertudung

Jururawat Jawa Timur terima 3 surat amaran
SIDOARJO: Seorang jururawat di Jawa Timur berisiko dipecat kerana memakai tudung ketika bertugas dalam apa yang digelar suaminya kes jelas diskriminasi agama.

Nurul Hanifah, yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Delta Surya di daerah ini selama tujuh tahun sudah menerima dua surat amaran mengenai tudung itu, menurut suaminya, Mohammad Fahmi.

Undang-undang buruh menyatakan bahawa seorang kakitangan boleh dipecat selepas menerima tiga surat amaran.

Fahmi berkata, kelmarin isterinya itu hanya mula memakai tudung sepenuh masa selepas mereka kembali dari menunaikan Haji di Makkah.

Sebelum ini, Nurul hanya memakai tudung di luar waktu kerja untuk mematuhi kod berpakaian hospital terbabit.

“Beliau memberi alasan ia sebahagian kepercayaannya, lebih-lebih lagi beliau sudah menunaikan haji,” kata Fahmi.

“Justeru amat memalukan mereka menjadikannya satu isu besar.” Bercakap kepada pegawai di Yayasan Bantuan Perundangan Surabaya (LBH), Fahmi berkata beliau akan memfailkan aduan di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Ma-nusia Nasional (Komnas HAM).

Beliau juga berkata, akan melobi kepada hospital supaya mengkaji kod pakaiannya yang melarang kakitangan kesihatan memakai tudung berikutan kebimba-ngan kesihatan.

Tudung biasanya menutup rambut, telinga dan leher serta bahu, bukan bahagian muka.

“Hakikatnya, ramai kakitangan wanita di hospital itu memakai tudung namun mereka takut untuk bersuara,” kata Fahmi.

Pengarah LBH M. Syaiful Aris, berkata kes itu adalah ‘sesuatu yang serius’ kerana larangan ke atas tudung dianggap pelanggaran hak asasi manusia.

Aris berkata, memakai tudung adalah cara melahirkan ketaatan dan setiap wanita Islam berhak memakainya.

Katanya, hak itu dilindungi mengikut Pematuhan Hak Awam dan Berpolitik Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

“Kami menuntut Komnas HAM melancarkan siasatan terhadap pelanggaran hak oleh Hospital Delta Surya,” katanya.

Bagaimanapun, Pengarah Presiden Hospital berkenaan Dawam Wahab, mempertahankan kod berpakaian itu, menyatakan ia sudah dilaksanakan selama beberapa tahun dan malah diluluskan pihak berkuasa daerah. – Agensi

Pemilik hotel cegah maksiat kena denda

LONDON: Sepasang suami isteri pemilik hotel dikenakan denda kerana mengamalkan dasar melarang pelanggan belum berkahwin menempah bilik penginapan di situ.

Hakim, Andrew Rutherford, berkata Peter dan Hazelmary Bull melanggar undang-undang apabila menolak tempahan pasangan ‘gay’ Martyn Hall dan Steven Preddy lewat 2008.

Meskipun mereka menolak tempahan semua pasangan belum berkahwin, Rutherford memberi pampasan £1,800 (RM9,000) kepada Hall dan Preddy. – AP

Facebook, Twitter melekakan dan boleh jadi gila

 

MASSACHUSETTS – Kajian mendapati laman sosial Facebook dan Twitter mampu membuat manusia cende-rung mengasingkan diri daripada dunia nyata.

Penyelidik Institut Teknologi Massachusetts, Amerika Syarikat (AS), Sherry Turkle mendakwa, laman sosial itu mampu mendominasi kehidupan harian, membuat seseorang itu terpencil dan tidak bersikap seperti seorang manusia.

Menurutnya, teknologi itu sebenarnya mengasingkan individu daripada berkomunikasi dengan manusia sesama manusia melalui alam maya adalah sesuatu yang buruk untuk dunia nyata.

