• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,210,715 orang
  • Kandungan Blog

Cara Solat Sunat Hajat

Ini merupakan salah satu cara solat sunat hajat yang biasa dilakukan oleh al-Marhum Tuan Guru Hj Abdullah Lubuk Tapah

1. Niat

            أُُصَلِّي سُنَّةَ حَاجَةٍ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَالَى  / مَأْمُوْمًا للهِ تَعَالًى

“ Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Ta’ala / mengikut imam kerana Allah ta’ala “

2. Bacaan rakaat pertama

  1. Doa iftitah
  2. Fatihah
  3. Ayat kursi

وَإِلهَـُكُم اِلَـٰهٌ وَاحِدٌ لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ, اللهُ لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ , لاتَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلانَوْمٌ , لَهُ مَا فِيْ السَّمَوَاتِ وَمَا فِىْ الأرْضِ , مَنْ ذَا الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ , يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلايُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِِهِ إِلاَّ ِبمَا شَآءُ , وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلا يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ

d. Surah al-Kafirun ( قل ياأيها الكافرون  )   7 kali

3. Bacaan rakaat kedua

  1. Fatihah
  2.  

آمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَا أُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالمُؤْمِنُوْنَ كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوْا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ لاَ يُكَلِّفُ الله ُ نَفْسًا اِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَااْكتَسَبَتْ

رَبَّنَا لاَ تُؤَا خِذْنَا اِنْ نَّسِيْنَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْناَ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلىَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنـَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى القَوْمِ الكَافِرِيْنَ

c. Surah al-Ikhlas ( قل هوالله أحد   ) 5 kali

4. Bacaan lepas solat

a. Banyakkan membaca

اَسْتَغْفِرُ الله َ العَظِيْمَ الذي لاَ اِلَـٰهَ اِلاَّ  هُوَ الحَيُّ القَـيُّومُ وَاَ تُوْبُ اِلَيْهِ

b. Banyakkan selawat

اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلامًا تَامًّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ نِ  الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ عُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ القُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الغَرَائِبُ وَحُسْنُ الخَوَاتـِمُ  وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ ( تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا  /  فِىْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ )

Adik ipar Blair peluk Islam

BOOTH  berdiri di hadapan Big Ben  di Medan Parlimen  London ketika tunjuk perasaan membantah Akta Jenayah Terancang 2005 yang baru.
BOOTH berdiri di hadapan Big Ben di Medan Parlimen London ketika tunjuk perasaan membantah Akta Jenayah Terancang 2005 yang baru.

 

Dapat hidayah ketika kunjungi masjid

LONDON: Adik ipar bekas perdana menteri Britain Tony Blair yang juga penyiar dan wartawan Lauren Booth, 43, mengumumkan beliau memeluk Islam enam minggu lalu selepas mendapat hidayah.

Lauren, adik tiri kepada isteri Blair, Cherry, berkata beliau kini memakai hijab ketika keluar rumah, bersolat lima kali sehari dan pergi ke masjid setiap kali mempunyai kesempatan.

“Saya tidak lagi makan daging babi atau minum arak. Saya juga membaca al-Quran setiap hari dan kini sudah sampai ke halaman 60. Sudah 45 hari saya tidak meneguk arak, paling lama dalam tempoh 25 tahun.

“Ajaibnya, sejak memeluk Islam saya langsung tidak teringin menyentuh arak, sedangkan sebelum ini saya akan minum sekurang-kurangnya dua gelas setiap hari,” katanya yang dipetik akhbar Daily Mail.

Lauren berkata beliau memperoleh ‘pengalaman suci’ ketika mengunjungi Masjid Fatimah al-Masumeh, yang menempatkan makam Fatimah al-Masumeh daripada keturunan Saidina Ali, di Qom.

“Tiba-tiba saja saya berasa tenang dan gembira. Sejurus tiba di Britain, saya terus mengambil keputusan memeluk Islam,” katanya.

Mengenai kemungkinan untuk memakai burqa atau penutup muka, Lauren tidak menafikan akan berbuat demikian pada masa depan.

