• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,210,714 orang
  • Kandungan Blog

Pendaftaran Halaqah Ilmu ditutup sejak 2 minggu lalu

Pendaftaran bagi menempah tempat bagi program khas sempena cuti Sekolah/IPT melalui telefon atau e-mail telah ditutup semenjak 2 minggu lalu. Ramai peserta yang dilewat terpaksa ditolak memandang tempat terlalu terhad.

Peserta yang telah mendaftar diperingatkan bahawa tarikh daftar masuk ialah mula jam 2.30 petang Sabtu ini 4 Disember 2010 di Pondok Pasir Tumboh

Sebarang pendaftaran baru tidak lagi diterima walau pun setiap hari ramai yang membuat rayuan memandangkan pihak urusetia menghadkan jumlah tertentu sahaja bagi melicinkan perjalanan program selama 2 minggu ini

Negara Arab minta AS serang Iran

GAMBAR bertarikh 27 Februari 2005 menunjukkan bangunan reaktor nuklear Bushehr milik Iran.

 


 

WASHINGTON – Dokumen sulit Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan dalam laman web WikiLeaks di Internet kelmarin mendedahkan bahawa pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah meminta AS menyerang Iran.

Tujuan serangan itu diminta adalah untuk menghalang program nuklear Iran.

Maklumat itu didedahkan menerusi penghantaran maklumat menerusi kabel melalui kedutaan AS.

Ia turut mendedahkan bahawa AS, Israel dan negara-negara Arab mengesyaki bahawa Iran semakin hampir untuk mengeluarkan senjata nuklear.

Raja Arab Saudi berulang kali menggesa AS untuk menyerang Iran bagi menamatkan program senjata nuklearnya.

“Baginda (Raja Abdullah) memberitahu anda (pegawai-pegawai AS) untuk memotong kepala ular,” kata Duta Arab Saudi ke Washington, Adel al-Jubeir.

Maklumat itu didedahkan berdasarkan satu laporan berhubung mesyuarat antara Raja Abdullah dengan pegawai tinggi tentera AS, Jeneral David Petraeus pada April 2008.

Maklumat itu turut mendedahkan bahawa:

* Pegawai-pegawai di Jordan dan Bahrain meminta secara terbuka supaya program nuklear Iran dihentikan dengan menggunakan pelbagai pendekatan termasuk ketenteraan.

* Pemimpin-pemimpin di Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir merujuk Iran sebagai jahat, satu ancaman yang wujud dan satu kuasa yang akan menyebabkan negara tersebut berperang.

* Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates memberi amaran pada Februari lalu bahawa jika usaha-usaha diplomatik gagal risiko perkembangan senjata nuklear di Asia Barat akan berlaku menyebabkan perang berlaku menerusi satu serangan Israel.

* Ketua Perisikan tentera Israel, Mejar Jeneral Amos Yadlin memberi amaran pada tahun lalu bahawa: “Israel tidak berada dalam satu kedudukan untuk silap penilaian ke atas Iran dan menjadi terkejut seperti AS mengenai serangan 11 September 2001.”

Ketika ditanya mengenai kenyataan itu, jurucakap Jabatan Negara AS, PJ Crowley semalam menyatakan bahawa dasar AS adalah tidak memberi komen berhubung bahan-bahan itu.

Iran beulang kali menyatakan bahawa program nuklearnya adalah untuk membekalkan tenaga dan bukan mengeluarkan senjata nuklear. – Agensi

Cadang bakar mayat Muslim, atasi masalah kubur

 Oleh: satubenih

Dengan tanah perkuburan semakin berkurangan di Turki, gesaan Datuk Bandar Antalya Mustafa Akaydin (gambar) yang mencadangkan supaya pusat pembakaran mayat diwujudkan di bandar  Mediterranean itu telah mengundang perbincangan hangat. Syarikat-syarikat pengurusan jenazah berkata permintaan terhadap pembakaran mayat semakin bertambah, dan ianya sah di sisi undang-undang, tetapi dibantah oleh para ulama kerana bertentangan dengan nilai-nilai agama.Keadaan kesesakan dikawasan perkuburan sekitar bandar Mediteranean Antalya telah mengundang perbincangan hangat di Turki tentang kemungkinan mewujudkan pusat pembakaran mayat (PPM) di negara itu.

Kami tak dapat selesaikan masalah mencari tanah perkuburan; kawasan yang ada sekarang akan dipenuhi dalam masa tiga bulan,” kata datuk Bandar Antalya Mustafa Akaydın kepada akhbar Hürriyet minggu lepas.

