• Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.albakriah.nas.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Kandungan Blog

  • Tulisan Terbaik

  • Arkib

  • Statistik Pengunjung

    • 1,210,715 orang
  • Kandungan Blog

Hukum Memandang Perempuan

Hukum memandang perempuan

  • Sunat sebelum meminag seorang itu memandang perempuan yang hendak dijadikan isteri walau pun ketiadaan izinnya, kerana memada dengan izin syarak serta beberapa syarat

                                i.            diharapkan terima pinangannya.

                              ii.             lihat pada muka dan dua tangannya sahaja.

                            iii.             Semasa melihat ada serta perempuan walinya.

  • Harus mengulang lihat perempuan yang hendak dipinang atau yang telah menjadi tunang.
  • Haram lelaki baligh melihat perempuan ajanabi (bukan mahram) yang merdeka yang telah besar yakni yang telah sampai had sahwat samaada takut fitnah atau tiada.
  • Tidak haram melihat perempuan pada cermin jika tidak takut fitnah
  • Tidak haram mendengar suara jika tidak takut fitnah tetapi makruh.
  • Tiap-tiap yang haram lihat ketika berhubung haram lihat ketika bercerai seperti kuku perempuan, rambut perempuan, bulu ari-ari lelaki dan perempuan dan lain
  • Tiap-tiap haram melihat haram menyentuh samaada berhubung atau bercerai, kerana menyentuh terlebih bersangatan membawa kepada keinginan  daripada melihat.
  • harus memandang kepada kanak-kanak perempuan yang belum sampai had sahwat melainkan farajnya.
  • Memandang perempuan kepada lelaki ajanabi (mahram) sama hukumnya memandang lelaki kepada perempuan ajanabi.

Tujuh keadan lelaki memandang perempuan

  • Haram bagi lelaki memandang perempuan yang bukan mahramnya.
  • Harus bagi lelaki memandang isteri atau hambanya yang tidak berkahwin pada seluruh angota melainkan farajnya, adapun memandang faraj keduanya makruh.
  • Harus bagi lelaki memandang mahram atau hambanya yang telah berkahwin pada sekelian tubuh melainkan antara pusat dan lutut.
  • Harus bagi lelaki memandang bukan mahram kerana hendak dijadikan isteri pada muka dan dua tapak tangan.
  • Melihat kerana mengubati harus memandang pada tempat yang hendak diubati sahaja.
  • Harus memandang muka sahaja kerana penyaksian dan muamalat seperti jual beli.
  • Harus memandang seluruh tubuh hamba melainkan antara pusat dan lutut ketika hendak membelinya.

Pemakanan seimbang, sihat ikut sunnah Rasulullah

Oleh Dr Irfan Mohamad

Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang beri impak rasa syukur kepada rezeki

DALAM kehangatan delegasi Persidangan Keselamatan Makanan anjuran Pertubuhan Makanan dan Kesihatan Sedunia (FAO), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bersidang di Rome, Itali, pelbagai perkara dibincangkan. Antara permasalahan kronik ialah ketidakcukupan makanan yang melanda masyarakat dunia yang menyumbang kepada angka kebuluran sebagai penyebab kematian bagi berjuta-juta nyawa saban tahun.

Ironinya, di Malaysia banyak masalah kesihatan dicetuskan berpunca daripada tabiat makan. Pengambilan makanan berlebihan, kurang bersih, tidak seimbang dari sudut gizi dan kelas makanan antara penyebab berlaku penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan obesiti.

Pepatah yang mengungkapkan ‘kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa’ sebenarnya mempunyai maksud tersirat. Di sebalik tersurat yang mengajar manusia berhati-hati dengan kata yang dilontarkan kerana mungkin mendatangkan masalah dalam konteks fizikal yang mengakibatkan badan binasa, mulut juga perlu dilihat sebagai pintu masuk kepada makanan yang bakal menjadi darah daging kita yang ada kalanya merosakkan badan.

Masyarakat mengetahui penting dan akrabnya hubungan menjaga pemakanan dalam menjaga kesihatan seseorang. Dalam hal ini, Islam sebagai agama yang syumul dan sarat ajaran yang penuh dengan hikmah dan rahsia menggariskan panduan dalam kita menjayakan program makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan.