“Siapa tahu ke arah mana dan hala tuju mana Islam akan membawa saya seterusnya?” katanya.

Lauren sebelum ini diketahui sebagai seorang yang bersimpati dengan Islam dan menghabiskan banyak masa bertugas di Palestin.

“Saya kagum dengan keteguhan dan keindahan agama ini,” katanya apabila ditanya mengenai Islam. – Agensi

Simbol PEACE lambang syaitan pujaan yahudi

oleh Ibnuyaacob

 

peace_sign01001

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)

peace_sign01006

Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

Permukaan Bulan mengandungi logam perak

GAMBAR fail Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa LepasKebangsaan (NASA) yang disiarkan semalam menunjukkan permukaan bulan di bahagian selatan yang dirakamkanmenerusi kapal angkasa Appollo 8.

 


 

WASHINGTON – Permukaan bulan bukan sahaja mengandungi air tetapi kaya dengan pelbagai elemen termasuk perak dan karbon dioksida (CO2), kata beberapa ahli astronomi kelmarin.

Penemuan itu yang akan disiarkan dalam jurnal Science adalah berdasarkan analisis data daripada Satelit Pengesanan Dan Pemerhatian Kawah Bulan (LCROSS) yang terhempas di bulan pada tahun lalu.

Satelit LCROSS itu sengaja dihempaskan ke kawah Cabeus yang menghasilkan debu setinggi 10 kilometer di bulan dalam satu eksperimen bagi mengumpul maklumat mengenai ais yang dipercayai tersembunyi di bawah permukaan kawah bulan.

Saintis-saintis semalam menyatakan, mereka turut menemui hidrokarbon ringan, sulfur dan CO2 dalam debu yang terhasil selepas satelit itu terhempas.

Komponen-komponen debu berkenaan dianalisis oleh sebuah kapal angkasa lain dikenali sebagai Pengorbit Peninjau Bulan (LRO) yang mengekori LCROSS untuk mengumpul data.

Menurut saintis, terdapat kuantiti kristal ais di bulan yang mencukupi untuk digunakan sebagai air minuman atau bahan bakar oleh manusia.

Selain kristal ais, saintis-saintis turut menemui banyak logam ringan dalam debu-debu itu termasuk perak, sodium dan raksa. – Dpa

Pelajar Arab beritahu arak halal di negara mereka

NILAI – Sebagai helah untuk melepaskan diri, sekumpulan pelajar Islam dari sebuah negara Arab memberitahu bahawa arak adalah halal di di negara mereka.

Namun pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) tidak termakan dengan kelentong para pelajar berusia 20-an itu.

Malah mereka menjadi terkedu apabila diberitahu bahawa pegawai JAINS pernah belajar di negara mereka dan apa yang disebut mereka adalah bohong.

“Saya tidak peduli. Ini negara saya dan negara saya tidak benarkan orang Islam seperti kamu minum arak. Kamu melanggar peraturan dan undang-undang Islam di negara saya akan menghukum kamu,” kata salah seorang pegawai JAINS.

Dalam drama selama 15 minit itu, turut menyaksikan salah seorang dari tiga pelajar terbabit terlentang di tengah-tengah pusat hiburan tersebut akibat terlalu mabuk.

Mereka adalah antara 25 orang yang diberkas dalam operasi JAINS di tiga pusat hiburan di sekitar Nilai yang bermula 11 malam tadi hingga 3 pagi tadi.

Yang turut diberkas ialah empat penjawat awam kerana mengambil minuman keras.

Pegawai Penyelaras Operasi JAINS, Mohd Zol Sidek berkata, maklumat empat penjawat awam berkenaan yang berusia dalam lingkungan 40-an dari kalangan pasukan beruniform akan didedahkan kepada ketua jabatan mereka.

“Mereka yang ditahan dalam operasi ini akan didakwa di bawah Seksyen 78 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan jika sabit kesalahan, mereka akan dikenakan denda tidak lebih dari RM3,000 atau penjara dua tahun,” katanya kepada Bernama.