 “Saya terfikir untuk membuka sebuah PPM sebagai jalan penyelesaian, dan saya tahu akan dicemuh kerana berkata begitu. Kita tinggal dalam sebuah negara Muslim.”

Walaupun undang-undang semasa membenarkan pihak majlis perbandaran membuka PPM jika ada permintaan, ia tidak pula menyatakan tentang spesifikasi pembinaan, dan sesiapa sahaja yang bercadang untuk menyediakan atau menggunakan perkhidmatan itu akan berdepan dengan penentangan dari penduduk Muslim negara itu, kerana pihak berkuasa agama menentang pembakaran mayat.

 “Terdapat peningkatan dalam permintaan kepada perkhidmatan ini, terutamanya dari warga asing yang tinggal di Turki,” kata Murat Arslanoğlu, pemilik Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Fempa, kepada akhbar Hürriyet. “Hampir 5 peratus pelanggan kami menghendaki supaya mayat mereka nanti dibakar dan saya rasa ianya berkaitan dengan kebebasan.”Arslanoğlu berkata yang beliau telah memohon kepada majlis perbandaran metropolitan Antalya dan Istanbul untuk membina sebuah PPM di Turki, tapi mendapat respon negatif.

“Pihak Datuk Bandar Metropolitan Istanbul memberitahu yang isu tersebut di luar bidang kuasa mereka,” kata Arslanoğlu kepada Daily News. “Tapi saya rasa mereka berkata begitu kerana tiada spesifikasi pembinaan.”

Pada masa sekarang, undang-undang sanitasi meletakkan tanggungjawab merekabentuk dan mengurus tanah perkuburan kepada pihak pentadbiran bandar. “Jika undang-undang membenarkannya tetapi tidak menetapkan peraturan pembinaan, maka ianya harus diinterpretasikan sebagai satu hak undang-undang,” kata Ali Ersin Gür, bekas presiden Kesatuan Peguam Kontemporari, kepada Daily News.

“Terdapat ramai yang mempunyai kepercayaan agama berbeza di Turki dan jika terdapat permintaan seperti itu, maka ianya memang sah di sisi undang-undang.”

Halangan agama

Pihak berkuasa agama Islam, bagaimanapun, menentang pembakatan mayat. “Menurut Islam, mayat hanya boleh dikapan dan dikebumikan,” kata Saim Yeprem, professor pengajian ketuhanan di Istanbul Marmara University. “Oleh yang demikian, seorang Muslim tidak boleh dibakar.”Mehmet Nuri Yılmaz, bekas presiden Direktorat Hubungan Agama, bersetuju.

“Ianya amalan yang tidak sah di sisi Islam,” Yılmaz memberitahu Daily News. “Tradisi Islam menetapkan pengkebumian kepada yang telah mati. Walau bagaimanapun, jika seseorang meminta supaya dibakar, permintaan itu harus dipenuhi.”

Artis Turki Meral Okay (gambar) adalah antara Muslim yang memilih untuk dibakar apabila meninggal nanti. “Saya bukanlah seorang yang hampir dengan Buddhisme  atau jauh dari Islam. Saya seorang yang taat beragama,” kata Okay dalam satu temubual. “Tapi saya rasa kami harus diberi pilihan bagi menentukan bagaimana jenazah kami diuruskan selepas meninggal nanti.”

Mayat Leyla Gencer dibakar

Mekah dilanda banjir

 

BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.

 


 

MEKAH – Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.

Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.

Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.

Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu.

Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.

Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang.

Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.

Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki.

Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun.

 

BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.

 


 

Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia.

Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.

Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini. – Agensi

  • FotoJEMAAH melalui satu kawasan banjir selepas hujan lebat melanda Makkah, semalam.

Pendaftaran pelajar baru dibuka semula 4 Disember

Buat sementara waktu memandangkan terlalu hampir dengan cuti Aidil Adha selama 10 hari maka segala urusan pendaftaran pelajar baru akan dibuka semula pada Sabtu 4 Disember nanti. Pendaftaran hanya dibuat dari jam 10 pagi hingga 1 tengahari setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja setiap minggu

Pastikan segala dokumen seperti surat tempat belajar terakhir, surat pengesahan imam atau penghulu mukim tentang akhlak pelajar yang terlibat dengan sebarang kes jenayah serta fotostat kad kad pengenalan dan 4 keping gambar berukuran passport dibawa semasa pendaftaran nanti

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pihak pejabat di talian 09-7657786

11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental, gila

 Oleh: rozmal

Laporan terkini pada 14 Nov 2010 menyatakan 11.3 peratus rakyat Malaysia sakit mental. Penduduk Malaysia kini mencecah 29 juta orang, bermakna hamper 3.3 juta rakyat Malaysia sakit mental, gila dan sewaktu dengannya. Tapi kita masih disibukkan dengan cerita politik, hiburan, mengejar kemewahan, sedangkan saban hari semakin banyak kes bunuh diri, dera isteri dan anak yang berlaku.