Firman Allah bermaksud: “Makanlah dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-A’raf: 31) dan “Sesungguhnya orang yang membazir itu saudara syaitan dan syaitan itu kufur dengan Tuhannya.” (Surah Al-Israk: 27)

Islam mengajar kita berpada-pada apabila menghadap dan mengambil makanan. Betapa banyak penyakit kronik seperti diabetes mellitus (kencing manis) dan hipertensi (darah tinggi) berpunca daripada pemilihan dan jumlah makanan tidak betul.

Jika menggunakan panduan yang dianjurkan Islam, bukan saja kita akan berupaya menguruskan budaya pemakanan yang lebih berhemah bahkan unsur pembaziran juga dapat dielakkan.

Ia juga akan mengurangkan potensi mendapat kegemukan yang menjadi faktor risiko kepada pelbagai masalah lain seperti pernafasan ketika tidur, penyakit berkaitan jantung dan salur darah tersumbat, masalah sendi yang terpaksa menanggung beban berat badan yang berlebihan dan sebagainya.

Dari segi pemilihan jenis makanan pula, Islam mengajar kita panduan yang secara umumnya perlu mempunyai dua ciri utama iaitu halal dan baik. Ia termasuk makanan yang terjamin kebersihannya, kaedah sembelihan, cara penyediaannya yang jika kita tidak mengambil perhatian daripadanya boleh mengundang penyakit bawaan kuman seperti hepatitis A, gastroenteritis, taun dan kepialu.

Aspek memilih premis makanan yang bersih dan terjamin mutu halal dan kita harus melihatnya secara serius dan belajar apa yang tersirat di sebaliknya.

“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) daripada apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (Surah al-Baqarah: 168)

“Hai orang beriman, makan antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah.” (Surah al-Baqarah: 172)

Apabila aspek pemilihan sumber, jenis, kumpulan makanan dibuat, maka kita juga perlu meneliti bilakah masanya yang sesuai perlu kita makan dan berhenti makan.

Rasulullah memberikan panduan mengenai cara makan ideal supaya kita lebih mensyukuri nikmat makanan yang dikurniakan dan pada masa yang sama tidak memudaratkan kesihatan.

Makan ketika lapar lebih memberi kita impak rasa bersyukur dengan kurniaan rezekinya dan menginsafi serta mewujudkan rasa ingin membantu kepada mereka yang saban hari berada dalam keadaan lapar.

“Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang.” (Hadis Abu Daud)

Selain aspek lahiriah, amalan pemakanan yang tidak mementingkan pematuhan panduan Islam menyebabkan kesan sampingan yang lain termasuk kerosakan mutu rohani dan spiritual. Apa yang jelas daripada hadis Baginda ialah doa seseorang tubuhnya terbina daripada makanan yang bersumberkan suatu yang haram, tetapi tetap juga disuap ke mulutnya akan tertolak.

“Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan permohonannya?” (Hadis Muslim, Ahmad dan Tirmizi)

Sikap sambil lewa terhadap apa yang disuap ke mulut kita bukan saja menyebabkan tertolaknya doa bahkan tubuh kita juga merana pada hari akhirat nanti.

Walaupun ada yang memegang prinsip ‘membujur lalu melintang patah’, ‘rezeki jangan ditolak’ namun kita harus memikirkan dua kali adakah rezeki yang lalu atau terhidang di depan mata benar-benar rezeki kita atau hak orang lain yang berjaya kita manipulasikan.

Dalam hal ini, Rasulullah memberi amaran bahayanya makan makanan haram baik dari segi lahiriah haram atau batiniah seperti sumber haram. Sabda Rasulullah: “Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak dengannya.” (Hadis At-Thabarani)

Jelaslah kepada kita perlu meneliti setiap apa yang ingin disuapkan ke mulut kita atau tanggungan yang berada di bawah kita. Amat besar kerugian dan penyesalan jika aspek yang diajar Islam ini kita ambil remeh.

Sesungguhnya kecantikan ajaran itu terserlah pada hikmah yang terkandung di dalamnya, dan akan zahir keunggulannya apabila umatnya mengamalkannya.