Operasi yang disertai 42 pegawai JAINS, polis dan Majlis Keselamatan Negeri itu berjaya menahan 27 orang Islam termasuk dua wanita kerana meminum arak.-Bernama

Mana penting antara tali leher siswa dengan tudung siswi

Rausyan Zikir

Percaya atau tidak, zaman ini bukan sahaja wanita yang didiskriminasikan namun lelaki yang lebih dominan sebagai pendiskriminasi turut menjadi mangsa diskriminasi.

Contoh yang paling ketara adalah dalam bab kod etika pemakaian di tempat awam khususnya di pusat pengajian tinggi dan jabatan-jabatan kerajaan.

Saya mengambil contoh di beberapa IPTA dalam negara seperti UUM yang begitu terkenal dengan ketegasan mereka dalam memastikan pelajar mereka khususnya siswa mematuhi kod etika pakaian. Tali leher sememangnya diwajibkan bagi pelajar lelaki bahkan mereka tidak dibenarkan membuat urusan rasmi apatah lagi menghadiri kelas jika tidak bertali leher.

Lain pula halnya kepada siswi. Satu-satunya universiti yang mempunyai kod etika pakaian yang jelas dan patuh syariah adalah UIAM yang mana mereka mewajibkan pelajar mereka bukan sahaja menutup aurat bahkan mereka diwajibkan bertudung dalam masa yang sama.

Keadaan ini tidak berlaku di universiti lain yang lebih menitik beratkan pemakaian tali leher kepada siswa berbanding pemakaian tudung dan penutupan aurat kepada siswi. Tidak keterlaluan jika saya katakan, antara sebab jenayah seksual meningkat adalah kerana sikap wanita-wanita dalam berpakaian.

Di sana sini kita boleh melihat siswi begitu bebas memperagakan kepelbagaian feksyen pakaian ke kelas tanpa ada sebarang sekatan. Pembukaan aurat begitu menjadi budaya walaupun siswi tersebut adalah seorang Melayu Islam.

Isu mereka tidak ingin menutup aurat di luar kampus adalah isu lain. Namun pemakaian yang patuh syariah di kampus semestinya diwajibkan oleh pihak pengurusan universiti kerana mereka akan disoal oleh Allah di akhirat kelak.

Saya juga yakin kita semua tahu menilai antara kewajipan pemakaian tali leher siswa dan penutupan aurat para siswi, yang manakah lebih utama dan relevan serta akan diredai oleh Allah. Jangan sampai kita terpaksa menanggung dosa yang orang lain buat di akhirat nanti.

Dengan itu saya menyarankan kepada pihak pengurusan semua universiti membuat undang-undang kecil di bawah kuasa yang diperuntukkan kepada mereka agar mewajibkan pemakaian yang menutup aurat seperti baju kurung, jubah dan bertudung kepala kepada siswi Melayu Islam dan pakaian yang sopan kepada siswi bukan Islam.

Kepada kumpulan aktivis mahasiswa Islam setiap universiti khususnya, wajib menjadikan isu ini isu yang diperjuangkan sepanjang zaman dan desakan mesti dibuat sehingga ia diwartakan menjadi undang-undang sah universiti di seluruh negara.

Elakkan makanan kantin yang tidak sihat

SM Mohamed Idris

Kanak-kanak menghabiskan masa sekurang-kurangnya satu pertiga dalam sehari di sekolah dan ketika ini mereka makan sekurang-kurangnya satu hidangan di kantin sekolah.

Ini terutamanya di kebanyakan kawasan bandar, di mana kedua ibu bapa mereka bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menyediakan bekalan makanan untuk anak mereka.

Makanan merupakan faktor penting untuk perkembangan dan kesihatan manusia terutama sekali bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Ia bukan hanya berkhasiat tetapi juga menyihatkan. Ini bermakna kita mesti memastikan hidangan yang disediakan di sekolah berkhasiat dan menyihatkan.

