Diantara banyak nikmat yang Allah anugerahkan kepada manusia,ada
satu nikmat yang paling berharga dan paling penting iaitu nikmat
iman.
Iman ialah asas penting yang menjadi tapak tempat berdirinya
peribadi mukmin Kalau manusia diibaratkan sebuah binaan (rumah)maka iman diibaratkan seperti tapak yang menegak dan mengukuhkan binaan(rumah) tersebut.
Allah Taala memuliakan seseorang yang memiliki iman walau sebesar
zarrah dengan balasan syurga .Sebaliknya seseorang yang mati tanpa
iman ia akan tinggal didalam neraka kekal selama lamanya.
Didalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda maksudnya.Allah swt
akan memerintahkan pada hari pengadilan keluarkanlah dari neraka
jahannam semua mereka yang berkata Laailahaillallah dan yang
mempunyai iman walaupun sebesar zarrah didalan hatinya.
Didalam hadis yang lain Rasullullah saw bersabda ."Sesiapa yang
mengucap kalimah Laailahaillallah nescaya masuk syurga."
Iman itu nilainya syurga.Iman yang paling kecil iaitu sebesar zarrah
dihargai oleh Allah Taala dengan syurga yang luasnya sepuluh kali
dunia.
Rasullulah saw bersabda iman itu mempunya 70 cabang yang terafdhal
ialah kalimah Laailahaillallah dan yang terendah ialah membuang duri
(atau sesesuatu yang menggangu )dari jalan dan malu adalah cabang
dari iman.
Iman pada sudut bahasa bererti percaya, manakala dari sudut ilmu
tauhid diistilahkan sebagai berikrar dengan lidah, membenarkan di
dalam hati dan membuktikannya dengan amalan segala ajaran Allah yang
dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Ringkasnya, iman mengandungi tiga
unsur utama iaitu ucapan lisan, keyakinan hati serta pelaksanaan
amalan dengan anggota badan.
Ketiga-tiga unsur ini perlu digerakkan serentak, seiring dan
bersepadu. Justeru, tidak boleh jika salah satu daripadanya
dipinggirkan atau ketinggalan. Untuk mudah difahami, seseorang itu
tidak dikatakan sempurna imannya jika lidahnya saja menyebut: "Tiada
Tuhan melainkan Allah", tetapi hatinya seolah-olah tidak terasa
kewujudan dan kebesaran Allah sebagai Tuhan yang Maha Pencipta. Dan
tidak melaksanakan segala peritah Allah sebagai mana yang ditunjukan oleh rasuluulah saw..
Begitu juga tidak sempurna iman seseorang itu apabila amalan
kehidupannya jauh menyimpang daripada panduan dan peraturan Allah
swt.
Sudah menjadi sunnatullah,sesuatu yang berharga adalah susah untuk
dicari dan dimiliki.Umpamanya mutiara atau intan berlian atau emas
permata,manusia terpaksa berkorban nyawa ,menyelami lautan dan
membelah bumi kerananya.
Iman melebihi nilai mutiara atau intan berlian.Untuk mendapatkanya
juga perlu pengorbanan dan bermujahadah demi mencapai iman yang
setingi tinginya.Apabila iman telah datang dalam diri dan menjadi
kuat maka dengan izin Allah swt akan rasa mudah untuk taat seluruh
perintah agama dan akan lahir dari dalam diri akhlak akhlak yang
terpuji.serta Allah akan campakan dalam hati kemanisan iman.
Rasullulah bersabda tiga perkara yang barangsiapa memilikinya akan
merasa manisnya iman. Barang siapa yang mencintai Allah dan
rasullnya lebih dari selain keduanya,orang yang menyintai saudaranya
semata mata kerana Allah dan orang yang enggan kembali kepada
kekufuran setelah Allah menyelamatkan ia dari kekufuran sebagaimana
ia enggan untuk dicampakan kedalam neraka.
Allah swt menjelaskan tentang ciri ciri orang yang beriman didalam
Al Quran:
"Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya jika kamu adalah orang yang
beriman.sesungguhnya orang yang beriman itu adalah mereka yang
apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila
dibacakan ayat ayat Al Quran bertambahlah keimanan mereka dan mereka
terus menyerah diri kepada Allah.iaitu orang yang mendirikan solat
dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka
itulah orang yang beriman dengan sebenar benar nya.mereka akan
beroleh beberapa darjat ketinggian disisi tuhan dan mendapat ampunan
serta rezki(nikmat) yang mulia.(Al Anfal 1-4)
Oleh kerana hebatnya arus gelombang dunia di akhir zaman ini
ditambah lagi dengan adanya maksiat atau kemungkaran,suasana agama semakin hilang maka kekuatan iman dan cahaya nya juga semakin merosot.