Penulis ialah Pensyarah Perubatan ORL, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kota Bharu, Kelantan

Mutahayyirah, perempuan yang tercengang keadaan haidhnya

Wanita mutahayyirah ialah mereka yang berterusan datang darah dan terlupa adat / kebiasan kedatangan darah samaada dia terlupa masa kedatangan darah atau tempohnya dengan sebab lalai atau gila. Lafaz mutahayyirah membawa erti perempuan yang tercengang. Diberi nama mutahayyirah kerana tercengang fuqahaq hendak menghukum darah yang keluar daripadanya. Wanita mutahayyirah terbahagi tiga.
1. Mutahayyirah (مُطْلَقَة) mutlaqah iaitu wanita yang pernah kedatangan haidh tetapi tidak ingat tempoh haidh dan masa datangnya maka wajib dia berhati-hati, kerana tiap-tiap masa yang dia tempuhi boleh jadi dia berada di dalam haidh atau putus daripadanya, dengan itu perempuan yang mutahayyirah, seperti hukum perempuan berhaidh pada pihak haram setubuh, menyentuh antara pusat dan lutut dengan tiada berlapik, membawa dan menyentuh al-Quran, membacanya diluar sembahyang, berhenti di dalam masjid pada lain waktu bersembahyang, tawaf dan a`tikaf kerana kemungkinan dia berada didalam haidh. Pada satu pihak ia seperti perempuan suci maka tiada haram suaminya mentalaqkan dia dan wajib dia mengerjakan ibadat yang berkehendak kepada niat seperti sembahyang, puasa dan sebagainya. Dengan itu perempuan yang mutahayyirah wajib  mandi pada tiap-tiap waktu sembahyang di dalam waktunya jika dia tidak mengetahui waktu putus darah kerana mungkin dia putus darah pada ketika itu. Jika dia mengetahui  waktu putus darah seperti ketika masuk matahari maka tidak wajib atasnya mandi pada tiap-tiap masuk waktu melainkan dia wajib mandi pada ketika masuk matahari dan sembahyang dengannya sembahyang magrib dan sembahyang yang lain dengan tidak mengulang mandi melainkan pada tiap-tiap kali masuk matahari kerana boleh jadi berhenti darahnya pada waktu itu. Wajib perempuan yang mutahayyira berpuasa sebulan di dalam bulan ramadhan kerana kemungkinan dia suci sebulan ramadhan dan hendak lah dia puasa penuh sebulan yang lain. Setelah selesai puasanya dua bulan maka tinggal lagi dua hari yang dia wajib puasa jika  beradat / kebiasan putus haidh pada siang hari atau syak waktu putusnya maka dianggap waktu putusnya pada siang hari.
Mengapa setelah berpuasa dua bulan ia masih tertinggal dua hari puasa ramadhan?
Kerana kemungkinan datang haidhnya pada waktu subuh awal bulan  dan haidhnya mencapai sebanyak-banyak haidh, seperti datang haidhnya selepas terbit fajar hari pertama bulan ramadan dan putus darah hari ke enam belas maka binasa puasanya enam belas hari dan pada bulan kedua begitu juga, jadilah puasanya dua puluh lapan hari maka wajib disempurnakan puasanya tiga puluh hari jika bulan ramadan cukup tiga puluh hari . Ini jika tidak beradat berhenti darahnya pada malam adapun jika beradat berhenti darahnya pada malam maka cukuplah puasanya tiga puluh hari. Apabila tinggal puasanya dua hari maka hendaklah ia puasa enam hari dalam tempuh lapan belas hari iaitu tiga hari