Tabiat makan pelajar sebahagian besarnya dipengaruhi oleh makanan yang didapati di persekitaran sekolah. Makanan yang mereka makan menyumbang sebahagian besarnya kepada pengambilan pemakanan mereka dan akan mempengaruhi perkembangan tabiat makan mereka, corak pertumbuhan dan paras tenaga.

Mengambil makanan yang berkhasiat dan menerapkan gaya hidup sihat akan membolehkan pelajar membesar dan mengembangkan potensi optimum mereka, membawa kepada prestasi pendidikan yang lebih baik.

Diet yang sihat juga memainkan peranan pencegahan berhubung dengan keadaan yang berkaitan dengan pemakanan dan penyakit seperti berat berlebihan, obesiti dan penyakit gigi dan osteoporosis, penyakit kardiovaskular, diabetes mellitus dan pelbagai kanser di
kemudian hari.

Jadi apakah yang didedahkan kepada anak-anak kita di kantin sekolah mereka? Kebanyakan kantin sekolah measih menjual makanan dan snek yang tidak sihat!

Ini diakui oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau dipetik oleh pihak akhbar pada 15 Ogos sebagai berkata: Pemeriksaan menunjukkan banyak kantin masih menjual makanan bergoreng yang tidak memenuhi garis panduan kementerian berhubung makanan yang sihat.

Beliau berkata kajian terhadap 10,000 kanak-kanak berusia antara enam dan 12 tahun mendedahkan bahawa 24 peratus daripada mereka mempunyai berat berlebihan atau obes.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat sedih dengan penemuan ini. Sejak bertahun-tahun lamanya kami mendedahkan makanan dan minuman yang tidak sihat yang dijual di dalam dan sekitar sekolah, tetapi masalahnya masih terus wujud.

Panduan Pengurusan Kantin Sekolah dengan jelas menyatakan gula-gula, jeruk dan snek yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan tidak dibenarkan.

Garis panduan itu juga menyatakan makanan yang mengandungi gula, garam dan lemak berlebihan, mi segera, kek, aiskrim, minuman dengan pewarna tiruan, minuman berperisa, teh, kopi dan minuman ringan tidak digalakkan.

Garis panduan itu juga menyediakan beberapa perkara yang jelas bagi pengendali makanan kantin bagaimana untuk menyediakan makanan yang kurang gula, garam dan lemak dan juga kepentingan untuk memasukkan makanan yang kaya dengan serat dalam setiap hidangan mereka. Tiada alasan untuk pihak pengendali kantin tidak
mempedulikannya.

Kajian yang dijalankan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2008 menunjukkan kanak-kanak mengambil makanan seperti ayam goreng, kentang goreng, nugget, coklat, aiskrim, minuman berkarbonat, biskut berkrim dan jeruk di sekolah.

Kini dua tahun sudah berlalu, Menteri Kesihatan memberitahu kita bahawa tiada yang berubah. Pengendali kantin sekolah melakukan apa yang mereka suka!

Jadi siapakah yang bertanggungjawab terhadap keadaan ini? Adakah pihak berkuasa Persekutuan yang tidak mengawasi atau mengambil tindakan? Atau pihak berkuasa sekolah yang tidak mematuhinya?

Mungkin kita boleh persalahkan kepada kanak-kanak yang menuntut untuk makanan yang tidak sihat itu!

Kami menggesa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan bertindak menguatkuasakan garis panduan itu. Memastikan pihak kantin sekolah menyediakan hidangan sihat dan berkhasiat untuk kanak-kanak dan mengenakan hukuman yang tegas ke atas pengendali gerai yang enggan untuk bekerjasama.

Menyediakan hidangan yang sihat dan berkhasiat juga bermakna mendidik kanak-kanak mengenai makanan yang sihat dan makanan yang perlu dielakkan di luar sekolah.

Jika diperlukan, pihak sekolah juga seharusnya menyediakan ruang di kantin secara percuma kepada pengendali yang menyediakan hidangan yang sihat dan berkhasiat.

Memandangkan sejumlah besar wang yang dibelanjakan oleh kerajaan di lain tempat, adalah lebih mudah untuk memberikan subsidi kepada sekolah untuk kos kantin, sekiranya wajar.