“Laman sosial ini memberi kesan kepada manusia, termasuk membuat seseorang itu gila dan memberi impak buruk kepada kelakuan mereka seperti dilakukan Simone Back, bulan lalu,” katanya.

Back, 42, seorang pekerja badan kebajikan Britain, dijumpai mati selepas mengambil ubat berlebihan dos akibat tertekan di rumahnya di Brighton, bulan lalu.

Namun, penyokong Facebook dan Twitter menuntut media sosial memberi manfaat kepada kehidupan seharian, misalnya, mampu berkomunikasi dengan lebih baik untuk hubungan jarak jauh

Doa pilihan daripada al-Quran

1.       DOA supaya tidak berputus asa

 

رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا 

“Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban dan aku belum puas pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, Ya Tuhanku.” (Surah Maryam ayat 4).

  

 

 

 

2.       DOA mohon dilapangkan dada dan dipermudahkan segala urusan.


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي   وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي 

“Berkata Musa: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku.” (Surah Thaha ayat 25-26).

3.       DOA mohon dilancarkan lisan dalam berbicara


وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي   يَفْقَهُوا قَوْلِي

“Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku.” (Surah Thaha ayat 27-28)


4. DOA mohon keampunan untuk diri, ibu bapa dan orang-orang beriman pada hari kiamat


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

“Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang Mukmin pada hari terjadinya hari hisab (hari kiamat).” (Surah Ibrahim ayat 41).

5. DOA mohon kasih sayang untuk kedua ibu bapa.

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

“Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.” (Surah al-Isra’ ayat 24).

6. DOA mohon kurnia rahmat dan petunjuk yang lurus segala urusan.

 

إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

“(Ingatlah) tatkala pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, berilah rahmat kepada kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagin kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.” (Surah al-Kahfi ayat 10).

7. DOA mohon agar diri dan keturunan dijadikan orang yang tetap mendirikan solat.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”
(Surah Ibrahim ayat 40).

8. DOA mohon keampunan atas kesalahan meminta sesuatu yang tidak diketahui hakikatnya.

 

قَالَ رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ   

“Nuh berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dan memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui hakikatnya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi.” (Surah Hud ayat 47).

9. DOA mohon dihindarkan daripada fitnah dan diselamatkan daripada tipu daya orang kafir.

فَقَالُوا عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِين   وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنَ الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

“Kepada Allahlah kami bertawakal! Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau daripada (tipu daya) orang-orang kafir.” (Surah Yunus ayat 85-86).

10. DOA mohon diberi keputusan yang baik

 

وَسِعَ رَبُّنَا كُلَّ شَيْءٍ عِلْمًا ۚ عَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْنَا ۚ رَبَّنَا افْتَحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ قَوْمِنَا بِالْحَقِّ وَأَنْتَ خَيْرُ الْفَاتِحِينَ

“Pengetahuan Tuhan kami meliputi segala sesuatu. Kepada Allah sajalah kami bertawakal. Ya Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan hak (adil) dan Engkaulah Pemberi keputusan yang sebaik-baiknya.” (Surah al-A’raaf ayat 89).

 

Kuliah Tafaqquh Syeikh Nuruddin al-Banjari di Kelantan

Kuliah tafaqquh yang akan disampaikan oleh Syeikh Nuruddin al-Banjari bertempat

Pondok Ihya’ al-Ulum

D/A Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-Qiraat

Jalan Sek. Keb. Sri Kiambang, Repek, 17070 Pasir Mas, Kelantan

Ustaz Subki : 019-9394185 / 09-7905477

Tarikh : 12 hingga 18 Rabiul Awwal 1432H bersamaan 15 hingga 21 Februari 2011M

Tempat terhad untuk 70 orang pelajar yang dibiayai penuh oleh penganjur

Pendaftaran dibuka sekarang di mana pelajar yang berminat boleh hubungi telefon sebagaimana yang tertera di atas