pada awalnya dan tiga hari pada akhirnya maka hasil lah dua hari dengan yakin kerana jika datang haidhnya pada permulaan puasa maka putus darahnya pada hari yang ke enam belas maka sah puasanya hari yang ke tujuh belas dan lapan belas, dan seterusnya jika datang haidh hari ke dua sah puasa hari pertama dan ke lapan belas, jika datang haidhnya hari ke tiga sah puasa hari pertama dan ke dua, jika datang hari ke enam belas sah puasa hari ke dua dan ke tiga, jika datang hari ke tujuh belas sah puasa hari ke tiga dan ke enam belas, jika datang pada hari ke lapan belas sah puasa hari ke enam belas dan ke tujuh belas.
Lihat jadual yakin dapat dua hari puasa:
cara puasa mutahayirah Untuk besarkan gambar klik di gambar
Jika yang wajib diqada sehari hendak lah ia puasa tiga hari dalam tujuh belas hari iaitu sehari pada hari pertama, sehari pada hari yang ke tiga dan sehari pada hari yang ke tujuh belas maka yang sah puasanya satu hari dengan yakin. Kerana jika berhaidh ia pada hari pertama hasil puasanya pada hari yang ke tujuh belas dan jika berhaidh ia pada hari yang ke tiga hasil puasanya pada hari yang pertama dan jika berhaidh ia pada hari yang ke tujuh belas hasil puasanya pada hari yang ke tiga.
2. Muthayyirah  nasiah (نَسِيئَة) lalai, ialah seorang perempuan yang lupa kadar / tempoh haidh dan dia ingat masa kedatangan haidh, dia wajib  berhati-hati maka masa yang diyakini haidh, dia hendaklah  mengambil hukum seperti seorang yang berhaidh dan masa yang diyakini suci, dia hendaklah mengambil hukum seperti seorang yang suci. Adapun masa yang tidak diyakini haidh atau suci hukumnya sama dengan perempuan mutahyyira mutlakah (perempuan yang lupa tempuh haidh dan waktunya) Maka dia hendaklah kerjakan ibadat yang wajib seperti sembahyang, puasa dan sebagainya kerana dia mungkin suci pada ketika itu, dan haram atasnya menyentuh Mashaf, membaca al-Quran diluar sembahyang, duduk di dalam masjid pada lain waktu sembahyang dan sebagainya. Contoh perempuan yang lupa    tempoh haidh dan ingat ia waktunya seperti berkata perempuan yang kedatangan darah berterusan “ aku kedatangan haidh pada awal bulan dan aku tidak ingat berapa hari ia datang” maka kita hukumkan sehari pada awal bulan haidh dengan yakin dan pada enam belas haribulan  suci dengan yakin sementara dua haribulan hingga lima belas haribulan masa yang mungkin kedatangan haidh dan putus darah hendaklah kamu kias dengan yang lain.
3.Perempuan yang ingat tempoh haidh dan dia lupa waktunya termasuk dalam mutahayyirah nasiah (نَسِيئَة) juga, maka hukum sama dengan masalah yang ke dua sila rujuk disana. Contohnya seperti berkata seorang perempuan “aku biasa datang haidh enam hari di dalam sepuluh hari yang pertama tiap-tiap bulan tetapi aku tidak ingat bila mulanya samaada hari yang pertama, ke dua, ketiga, ke empat atau kelima maka ia dikira berhaidh pada hari yang ke lima dan yang ke enam dengan yakin dan dua puluh kemudiannya suci dengan yakin sementara empat hari awal bulan mungkin ia suci atau berhaidh maka hukumnya seperti mutahayyirah mutlaka

