• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,210,713 orang
  • Kandungan Blog

Kelebihan ziarah kubur

Sebagaimana disebutkan dalam riwayat Muslim, menziarahi kubur menjadikan orang mengingat akan mati. Dan mengingati mati melahirkan sikap terpuji. Ad-Daqqaq berkata,

‘Barangsiapa banyak mengingat mati, nescaya dimuliakan dengan tiga perkara; segera bertaubat, diberi hati yang qana’ah (menerima pemberian Allah) dan bersemangat dalam ibadah. Sedang orang yang lupa mengingati mati akan diganjar dengan tiga perkara; menunda-nunda taubat, selalu merasa tidak cukup dan malas dalam beribadah.

‘Al-Hasan berkata, ‘Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Kerana itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.’

Sebab seksa kubur

Seksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:
1. Melaga-lagakan dan mengampu.

2. Tidak membasuh dengan bersih selepas buang air kecil.

3. Sholat tanpa bersuci.

4. Berdusta.

5. Lalai dan malas mengerjakan sholat.

6. Tidak mengeluarkan zakat.

7. Zina

8. Mencuri

9. Berkhianat

10. Menfitnah sesama umat Islam

11. Makan riba

12. Tidak menolong orang yang dizalimi

13. Minum khamar ( tuak, minuman keras )

14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki

15. Membunuh

16. Mencaci sahabat

17. Mati dalam keadaan membawa bid’ah.

‘Ketika keadaan manusia banyak yang melakukan dosa-dosa di atas, maka kebanyakan ahli kubur adalah dalam keadaan disiksa. Dan orang yang selamat daripadanya amatlah sedikit. Secara lahirnya, kuburan itu memang hanyalah tanah biasa, padahal didalamnya terdapat penyesalan dan siksa.

Di atasnya nampak tanah, batu-batu yang terukir dan bangunan, tetapi di dalamnya adalah bencana. Mereka mendidih dalam penyesalan sebagaimana periuk mendidih dengan apa yang ditanaknya. Sedangkan angan-angannya tak mungkin lagi dipenuhi.’

Ramai siswa masuk pondok sempena cuti IPT

Sempena cuti IPT, ramai pelajar IPT dari seluruh negara datang berdaftar sebagai pelajar sementara di Pondok Pasir Tumboh dan beberapa pondok yang lain bagi mengisi waktu cuti dengan meningkatkan kefahaman ilmu agama

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi

Pendaftaran lelaki

09-7657786 (pejabat)

012-96238906 (Ustaz Wan Qusyairi)
013-2756400 (Saudara Hafiz)

Pendaftaran muslimat

09-7652193 (Ustazah Fauzah)
09-7650228 (Ustazah Fadhilah)

Ceramah wakil Palestin lepas solat Jumaat esok

Suatu majlis ceramah berkaitan perjuangan membebaskan Masjid Aqsa dan bumi Palestin oleh wakil Palestin akan diadakan sejurus selesai solat Jumaat esok 28 Mei 2010 di Masjid Pondok Pasir Tumboh

Suatu pameran jualan dan kutipan derma bagi tabung pembinaan sekolah dan bantuan pelajar Palestin turut diadakan.

Seluruh muslimin dan muslimat dijemput hadir

Bersediakah kita untuk menghadapi alam kubur

Abdul Haq Al-Isybily rahimahullah berkata,'Hendaknya orang yang masuk ke kuburan menghayalkan bahawa dirinya telah mati. Telah menyusul orang-orang yang dikubur sebelumnya, dan bahawa dia memerlukan amal sebagaimana yang diperlukan oleh mereka, ia menyukai apa yang mereka suka, ingin mendatangkan apa yang ingin mereka datangkan, ingin menimbun apa yang ingin mereka timbun. Lalu hendaknya ia membayangkan tentang berubahnya warna kulit mereka, 
berserakannya anggota badan mereka. Hendaknya pula ia 
membayangkan keadaan mereka. Betapa baru saja ia bercengkerama dengan mereka, lalu tiba-tiba ia menjauh bahkan ngeri untuk sekedar melihat keadaan mereka. Lalu hendaknya ia merenungkan tentang terbelahnya bumi dan dibangkitkannya ahli kubur.  Merenungkan tentang keluarnya setiap orang dari kuburnya dalam keadaan tanpa alas kaki, telanjang dan tanpa disunat. Semua sibuk dan panik 
dengan urusannya sendiri. 
 
