• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    al-bakriah.com

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

     

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,345,143 orang
  • Kandungan Blog

Cadang bakar mayat Muslim, atasi masalah kubur

 Oleh: satubenih

Dengan tanah perkuburan semakin berkurangan di Turki, gesaan Datuk Bandar Antalya Mustafa Akaydin (gambar) yang mencadangkan supaya pusat pembakaran mayat diwujudkan di bandar  Mediterranean itu telah mengundang perbincangan hangat. Syarikat-syarikat pengurusan jenazah berkata permintaan terhadap pembakaran mayat semakin bertambah, dan ianya sah di sisi undang-undang, tetapi dibantah oleh para ulama kerana bertentangan dengan nilai-nilai agama.Keadaan kesesakan dikawasan perkuburan sekitar bandar Mediteranean Antalya telah mengundang perbincangan hangat di Turki tentang kemungkinan mewujudkan pusat pembakaran mayat (PPM) di negara itu.

Kami tak dapat selesaikan masalah mencari tanah perkuburan; kawasan yang ada sekarang akan dipenuhi dalam masa tiga bulan,” kata datuk Bandar Antalya Mustafa Akaydın kepada akhbar Hürriyet minggu lepas.

 “Saya terfikir untuk membuka sebuah PPM sebagai jalan penyelesaian, dan saya tahu akan dicemuh kerana berkata begitu. Kita tinggal dalam sebuah negara Muslim.”

Walaupun undang-undang semasa membenarkan pihak majlis perbandaran membuka PPM jika ada permintaan, ia tidak pula menyatakan tentang spesifikasi pembinaan, dan sesiapa sahaja yang bercadang untuk menyediakan atau menggunakan perkhidmatan itu akan berdepan dengan penentangan dari penduduk Muslim negara itu, kerana pihak berkuasa agama menentang pembakaran mayat.

 “Terdapat peningkatan dalam permintaan kepada perkhidmatan ini, terutamanya dari warga asing yang tinggal di Turki,” kata Murat Arslanoğlu, pemilik Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Fempa, kepada akhbar Hürriyet. “Hampir 5 peratus pelanggan kami menghendaki supaya mayat mereka nanti dibakar dan saya rasa ianya berkaitan dengan kebebasan.”Arslanoğlu berkata yang beliau telah memohon kepada majlis perbandaran metropolitan Antalya dan Istanbul untuk membina sebuah PPM di Turki, tapi mendapat respon negatif.

“Pihak Datuk Bandar Metropolitan Istanbul memberitahu yang isu tersebut di luar bidang kuasa mereka,” kata Arslanoğlu kepada Daily News. “Tapi saya rasa mereka berkata begitu kerana tiada spesifikasi pembinaan.”

Pada masa sekarang, undang-undang sanitasi meletakkan tanggungjawab merekabentuk dan mengurus tanah perkuburan kepada pihak pentadbiran bandar. “Jika undang-undang membenarkannya tetapi tidak menetapkan peraturan pembinaan, maka ianya harus diinterpretasikan sebagai satu hak undang-undang,” kata Ali Ersin Gür, bekas presiden Kesatuan Peguam Kontemporari, kepada Daily News.

“Terdapat ramai yang mempunyai kepercayaan agama berbeza di Turki dan jika terdapat permintaan seperti itu, maka ianya memang sah di sisi undang-undang.”

Halangan agama

Pihak berkuasa agama Islam, bagaimanapun, menentang pembakatan mayat. “Menurut Islam, mayat hanya boleh dikapan dan dikebumikan,” kata Saim Yeprem, professor pengajian ketuhanan di Istanbul Marmara University. “Oleh yang demikian, seorang Muslim tidak boleh dibakar.”Mehmet Nuri Yılmaz, bekas presiden Direktorat Hubungan Agama, bersetuju.

“Ianya amalan yang tidak sah di sisi Islam,” Yılmaz memberitahu Daily News. “Tradisi Islam menetapkan pengkebumian kepada yang telah mati. Walau bagaimanapun, jika seseorang meminta supaya dibakar, permintaan itu harus dipenuhi.”

Artis Turki Meral Okay (gambar) adalah antara Muslim yang memilih untuk dibakar apabila meninggal nanti. “Saya bukanlah seorang yang hampir dengan Buddhisme  atau jauh dari Islam. Saya seorang yang taat beragama,” kata Okay dalam satu temubual. “Tapi saya rasa kami harus diberi pilihan bagi menentukan bagaimana jenazah kami diuruskan selepas meninggal nanti.”

Mayat Leyla Gencer dibakar

Tinggalkan komen