Semua perlu bertindak. Media perlu hidupkan semangat cintakan keluarga, jiran tetangga, sanak saudara tanpa batasan agama, kaum dan parti politik. Klinik Mental 1Malaysia perlu diwujudkan di setiap DUN dan Parlimen. JAKIM dan Majlis Agama dicadangkan menubuhkan Unit Kaunseling Online di setiap kariah, daerah dan negeri. 

Artikel 50,000 kes cuba bunuh diri setahun dengan hanya 233 pakar sakit jiwa seluruh Malaysia pada pautan berikut http://waghih.blogspot.com/2010/11/orang-gila-makin-ramai-di-malaysia.html

  

11.3 PERATUS RAKYAT SAKIT MENTAL

BERITA HARIAN 14 NOV 2010

 

MCPF minta kementerian sebar maklumat sindrom, cara tangani penyakit

 

KUALA LUMPUR: Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci termasuk mengenal pasti tahap kesihatan mental suspek lelaki kes amuk menggunakan pedang samurai yang mencederakan sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki di Rumah Pangsa Alor Akar, Kubang Buaya, Kuantan, kelmarin.

 

Naib Presidennya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sekiranya laporan kesihatan mendapati lelaki itu menderita kerana penyakit kemurungan, Kementerian Kesihatan harus mengambil perhatian serius dengan menyebar maklumat lebih meluas mengenai sindrom itu serta langkah bagi menangani pesakit mental. Beliau berkata, kajian menunjukkan 11.3 peratus daripada 26 juta rakyat di negara ini mempunyai masalah mental dan sekiranya golongan itu tidak diberikan rawatan sempurna, dikhuatiri lebih ramai akan menjadi mangsa. Saya perhatikan trend jenayah dilakukan golongan itu (tertekan dan kemurungan) sering dilaporkan kebelakangan ini. Difahamkan, mereka akan bertindak ganas tanpa disedari sekiranya tidak makan ubat kerana mungkin tidak cukup wang atau lupa mengambilnya.

 

Ahli keluarga juga perlu lebih peka dengan tahap kesihatan saudara mereka yang mempunyai masalah kemurungan dan kelihatan suka bersendirian. Nasihatkan mereka mengambil ubat pada masa ditetapkan bagi mengelak pesakit bertindak di luar kawalan, katanya kepada Berita Minggu, semalam.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin, sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun parah dengan ibu jari tangan kirinya hampir putus selepas ditetak dengan pedang samurai oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumah mereka.

 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/11_3peratusrakyatsakitmental/Article

 

Server Clock

Sunday, 14 November 2010 07:14:15

Malaysia Population Clock

28,362,039

http://www.statistics.gov.my/portal/clockpopulation/index.php

Hab hiburan bakal hancurkan Malaysia seperti Lubnan

Oleh Tok Pepijat

Lebanon adalah sebuah negara Arab yang kedudukannya mengadap Laut Mediteranean. Muka bumi, pantai dan rakyatnya yang cantik itulah tanda pengenalannya Negara Lebanon. Kota Beirut adalah ibu negaranya. Beirut terkenal sebagai “Paris Timur” kerana apa yang ada di Paris Peranchis itulah yang ada di Lebanon.

Segala-galanya ada di Beirut. Kasino, disko, arak dan pelacur tersedia dan terhidang untuk warga Arab dari seluruh Negara Arab yang kaya raya mengunjungi Lebanon. Suasana kehidupan di Beirut tidak ubah seperti Paris.

Itu sebelum tahun 1971. Sebelum Perang Saudara. Dan sebelum Lebanon jadi sasaran hebat Israel.

Kini segala-galanya musnah. Beirut tidak ubah menjadi medan “permainan perang”. Antara Hizbollah dengan Israel. Antara Tentera Lebanon dengan Gerila. Juga bumi untuk bermusuh seteru politik. Pembunuhan musuh politik sering terjadi. Pembunuhan Presiden Bashir Gimayel 1982 dan Perdana Menteri Hariri menghiasi suasana Lebanon kini.