Adalah penting juga bagi ibu bapa, guru-guru dan pelajar bekerjasama untuk menyokong pendekatan menyeluruh untuk menerapkan budaya di mana pelajar sekolah rendah dan menengah secara aktif memilih makanan berkhasiat dan gaya hidup yang lebih sihat.

Halaqah Ilmu 2010

ISTIMEWA CUTI SEKOLAH / IPT

Tarikh : 4  – 18 Disember 2010

Tarikh tutup pendaftaran bila peserta telah mencukupi had iaitu 90 orang (setakat ni masih ada baki 10 kekosongan lagi)

Tempah dan sahkan pendaftaran melalui e-mail / sms

Syarat & Yuran Penyertaan

  • Pelajar lelaki berumur 11 – 24 tahun (terhad 90 orang sahaja)
  • RM 215 sahaja (meliputi bahan kursus, penginapan dan makan minum)

 

Tarikh & Masa Daftar Diri

4 Disember 2010 (Sabtu) jam 2.30  – 3.15 petang

Tempat Program

Madrasah Diniah Bakriah, Pondok Pasir Tumboh,

16150, Kota Bharu, Kelantan

Pengisian

  • Pengajian kitab Minhaj as-Salam
  • Risalah Masbuk & Muafiq Dalam Solat
  • Kitab Pelita Penuntut
  • Tazkirah dan ceramah motivasi
  • Kursus jenazah lengkap
  • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
  • Hafalan surah-surah pilihan
  • Tadarrus al-Quran
  • Latihan amali fardhu ‘Ain
  • Latihan khutbah dan azan
  • Cungkil bakat nasyid, ceramah, marhaban

Pelajar yang lemah jawi dan al-Quran

  • Diletakkan dalam kelas khusus
  • Tekan Fardhu ‘Ain berdasarkan kertas kerja khusus
  • Tekan pembelajaran Iqra’
Keperluan Yang perlu dibawa

Pakaian harian  & pakaian solat (diwajibkan bawa jubah dan serban), bantal , selimut, cadar tilam , alat tulis

Sila hubungi :

Tel :09-7657786 (P) Fax:09-7659099

019- 9388902(Ust. Shairazi ) / 012-9623806(Ust.Qusyairi)

e-mail : albakriah@gmail.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Blog : albakriah.wordpress.com

Web : www.al-bakriah.com.my

Alat Bantuan hentikan tabiat merokok

 

NIQUITIN berkesan jika ditampal pada bahagian tubuh yang tiada bulu roma.

 


 

“SUSAH nak berhenti merokok. Rasa lesu dan tak bermaya. Berhenti sebulan kemudian nak merokok semula, tak tahanlah! Keluarga pula menjauhkan diri daripada saya, mungkin saya bau asap rokok dan mereka tak suka bau asap rokok pada pakaian mereka,” keluh Hamzah mengenai masalah ketagih rokoknya.

Beliau sedar perbuatannya mengeluarkan asap putih yang berkepul-kepul semasa menghisap rokok boleh memudaratkan mereka yang berada di sekelilingnya. Malangnya beliau sukar berhenti merokok.

Hari ini terdapat pelbagai kaedah diperkenalkan untuk membantu seseorang menolak nikotin. Cara yang paling mudah ialah melalui sebatang rokok.

Kenaikan harga rokok sebanyak 70 sen baru-baru ini untuk setiap kotak berisi 20 batang rokok jenis premium menjadikan harga sekotak rokok kini ialah RM10. Dengan kenaikan harga itu, diharap ia dapat mengurangkan pembelian rokok.

Terapi menghisap gula-gula mentol atau mengunyah gula-gula getah antara kaedah yang paling popular untuk menghentikan tabiat merokok, tetapi ramai yang mengaku ia hanya sementara.

Bau rokok

“Paling lama saya dapat bertahan tidak merokok ialah di antara empat hingga enam minggu. Tetapi, bila saya terhidu bau rokok di tempat awam, saya dah tak boleh tahan.