 
'Wahai, mengapa aku melihatmu begitu asyik dengan kehidupan 
dunia.  
Wahai orang yang berlindung di balik tembok rumah-rumah megah. 
Tidak ada tempat lain selain kuburan tempat tinggalmu. 
Hari ini engkau bermegah-megahan dan menghias diri. 
Tetapi esok, engkau akan diusung ke kuburan, dibalut hanut dan kain kafan. 
Maka wahai engkau, bersegeralah bertaubat kepada Rabbmu. 
Jalan itu masih mungkin sekali bagimu. 
Palingkanlah hawa nafsumu kerana takut kepada Rabbmu, dalam 
keadaan sunyi atau ramai, selalu jagalah dirimu.' 
 
Penyair lain berkata: 
"Aku menyaksikan, jika orang kaya raya meninggal dunia, maka dibangun diatas kuburnya bangunan megah. Mereka tetap sahaja ingin menyombongi orang-orang miskin hingga di kuburan. Demi Allah, jika engkau menyingkap tanah dari mereka. Tentu tak engkau kenali lagi mana yang miskin dan mana yang kaya. Tidak akan kau kenali mana kulit yang berpakaian sutera dan mana yang berbalut kain biasa. 
Jika tanah telah memakan jasad ini dan itu, adakah kelebihan si kaya dari si miskin?" 
 
Muhammad bin Shabih berkata, 'Telah sampai berita kepada kami bahawa manakala seseorang telah diletakkan di kuburannya, lalu disiksa atau mendapatkan sesuatu yang dibenci, maka tetangganya dari orang-orang yang telah meninggal sebelumnya berkata kepadanya, 'Wahai orang yang baru datang dari dunia, tidakkah engkau mengambil pelajaran daripada kami? 
Tidakkah engkau merenungkan tentang kematian kami yang 
mendahuluimu? 
Bukankah engkau mengetahui bahawa amal kami telah terputus, 
sementara engkau masih diberi tempoh waktu? 
Mengapa tidak engkau kejar apa yang tidak diperolehi oleh saudara- saudaramu? 

Kubur memanggil kita

Pernahkah anda melihat kuburan? 
Pernahkah anda melihat gelapnya kuburan? 
Pernahkah anda melihat sempit dan dalamnya liang lahat? 
Pernahkah anda membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur? 
Sedarkah anda bahawa kuburan itu dipersiapkan untuk anda dan untuk orang-orang selain anda? 
 
Bukankah silih berganti anda melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga dekat anda diusung dari dunia fana ini ke kuburan? 
 
Dari buaian dunia yang terang benderang ke kegelapan liang lahat... 
Dari keceriaan bermain dengan keluarga dan anak-anak kepada 
kekerasan tanah dan ulat-ulat ... 
Dari kenikmatan makanan dan minuman kepada timbunan debu dan tanah... 
Dari kelembutan pergaulan di tengah-tengah keluarga kepada
bersendirian yang mengerikan... 
Dari tilam yang empuk kepada tempat pergulatan amal yang sangat menakutkan. 
 
Di dalam kubur, liang yang sangat sempit itu, tak lagi berbeza antara pelayan dan sang majikan, yang kaya dan yang miskin, semuanya sama.  Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian. Dan segenap umat manusia bersependapat bahawa kematian itu tidak mengenal umur tertentu, waktu tertentu atau sakit tertentu. Hal mana agar manusia selalu waspada dan terus bersiap-siap kerananya.  
  
Kengerian kubur Dari Hani' Maula Utsman, ia berkata, 'Jika Utsman ra. berdiri di samping kuburan maka beliau menangis hingga basah janggotnya'.  
  
Maka dikatakan kepada beliau, 'Jika engkau mengingat Syurga dan Neraka tidak menangis, mengapa engkau menangis kerana ini?  
  
 
 
 
 
Maka beliau menjawab, 'Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: 
"Kuburan adalah awal kehidupan akhirat.  Jika seseorang selamat daripadanya, maka setelahnya menjadi lebih mudah. Dan jika ia tidak selamat daripadanya, maka setelahnya lebih mengerikan."
 