Jika dahulu sebelum tahun 1971, Lebanon terkenal dengan pusat pelancongan, kasino, arak dan pelacur sebagai tarikan pelancong, kini Lebanon kehilangan segala-galanya. Siren serangan udara bila-bila masa akan kedengaran tanda jet Israel menyerang. Rakyat hidup dalam ketakutan. Derita perang.

Allah Taala tarik nikmat kemakmuran hasil kejahatan tangan-tangan manusia mencipta dosa dan maksiat.

Kini Malaysia ingin menjejaki Lebanon sebelum tahun 1971. Setelah kehadiran pelabur semakin berkurangan. Setelah nama Malaysia “busuk” dengan korupsi dan kehakiman yang menjunam. Tiba-tiba PMNajib ingin mencari sumber kewangan baru dengan menjadikan Malaysia melalui ETP sebagai hub hiburan. Bakal di bina disko berprestij tinggi dan kelonggaran peraturan hiburan untuk pelancong luar.

Apabila disko bertambah dan peraturan hiburan dilonggarkan demi pelancong asing, ini bermakna Malaysia bakal dilanda dosa arak, dadah, zina, pembunuhan, penceraian dan jenayah yang dahsyat. Lebih ditakuti bakal ditimpa bala bencana oleh Allah Taala sepertimana Lebanon yang berjiran dengan Laut Mati (bumi kaum Nabi Lut).

Mengapa kita tidak mengambil pengajaran dari Lebanon?

http://tokpepijat.blogspot.com/

Komputer riba rendahkan kualiti sperma lelaki

NEW YORK – Penggunaan komputer bimbit di atas riba mungkin bukan sesuatu yang baik bagi kesuburan lelaki, menurut kajian terbaru.

Cara terbaik mengatasi masalah itu adalah dengan meletakkan komputer bimbit di atas meja, menurut ketua penyelidik dari Universiti Kebangsaan New York, Yelim Sheynkin.

Dalam kajian itu, pengukur haba digunakan bagi mengukur suhu skrotum 29 lelaki muda yang menggunakan komputer bimbit di atas riba.

Walaupun pelapik diletakkan di bawah komputer, suhu skrotum peserta didapati meningkat dengan cepat.

“Jutaan pengguna komputer bimbit adalah lelaki dalam lingkungan umur yang mempunyai kesuburan tinggi dan penggunaan komputer di atas riba dalam tempoh 10 minit mampu merendahkan kualiti sperma,” katanya.

Anak kura-kura dua kepala

GAMBAR menunjukkan seekor anak kura-kura yang mempunyai dua kepala di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia, selatan China baru-baru ini.

 


 

BEIJING – Seekor anak kura-kura dilahirkan dengan mempunyai dua kepala di sebuah taman hidupan liar di Hefeia, selatan China, lapor sebuah akhbar semalam.

“Kedua-dua kepala kura-kura itu berfungsi dengan sepenuhnya dan ia makan berasingan dan kelihatan amat gembira,” kata seorang penjaga di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia.

Menurut para penjaga haiwan itu, satu sahaja masalah yang dihadapi oleh kura-kura tersebut apabila ia dilihat tidak sehaluan semasa mahu memutuskan arah perjalanan. – Agensi

Iblis dan jawatannya dalam menggoda manusia

 

Editor :SerikandiUmar_rosnza

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Iblis Azazil nekad untuk menjadi penderhaka, lalu dia meminta supaya Allah s.w.t. panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat iaitu selagi wujudnya manusia.

Dia (Iblis) berkata(Al-Israk:62):

“Terangkan kepadaku inikah orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.” Permintaannya diperkenankan. Allah s.w.t. murka kepada syaitan laknatullah di atas sifatnya yang sombong, degil dan dengki.

Firman Allah:

“Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya neraka jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.” Lalu Iblis Azazil dihalau dari syurga.Allah berfirman (Shaad:77-78):

“Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku terus menerus hingga ke hari kiamat.

Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis.

Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-menteri ini:

1. Dasim

Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.

2. Al-A’war

Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam pincang.

3. Maswath

Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.

4. Zalnabur

Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai, seperti di pasar atau shopping mall.

5. Tsaba

Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas semua yang terjadi.

Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira beres.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

“Setiap anak Adam pasti akan ditusuk di bahagian tepi (badannya) dengan jari-jarinya (Iblis) ketika dilahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja. Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya telah terhalang”. (Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)

Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis.

Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-menteri ini:

1. Dasim

Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.

2. Al-A’war

Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam pincang.

3. Maswath

Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.

4. Zalnabur

Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai, seperti di pasar atau shopping mall.

5. Tsaba

Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas semua yang terjadi.

Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira beres.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)