Hadis Berkaitan Serban Rasulullah s.a.w

muria4

1. Jabir RH meriwayatkan bahawa tatkala Mekah ditawan maka Rasulullah s.a.w memasuki kotanya dengan memakai serban hitam

( Sohih Muslim, Bab Manasik / Sunan Abu Daud, Bab Pakaian / Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian/ Sunan Tirmizi, Bab Jihad & Pakaian/ Sunan Nasai’e, Bab Perhiasan)

2. ‘Amr ibn Huraith RH berkata :”Daku melihat Rasulullah s.a.w memakai serban hitam

( Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian, Hadis 3584/ Sunan Abu Daud, Bab Pakaian, Hadis 4077/ Sohih Muslim, Bab Haji, Hadis 1359/ Sunan Nasai’e)

3. ‘Amr ibn Hiraith RH berkata : Saya masih ingat Rasulullah s.a.w berkhutbah memakai serban hitam di kepalanya dan shamlah (ekor serban) berada di antara dua bahu baginda”.

( Sohih Muslim dan Sunan Nasai’e)

4. ‘Amr ibn Hiraith RH berkata : Daku melihat Rasulullah s.a.w berkhutbah dengan memakai serban hitam di kepala baginda yang mubaraj (diberkati)

      ( Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian/ Sunan Abu Daud, Bab Pakaian/ Sohih Muslim, Bab Haji)

5. Ibnu Umar RH meriwayatkan : Apabila Rasulullah s.a.w memakai serban, baginda akan membiarkan ekor serban baginda itu di antara bahu iaitu di belakang.

       Nafi’ RH berkata : Aku telah lihat Abdullah bin Umar RH meniru cara yang sama

      Ubaidullah salah seorang murid Nafi’ RH berkata : Daku melihat Qasim bin Muhammad ( cucu Abu Bakar RH) dan Alim bin Abdullah ( cucu Umar RH) juga mengikut cara yang sama

      ( Sunan Tirmizi , Bab Pakaian, Hadis 1736)

6. Ibnu Abbas RH melaporkan : Rasulllah s.a.w pernah menyampaikan khutbah memakai serban hitam atau lilitan kain (yang ada kesan minyak rambut)

(Sohih Bukhari, Bab Manaqib)

7. Sabda nabi s.a.w : Pakailah serban selalu kerana ia menambah kesopanan seseorang

( Fathul Bari)

       Seorang telah bertanya Abdullah ibnu Umar RH : Adakah memakai serban adalah sunnah?”. Jawab beliau : Benar! Ia adalah sunnah

8. Tersebut dalam sebuah hadis : Biasakanlah memakai serban kerana ia adalah tanda Islam dan membezakan antara Islam dan kafir

Rujukan :

1. Syamail Tirmizi, Abu Isa Muhammad bin Isa bin Sawra at-Tirmizi

2. Khasail Nabawi s,a,w Syarah Syamail Muhammadiyyah s.a.w, Muhammad Zakaria Kandhalawi