Pengenalan Darah Istihadhah

Istihadhah dari sudut bahasa mengalir dan berterusan.
Dari sudut syara`: Darah penyakit yang keluar dari hujung urat di bawah rahim perempuan melebihi masa sebanyak-banyak haidh dan masa sebanyak-banyak nifas sama ada keluar mengiringi darah haidh atau tiada. Kata setengah ulama` istihadhah ialah darah yang berhubung dengan darah haidh, semantara yang lainnya ialah darah pasad / rosak, seperti darah yang keluar dari pada perempuan yang belum sampai umur kedatangan haidh. Kata Sehik Ibnu Hajar perselihan itu hanya pada lafas jua tidak pada makna,
Istihadhah adalah hadas yang sentiasa, seumpama air kencing, wadi atau maziyang yang sentiasa keluar. Dengan itu ia tidak menegah daripada sembahyang, puasa, bersetubuh dan sebagainya, maka tidak diharamkan atas perempuan yang istihadhah dan orang yang sentiasa keluar air kencing, mazi atau wadi pekara yang diharamkan atas perempuan yang berhaidh atau yang bernifas.
Jenis-jenis istihadhah
Darah istihadhah terbahagi kepada empat.
1. Darah yang keluar sebelum umur haidh.
2. Darah yang keluar kurang dari tempoh haidh
3. Darah yang keluar melebihi tempoh haidh.
4. Darah yang keluar melebihi tempoh nifas.
Langkah-langkah yang wajib diambil apabila hendak mengerjakan sembahyang .
Wajib keatas perempuan yang isthadhah membasuh farajnya dan menyumbatnya dengan umpama kapas, jika tidak kesakitan dan tidak berpuasa. kewajibpan menyumbat disebab darahnya mengalir keluar, jika darahnya tidak keluar, tidak perlu menyumbatnya. Jika tidak memadai dengan sumbat sebab banyak darah dan tiada tertahan darah melainkan dengan cawat, maka wajib ia mencawatnya apabila tidak kesakitan. Adapun jika kesakitan  dengan sumbat atau cawat, tiada wajib kedua pekara itu. Dan jika ia berpuasa maka wajib atasnya meningalkan sumbat pada siang hari. Kemudian jika keluar darah setelah disumbat dan bercawat dengan ketidan cuai pada menyumbat dan mengikat cawat maka tidak mengapa, jika ada keluar darah.
Selepas itu hendaklah ia mengambil wuduk atau tayamum, jika ia memerlukan tayamum. Hendaklah kesemua ini dilakukan didalam waktu sembahyang. Tidak memadai dilakukan pekara ini sebelum masuk waktu. Dan wajib empat pekara ini dengan tertib seperti yang tersebut itu dan hendaklah dilakukan dengan segera. Kemudian hendaklah ia bersegera sembahyang, kerana mengurangkan hadas semungkin yang boleh. Tidak mengapa terlambat sedikit kerana maslaha sembahyang / pekara yang bergantung dengan sembahyang, seperti menutup aurat, menanti sembahyang berjemaah, menjawab orang bang dan ikamah dan baranng sebagainya daripada segala kesempurnaan sembahyang yang dituntut mengerjakannya. Jika dia terlambat bukan kerana maslaha sembahyang seperti makan batal wuduknya atau tayamum maka wajib dia mengulangi prkara di atas yani membasuh faraj, sumbat, cawat dan wuduk.
Wajib pula ia ulang membasuh faraj nya, sumbat serta cawat dan berwuduk atau tayamum apabila ia hendak sembahyang fardu yang lain, demikianlah seteusnya pada sembahyang yang lain, sekalipun tidak tangal cawatnya dan tiada kesan darah pada tepi cawat. Adapun sembahyang sunat, tida perlu dia mengulang pakara yang tersebut itu.
Semua itu wajib diulang sekiranya darah ada pada cawat. sekiranaya tiada darah sama sekali maka hendaklah dia mengikat cawatnya sahaja dan jika ada darah tetapi darah itu dimaafkan maka dia wajib mengikatnya dan wajib mengambil wuduk.
cara membezakan sifat darah
Darah haidh dapat dibezakan daripada darah istihadhah dengan beberapa sifat
1. Perbezan pada warna maka warna yang terlebih kuat adalah hitam kemudian merah kemudian keemasan bercampur merah kemudian kuning kemudian keruh.
2.  Perbezan pekat atau cair darah maka yang pekat terlebih kuat daripada yang cair.
3. Perbezan pada bau maka yang berbau busuk terlebih kuat daripada yang kurang baunya.
4. Yang bersifat dengan dua sifat seperti hitam lagi pekat atau bau busuk terlebih kuat daripada yang bersipat dengan satu sifat seperti hitam sahaja.