“Saya hanya perlukan satu sedutan saja dan keinginan merokok saya melampaui motivasi keluarga dan rakan-rakan yang berkongsi kesan buruk tabiat merokok ini,” kata Mohd. Afizi Aziz.

Beberapa syarikat farmaseutikal memperkenal kaedah yang boleh mengurangkan ketagihan perokok secara perlahan-lahan.

 

PROSES menyukat nikotin dalam nafas perokok yang ingin menjalani proses kaunseling. – Gambar hiasan.

 


 

Antaranya termasuklah ubat-ubatan, semburan dan tampalan. Sejenis semburan yang disembur di bawah lidah dapat menghentikan ketagihan rokok kerana asap tembakau dirasakan begitu manis bila dihidu.

Satu lagi opsyen yang diperkenal baru-baru ini ialah kaedah tampalan yang boleh mengurangkan kebergantungan perokok kepada nikotin secara berkesan.

Ketagihan terhadap rokok dikatakan dapat dilenyapkan dalam masa lima minit dengan tampalan NiQuitin.

Tampalan itu ialah produk baru keluaran Glaxo Smith Kline (GSK). Ia boleh didapati di dalam tiga pek berlainan dos iaitu 7 miligram (mg), 14 mg dan 21 mg.

Harga sekotak NiQuitin yang mengandungi tujuh keping tampalan tidak melebihi RM75.

Tampalan itu dikatakan lebih berkesan apabila ia ditampal di bahagian badan yang kurang atau tidak berbulu roma.

“Ia perlu ditampal di bahagian badan yang berbeza-beza termasuk bahagian belakang dan atas punggung supaya sel-sel kulit boleh tumbuh semula dan rasa tidak selesa atau gatal pada kulit dapat dielakkan,” kata Pengetua Akademi Farmasi Malaysia, Prof Madya Dr. Mohamad Haniki Nik Mohamad.

Haniki yang juga setiausaha Kumpulan Kerjasama dan Bersekutu Profesional Kesihatan Malaysia untuk Memberhentikan Tembakau (IMPACT) menjelaskan : “Setiap sesi rawatan hanya mengambil masa tiga bulan. Seseorang itu tidak boleh menggunakan tampalan seperti ini melampaui tempoh masa enam bulan.

“Tampalan yang digunakan di dalam tiga peringkat itu mengambil masa 12 minggu untuk selesai dan melihat hasilnya.” Tampalan NiQuitin digunakan dalam tiga peringkat. Untuk enam minggu pertama, tampalan yang digunakan ialah bagi dos 21mg. Kemudian diikuti dengan tampalan berdos 14mg untuk dua minggu. Tampalan NiQuitin 7mg pula ialah untuk dua minggu yang terakhir.

KETAGIHAN merokok boleh diatasi dengan pelbagai kaedah pada hari ini.

 

 

Tampalan itu digunakan selama 24 jam.

Satu lagi cara ialah di dalam bentuk gula-gula lozenges. Gula-gula itu boleh didapati dalam pek dua dan empat miligram pada harga RM52.80 sen dan RM69.60 sen untuk satu kotak berisi 48 biji.

Lozenges tidak berperisa dan tidak mengandungi gula, maka ia tidak mendatangkan kesan sampingan dan sesuai untuk pesakit diabetes.

Bagaimanapun, lozenges mengandungi dos nikotin yang memberikan kepuasan kepada perokok yang cuba menolak tabiat merokok tetapi gagal.

Perokok yang tinggi kadar hisapan rokoknya, perlu mengambil sebiji gula-gula 4mg setiap satu hingga dua jam sekali untuk 6 minggu, kemudian setiap dua hingga empat jam sekali untuk tiga minggu selanjutnya.

Tampalan NiQuitin memerlukan kos RM750 untuk memulihkan tabiat merokok. Kos lozenges di antara RM634 sehingga RM835 untuk rawatan di antara 10 hingga 12 minggu. – Bernama

Cara melupus naskhah al-Quran secara sistematik

Oleh AQMAR ALLADAD
aqmar.alladad@kosmo.com.my


 


 

EMPAT tahun lalu, Rahmat Mahdan, 52, sedih apabila melihat taburan kertas yang tertera ayat-ayat suci al-Quran di sebuah pusat pengumpulan barang kitar semula.