Rasullullah saw bersabda:
"Iman akan menjadi lemah seperti
pudarnya warna pada tekatan kain maka bermohanlah kepada Allah
supaya Allah memberikan kekuatan iman."
Apabila seseorang melakukan dosa maka lahirlah dihatinya satu titik
hitam.Sekiranya ia bertaubat dengan sebenar benar taubat maka tanda
maka tanda hitam itu akan lenyap.jika tidak tanda itu akan terus
kekal.Kemudian apabila ia melakukan lagi perbuatan dosa maka
lahirlah tanda yang ke dua demikian seterusnya dan akhirnya hatinya
akan menjadi keras hitam.
Allah memperingatkan kepada orang yang beriman dengan firmannya
"Wahai orang yang beriman peliharalah diri mu dan keluagamu dari
azab api neraka".
(Al Tahrim :6)
"Wahai orang orang yang beriman tetaplah beriman kepada Allah dan
Rasulnya dan kepada kitab kitab yang diturunkan kepada
rasulnya,serta kitab yang diturunkan sebelumnya.Barang siapa yang
kufur kepada Malaikat malaikat nya,kitab kitabnya,Rasul rasulnya dan
hari kemudian maka orang itu telah sesat sejauh jauh nya."
(An-Nisa,'ayat 136.)
Turun naiknya darjat keimanan seseorang itu bergantung kepada orang
yang memilikinya. Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Berpagi-pagi
seorang mukmin, petang dia kafir, petang mukmin, malamnya kafir,
malam mukmin siang atau subuh kafir". Berikutan rahmat iman itu
sungguh bernilai dan berharga, ia perlu dipelihara dan diperkuatkan
ibarat bateri apabila lemah, ia tidak mampu menyumbangkan alat yang
digunakan. iman juga perlu `dicas' atau diperbaharui dari semasa ke
semasa sebagaimana Rasulullah saw sering mengajak sahabat
memperbaharui iman dengan sabdanya bermaksud: `Marilah kita duduk
sebentar untuk memperbaharui iman kita. Bertanya sahabat: Bagaimana
cara hendak memperbaharui iman kita? Jawab Rasulullah, dengan
mengucap kalimah Lailahaillallah.'
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda seseorang yang mengucapkan
Lailahailllah akan banyak memberi faedah kepada orang ramai
sekiranya ia tunaikan hak nya'Sahabat bertanya apakah hak kalimah
itu ya Rasullullah .Jawab baginda: "Menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran".
Rasullulah telah menganjurkan kepada semua umat islam supaya
menyampaikan seruan islam dengan sabdanya yang bermaksud: "Sampaikan
dariku walaupun satu ayat"
Fiman Allah Taala
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia kamu
menyuruh berbuat kebaikan dan kamu melarang dari kejahatan dan kemu
beriman kepada Allah."
(Ali Imran:110)
Dalam menyampaikan seruan islam perlulah dengan cara hikmah dan
kasih sayang semata mata mengharapkan keredhaanya.
Firman Allah swt
"Serulah kepada Tuhan mu dengan hikmah dan nasihat nasihat yang baik
dan berbahas lah dengan mereka dengan cara yang paling baik" (Al
Nahl:125)
Lantaran itu islam telah meletakan kasih sayang sebagai syarat
kesempuranaan iman seseorang sebagaimana Rasullulah saw bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana ia tidak mengasihi saudara nya sebagiamana ia mengasihi dirinya sendiri."
Selain mengucap kalimah Lailahaillallah, iman juga boleh dipelihara
dan dipertingkatkan dengan cara memperbanyakkan amalan sunat secara
berterusan dan mujahadah (bersungguh-sungguh). Amalan yang
mendekatkan diri kepada Allah seperti membaca Al- Quran, berzikir, bertasbih, bangun mengerjakan solat sunat pada waktu malam, bertafakur, memerhati dan meneliti kebesaran Allah, berpuasa sunat, menghampirkan diri dengan ulama, di samping tidak sekali-kali meminggirkan amalan wajib yang diperintahkan, Insya Allah boleh membantu ke arah itu.
Sesungguhnya kalimah shahadah menjadi syarat iman dan islamnya
seseorang mengandungi erti dan maksud yang luas.Setinggi mana iman
seseorang adalah bergantung pada setinggi mana keyakinan dan
sebanyak mana tuntutanya yang ditunaikan Jika rahmat iman ini berjaya dipelihara dan disuburkan disusuli dengan melaksanakan amal amal yang soleh sesungguhnya ia mampu membentuk keunggulan peribadi seseorang insan juga sebagai jaminan untuk medapatkan keredhaan Allah serta kebahagiaan yang kekal di akhirat nanti.
Filed under: Amalan & Doa | Leave a comment »