5. Yang bersifat dengan tiga sifat seperti hitam, pekat lagi berbau busuk terlebih kuat daripada yang bersifat dengan dua sifat.
6. Apabila bertembung dua darah yang sama kuatnya seperti darah hitam serta pekat bertembung dengan hitam serta bau busuk maka yang terlebih dahulu itulah yang kuat.
Syarat haidh apabila berhimpun beberapa sifat darah
Jika berhimpun darah yang kuat seperti hitam dan yag dhaif seperti merah dan yang terlebih dhaif seperti kuning maka kesemua darah itu dikira haidh dengan tiga syarat
1. Terdahulu darah yang kuat daripada yang dhaif.
2. Hendaklah berhubong sekelian darah itu.
3. Tidak melebihi perhimpunan sekelian darah itu daripada    lima belas hari.
Kesemua sifat-sifat darah tidaklah diangap haidh melainkan datangnya dalam tempuh haidh. misalnya seorang wanita yang berumu sembilan tahun atau lebih melihat darah sama ada satu sifat seperti hitam pada tiap-tiap hari pada sekelian hari-hari haidh, atau beberapa sifat, seperti dia melihat darah yang berwarna hitam pada tiga hari permulan keluar darah dan empat hari berikutnya berwarna merah diikuti satu hari kuning, maka kesemua sifat itu dikira darah haidh kerana mengikut syarat diatas.
Apabila sifat darah yang berlainan melebihi lima belas hari, maka sifat yang melebih lima belas hari bukanlah haidh. Seperti melihat mereka itu aka darah  berwarna hitam lapan hari kemudian enam belas hari berwarna merah, maka darah hitam adalah haidh dan darah merah bukannya haidh. Dengan itu mereke  kedatangan haidh hanya lapan hari. Lagi akan datang keterangannya pada tajuk Masalah masalah yang boleh terjadi semasa seorang wanita berhaidh,  إن شاء الّلة تعالى
Syarat tamyiz/ membezakan sifat darah
Seorang wanita yang kedatangan darah berterusan dan  darahnya berlainan sifat seperti hitam kemudian merah maka jika kita hukumkan darah yang kuat sebagai haidh hendaklah dengan tiga syarat.
1.     Tidak kurang darah yang kuat daripada sehari semalam
2.  Tidak melampau darah yang kuat daripada sebanyak-banyak haidh
3.  Tidak kurang darah daif daripada sekurang-kurang suci / lima belas hari lima belas malam serta berturut.
Apabila tidak diperolih syarat-syarat yang tersebut seperti kurang darah yang kuat daripada sekurang-kurang haidh atau melebehi daripada sebanyak-banyak haidh atau kurang yang daif daripada sekurang-kurang suci atau tidak beturut-turut ia seperti melihat seorang akan darah sehari hitam,sehari merah,sehari hitam, sehari merah dan begitu seterusnya maka perempuan itu ketiadan syarat tamyiz
Syarat yang ketiga tempatnya apabila berkekalan darah, adapun jika putus ia seperti melihat perempuan  darah hitam sepuloh hari kemudian darah merah sepuloh hari kemudian berhenti darahnya maka hendaklah ia mengamalkan perbezan darah.
Keadaaan-keadaan wanita mustahadhah
Apabila seorang wanita kedatangan darah melebihi sebanyak-banyak haidh maka padanya jadi bercampur antara darah haidh dan istihadhah yang memungkinkan salah satu daripada tujuh keadan
1. Wanita yang pertama kali kedatangan haidh dapat membezakan sifat darahnya. Contohnya seorang perempuan kedatagan darah yang kuat seperti berwarna hitam sepuloh hari kemudian bertukar darah yang lemah seperti merah untuk beberapa lama maka darah hitam adalah haidh dan darah merah darah istihadhah dengan syarat tidak kurang darah yang kuat daripada sekurang-kurang haidh, tidak melebehi ia sebanyak-banyak haidh dan tidak kurang darah yang daif daripada sekurang-kurang suci.
2. Wanita yang pertama kali datang haidh tidak dapat membeza darah yang keluar / tidak ada syarat tamyiz seperti merah sekeliannya hinga beberapa bulan maka haidhnya sehari semalam sahaja dan darah yang lain istihadhah
3.      Wanita yang pernah datang haidh / beradat datang haidh, kemudian datang darah beterusan dan dia dapat membezakan sifat darahnya maka hendaklah ia mengira haidhnya mengikut sifat yang tidak melebehi sebanyak-banyak haidh. Seperti hitam lima hari pada permulannya kemudian tujuh hari darah berwarna merah dan mengiringi darah berwarna kuning beterusan, maka darah hitam dan merah adalah haidh dan darah yang berwarna kuning darah istihadhah.