Perasaan sayu itu lantas membuatkannya terdetik untuk melakukan sesuatu.

Demi mengelakkan keadaan tersebut daripada terus berulang, dia berazam untuk mendapatkan ruang sempurna bagi mengurus dan menyelamatkan wahyu Allah itu daripada dibiarkan sebegitu.

Nalurinya ternyata gusar apabila memikirkan tentang sikap tidak peduli segelintir umat Islam mengenai perkara itu.

Memang adakalanya, ayat- ayat al-Quran yang sudah terkoyak daripada kitabnya atau daripada petikan bahan bacaan ilmiah lain tidak lagi boleh disimpan atau dimanfaatkan. Namun, membuang dengan sesuka hati bukanlah jawapannya.

“Masyarakat pada hari ini mudah menyerahkan segala urusan kitar semula menggunakan khidmat pengumpul surat khabar lama yang selalu datang ke kawasan kediaman dengan lori.

“Lebih menyayat hati apabila bahan bacaan yang hendak dilupus itu terkandung ayat-ayat suci al-Quran.

“Adakah mereka terfikir tentang ‘nasib’ kesucian wahyu Allah itu?” keluh pemilik dan peneraju syarikat Percetakan Saufi Sdn. Bhd. tersebut.

Dia bagaimanapun tidak menafikan faktor kesibukan urusan kerja menjadikan segolongan orang terlupa akan hal itu.

Rahmat mula berfikir panjang untuk berbakti atas matlamat melindungi kandungan al-Quran dan hadis Rasulullah.

LAMBAKAN al-Quran dan buku ilmiah menunggu waktu dilupuskan.

 

Sebagai langkah awal, Rahmat mengumpulkan pandangan daripada beberapa orang tokoh agama seperti Imam Satu masjid Wilayah Persekutuan, Ustaz Moghni Israri dan Pengetua Darul Quran Selangor, Ustaz Azahari Othman.

Malah, kunjungan tenaga pengajar dari Masjidil Haram, Mekah, Dr. Syeikh Md. Idrees Al-Mashrafe ke Malaysia juga menjadi peluang buat Rahmat merujuk kepadanya mengenai hal tersebut.

Selanjutnya, Rahmat mengambil inisiatif dengan melihat sendiri cara terbaik pelupusan al-Quran di beberapa buah negara terpilih.

“Tiga tahun lalu saya berkesempatan ke beberapa lokasi seperti Hanoi, Singapura, Indonesia dan Syria untuk menimba pengalaman kerana saya sangat berhajat untuk membuka tapak khas bagi pengurusan pelupusan ayat-ayat suci.

Memelihara dan melupus

“Ayat suci al-Quran ini tidak akan dicampurkan dengan sebarang bahan bacaan lain. Saya mahu memeliharanya sebaik mungkin dan melupuskannya dengan cara betul,” terangnya.

Rahmat juga memberitahu, kebiasaannya sesetengah orang Islam memilih untuk membakar dan menanam ayat-ayat suci itu.

Bagaimanapun, jika diamati, helaian kertas yang terdapat ayat al-Quran tidak mampu hancur sepenuhnya apabila ia dibakar dengan cara biasa.

Malah ketika dibakar, serpihan itu mudah berterbangan dengan kesan petikan ayat yang masih tertera. Jadi, proses itu tidak mampu melupuskannya dengan sempurna.

“Ramai yang pilih untuk membuat cara begitu, kemudian ditanam. Tetapi jika ia ditanam di kawasan yang cenderung menjadi laluan orang ramai, ia tetap meragukan kerana kalimah al-Quran tidak boleh dilangkah,” jelasnya yang antara lain mengingatkan orang ramai tentang ‘nasib’ potongan ayat al-Quran yang turut terdapat dalam sesetengah kad jemputan perkahwinan.