Kemudian Utsman ra. berkata, 'Rasulullah saw. juga bersabda, 'Aku tidak melihat suatu pemandangan melainkan kuburan lebih mengerikan daripadanya." 
HR. Ahmad dan At-Tirmidzi 
 
Umar bin Abdul Aziz rahimahullah suatu hari menasihati para 
sahabatnya, diantaranya beliau berkata: 
 
Jika kalian melalui kuburan, panggillah mereka jika engkau boleh memanggil. Lihatlah, betapa berdempetnya ( sempit ) rumah-rumah mereka. 
Tanyakanlah kepada orang-orang kaya dari mereka, masih tersisakah kekayaan mereka? 
Tanyakan pula kepada orang-orang miskin di antara mereka, masih tersisakah kemiskinan mereka? 
Tanyakanlah tentang lisan-lisan yang dengannya mereka berbicara,sepasang mata yang dengannya mereka melihat indahnya pemandangan?. 
Tanyakan pula tentang kulit-kulit lembut dan wajah-wajah yang cantik jelita, juga tubuh-tubuh yang halus mulus, apa yang diperbuat oleh ulat-ulat di balik kafan-kafan mereka? 
Lisan-lisan itu telah hancur, wajah-wajah yang cantik jelita itu telah dirobek-robek ulat, anggota badan mereka telah terpisah berserakan. 
 
Lalu di mana pelayan-pelayan mereka yang setia? 
Di mana tumpukan harta dan sederetan pangkat mereka? 
Di mana rumah-rumah gedong mereka yang banyak dan menjulang 
tinggi? 
Di mana kebun-kebun mereka yang rendang dan subur? 
Di mana pakaian-pakaian mereka yang indah-indah dan sangat mahal? 
Di mana kenderaan-kenderaan mewah kesukaan mereka? 
Di mana kolam renang dan telaga peribadi mereka? 
Bukankah mereka kini berada di tempat yang sangat sunyi? 
Bukankah siang dan malam bagi mereka sama saja? 
Bukankah mereka berada dalam kegelapan? 
Mereka telah terputus dengan amal mereka. 
Mereka telah berpisah dengan orang-orang yang mereka cintai, harta dan segenap keluarganya. 
Kerana itu, wahai orang yang tak lama lagi akan tinggal di kuburan! 
Kenapa engkau terpedaya dengan dunia? 
Renungkanlah orang-orang yang telah pergi meninggalkan kita. Sungguh mereka amat berharap untuk dapat kembali ke dunia. Agar dapat menghimpun amal sebanyak-banyaknya. Tetapi, itu semua tidak mungkin terjadi kerana mereka telah dikuburkan. 
 
Yazid Ar-Riqasyi rahimahullah berkata kepada dirinya sendiri, 'Celaka engkau wahai Yazid!, siapa yang akan mendirikan sholat untukmu setelah engkau mati? 
Siapa yang akan berpuasa untukmu setelah engkau mati? 
Siapa yang akan memintakan maaf untukmu setelah engkau mati?' 
  
Lalu dia berkata, 'Wahai manusia, mengapa kalian tidak menangis dan meratap kepada dirimu atas sisa hidupmu. Barangsiapa yang akhirnya adalah mati, kuburan sebagai rumah tinggalnya, tanah sebagai tilamnya dan ulat-ulat yang menemaninya, serta dalam keadaan demikian ia menunggu Hari Kiamat yang sangat mengerikan. 
Wahai, bagaimanakah keadaan seperti ini?' 
Lalu beliau rahimahullah menangis. 
 

7 tempat tuju roh selepas keluar daripada jasad

Sayyidina Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi  setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:- ,
 
 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
 
 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
 
 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
 
 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

 5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

 
 7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka  Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

 Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat  tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
 
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Keadaan manusia di ambang kematian

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga  sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. “Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu  cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu.” Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T.  berfirman yang  bermaksud:”Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak  tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat
perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali  jin dan manusia.  Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang  yang memandikan,  aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan  pakaianku dengan  perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan  malaikat maut”. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil  merayu : “Wahai  orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”. Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin
melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan
sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu
mendoakan aku”.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang
memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur
dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Antara tanggungjawab mudah dan payah pada perempuan

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi

tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.

Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada

isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang

tak  ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga

dan

dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti

intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah

bandingannya  dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki

wajib  taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah

seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta

itu  menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,

manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara

isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan

melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan

seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana

melahirkan  adalah syahid kecil.

Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4

wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara

perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh

4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu

Syurga  yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di

bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat

akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut

menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa

perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH…sayangnya ALLAH pada wanita ….

 ” Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang

telah  dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu,

anggotanya  menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri

memberikan alasan untuk membela diri “