4. Wanita yang pernah kedatangan haidh sebelum berlaku istihadhah dan ia tidak dapat membezakan sifat darah yang keluar, tetapi ia Ingat tempoh haidh seperti tiga hari, tujuh hari atau sebagainya dan ingat masanya, seperti awal bulan, pertengahan bulan atau akhirnya maka Ia  dikehendaki mengikut adat hidh dan sucinya pada kadar dan  waktunya. Misalnya perempuan yang kedatangan darah lima hari pada awal bulan, bulan yang pertama, kemudian pada bulan yang kedua darahnya berterusan / isthadhah, maka darah haidhnya lima hari pada tiap-tiap awal bulan sementara baki darah yang keluar adalah isthadhah. Yang dikehendaki dengan adat disini memada sekali  datang haidh atau berulang-ulang adatnya. Wanita yang adatnya berkekalan lima hari pada tiap-tiap bulan kemudian berpindah adatnya kepada enam hari pada satu bulan sebelum isthadhah, kemudian isthadhah ia maka dihitungkan haidhnya mengikut bulan sebelum dia kedatangan isthadhah iaitu enam hari. Adapun jika adatnya berlain-lainan lagi teratur dan berulang duakali tiap-tiap satu, seperti berhaidh ia pada bulan yang pertama tiga hari, bulan ke dua lima hari,bulan ke tiga tujuh hari, bulan ke empat tiga hari bulan ke lima lima hari,bulan ke enam tujuh hari dan bulan seterusnya isthadhah,Maka bulan yang ke tujuh dihukumkan haidhnya tiga hari, bulan ke lapan lima hari dan bulan yang ke sembilan tujuh hari begitu lah seterusnya pusingan hukumnya. Maka jika tidak berulang dua adatnya, seperti mula isthadhahnya pada bulan yang ke empat seperti misal di atas hendaklah dikira haidhnya bulan yang sebelum datang isthadhah yaitu tujuh hari, jika tahu seorang masanya.
5. Perempuan yang  ingat tempoh haidh tidak ingat masa kedatangan haida maka ia dipangil  mutahairah, lihat pada tajuk mutahairah.
6. Perempuan yang ingat masa tdak tempuh, lihat pada tajuk mutahairah
7. Perempuan yang  tidak ingat tempuh dan masa di pangil mutahairah mutlaqah. Lihat pada mutahayyirah
Ringkasan: Keadaan perempuan yang musthadhah
Permulan datang darah terbahagi kepada dua
1. Dapat membezakan sifat darah, maka haidhnya mengikut perbezan darah.
2. tidak dapat membezakan sifat darah, maka haidhnya sehari semalam
Beradat datang darah terbahagi lima
1. dapat membezakan sifat darah, haidhnya mengikut perbezan darah
2. Tidak dapat membezakan sifat darah ada empat
1. Ingat kadar dan waktu, haidhnya mengikut adat kedatangan darah
2. Ingat kadar  lupa waktu, mutahayyirah  ( نَسِيئَة ) lalai
3. Ingat waktu lupa kadar, mutahayyirah ( نَسِيئَة ) lalai
4. Lupa keduanya, mutahayyirah ( مُطْلَقَة ) mutlakah
Peringatan:
Dengan semata-mata melihat perempuan akan darah pada masa yang ptut haidh, Wajib atasnya meningalkan sembahayang, puasa dan sebagainya dari pada suatu yang haram dikerjakan pada ketika haidh. Kemudian jika putus darahnya sebelum sehari semalam, nyatalah darah yang keluar itu bukan haidh, maka wajib atasnya mengqada`kan sembahayang dan puasa yang luput semasa kedatangan darah. Adapun jika putus darah itu kemudian daripada sehari semalam, maka nyatalah darah yang keluar itu adalah haidh.
Dengan semata-mata putus darah wajiblah dia mandi kerana mengarjakan ibadah seperti sembahayang dan sebagainya.kemudian apabila kembali darah sebelum  genap lima belas hari serta malamnya wajib pula ia meningalkan sembahayang dan sebagainya dari pada pekara yang mensyaratkan bersuci  dan jika putus pula wajib ia mandi dan sembahayang dan puasa hinga melebehi lima belas hari; pada ketika itu ia kembali kepada kebiasan haidh jika ia pernah kedatangan haidh sebelum ini atau pun dihukumkan darah haidhnya sehari semalam sahaja jika dia belum pernah kedatangan haidh,adapun darah yang tidak melebihi lima belas hari nyatalah bahawa tiap-tiap daripada darah dan selang-selang yang tidak ada darah dikira perempuan itu dalam haidh . maka bulan seterusnya hendaklah dikerjakan hukum haidh seperti sebelumnya .Maknanya perempuan itu hendak lah meningalkan sembahayang, puasa dan sebagainya walau pun pada ketika suci yang menyelangi antara dua haidh.