Hajat terlaksana

Berkat kesungguhan mengejar matlamatnya, Rahmat kini mampu menarik nafas lega kerana dikurniakan rezeki untuk menyediakan sebidang tanah sebagai tapak pelupusan al-Quran.

Terletak di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor, lokasi itu menempatkan sebuah gudang yang dipenuhi timbunan al-Quran lama, hadis dan buku pembelajaran agama.

Di situ, kelihatan dua orang pekerja wanita tekun mengoyakkan helaian buku satu persatu.

INSINERATOR rekaan Rahmat perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum proses pelupusan dimulakan.

 

“Kertas-kertas itu diasingkan mengikut kategori. Helaian al-Quran tidak dicampur dengan helaian bahan bacaan lain. Proses itu perlu dipastikan dahulu sebelum ia dimasukkan ke dalam mesin peracik khas,” ujarnya yang ketika ini menghadapi cabaran mendapatkan tenaga kerja yang mencukupi.

“Saya kadangkala terpaksa menolak jika ada pihak yang mahu menghantar bahan untuk dilupuskan dalam kuantiti yang banyak. Bukannya tidak mahu terima tetapi kapasiti gudang dan tenaga kerja saya belum mengizinkan.

“Tetapi kalau setakat sekotak dua, saya masih terima,” ujar Rahmat yang mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam bidang percetakan.

Sementara itu, sebuah mesin pembakar khas (insinerator) ditemui krew Kosmo! di luar gudang tersebut. Diperbuat daripada keluli tahan karat, rekaannya mendapat sentuhan idea Rahmat sendiri dan ditempah khas setelah menimba pengetahuan sepanjang lawatannya ke beberapa buah negara sebelum ini.

“Maaf, kos mesin ini tidak boleh saya dedahkan. Yang pasti, apabila kita mereka sendiri, ia lebih murah. Nilainya tidak penting, paling utama saya mahu mendapat sokongan masyarakat untuk sama-sama berkongsi menyelamatkan al-Quran,” katanya.

Suhu 700 darjah Celsius

Proses pembakaran dilakukan secara berkala iaitu dua kali seminggu. Setiap kali sesi membakar, mesin itu dipanaskan terlebih dahulu dan ia mengambil masa selama enam jam.

Tempoh itu diperlukan bagi mencapai tahap suhu sehingga 700 darjah Celsius dan ketika itu barulah kertas-kertas dimasukkan dan dapat dibakar sepenuhnya sehingga hancur. Untuk proses pembakaran yang selesai dalam masa 30 minit itu sahaja, sebanyak empat tong gas diperlukan.

“Hasil daripada pembakaran itu, bahan bakar itu menjadi abu yang kemudian terkumpul di bahagian bawah dan belakang mesin pembakar itu,” terang Rahmat yang lazimnya akan menyudahkan sendiri proses tersebut.

SEORANG petugas sedang meracik helaian kertas yang sudah diasingkan mengikut kategori.

 


 

Menurutnya, pendekatan seperti membuang abu ke laut tidak digunakan kerana ia mungkin berhadapan dengan masalah. Antaranya adalah abu tersebut tidak tenggelam atau mengalir dengan teratur.

“Faktor cuaca seperti angin juga boleh menolak haluan abu tersebut. Silap perhitungan, habis muka dan badan melekat dengan abu itu,” selorohnya sambil tergelak kecil.

Maka, langkah seterusnya adalah dengan meletakkan abu tersebut di dalam bekas dan ‘dimandikan’. Abu terbabit digaul rata dengan air untuk memudahkannya dimasukkan ke dalam tong.

Tanpa perlu tong-tong itu dibawa jauh, Rahmat telah pun menyediakan telaga khas di kawasan yang sama. Dibina sedalam 3.5 meter, telaga itulah tempat ‘persemadian’ akhir bagi abu tersebut.

“Kita akan ‘kebumikan’ abu tadi ke dalam telaga ini. Proses ini menjimatkan masa, tenaga dan pengangkutan kerana pengurusan satu tan abu boleh disiapkan dalam masa 20 minit,” jelasnya