Istihadhah dari sudut bahasa mengalir dan berterusan.
Dari sudut syara`: Darah penyakit yang keluar dari hujung urat di bawah rahim perempuan melebihi masa sebanyak-banyak haidh dan masa sebanyak-banyak nifas sama ada keluar mengiringi darah haidh atau tiada. Kata setengah ulama` istihadhah ialah darah yang berhubung dengan darah haidh, semantara yang lainnya ialah darah pasad / rosak, seperti darah yang keluar dari pada perempuan yang belum sampai umur kedatangan haidh. Kata Sehik Ibnu Hajar perselihan itu hanya pada lafas jua tidak pada makna,
Istihadhah adalah hadas yang sentiasa, seumpama air kencing, wadi atau maziyang yang sentiasa keluar. Dengan itu ia tidak menegah daripada sembahyang, puasa, bersetubuh dan sebagainya, maka tidak diharamkan atas perempuan yang istihadhah dan orang yang sentiasa keluar air kencing, mazi atau wadi pekara yang diharamkan atas perempuan yang berhaidh atau yang bernifas. Jenis-jenis istihadhah
Darah istihadhah terbahagi kepada empat.
1. Darah yang keluar sebelum umur haidh.   2. Darah yang keluar kurang dari tempoh haidh   3. Darah yang keluar melebihi tempoh haidh.   4. Darah yang keluar melebihi tempoh nifas.
Langkah-langkah yang wajib diambil apabila hendak mengerjakan sembahyang .
Wajib keatas perempuan yang isthadhah membasuh farajnya dan menyumbatnya dengan umpama kapas, jika tidak kesakitan dan tidak berpuasa. kewajibpan menyumbat disebab darahnya mengalir keluar, jika darahnya tidak keluar, tidak perlu menyumbatnya. Jika tidak memadai dengan sumbat sebab banyak darah dan tiada tertahan darah melainkan dengan cawat, maka wajib ia mencawatnya apabila tidak kesakitan. Adapun jika kesakitan  dengan sumbat atau cawat, tiada wajib kedua pekara itu. Dan jika ia berpuasa maka wajib atasnya meningalkan sumbat pada siang hari. Kemudian jika keluar darah setelah disumbat dan bercawat dengan ketidan cuai pada menyumbat dan mengikat cawat maka tidak mengapa, jika ada keluar darah.
Selepas itu hendaklah ia mengambil wuduk atau tayamum, jika ia memerlukan tayamum. Hendaklah kesemua ini dilakukan didalam waktu sembahyang. Tidak memadai dilakukan pekara ini sebelum masuk waktu. Dan wajib empat pekara ini dengan tertib seperti yang tersebut itu dan hendaklah dilakukan dengan segera. Kemudian hendaklah ia bersegera sembahyang, kerana mengurangkan hadas semungkin yang boleh. Tidak mengapa terlambat sedikit kerana maslaha sembahyang / pekara yang bergantung dengan sembahyang, seperti menutup aurat, menanti sembahyang berjemaah, menjawab orang bang dan ikamah dan baranng sebagainya daripada segala kesempurnaan sembahyang yang dituntut mengerjakannya. Jika dia terlambat bukan kerana maslaha sembahyang seperti makan batal wuduknya atau tayamum maka wajib dia mengulangi prkara di atas yani membasuh faraj, sumbat, cawat dan wuduk.
Wajib pula ia ulang membasuh faraj nya, sumbat serta cawat dan berwuduk atau tayamum apabila ia hendak sembahyang fardu yang lain, demikianlah seteusnya pada sembahyang yang lain, sekalipun tidak tangal cawatnya dan tiada kesan darah pada tepi cawat. Adapun sembahyang sunat, tida perlu dia mengulang pakara yang tersebut itu.
Semua itu wajib diulang sekiranya darah ada pada cawat. sekiranaya tiada darah sama sekali maka hendaklah dia mengikat cawatnya sahaja dan jika ada darah tetapi darah itu dimaafkan maka dia wajib mengikatnya dan wajib mengambil wuduk. cara membezakan sifat darah
Darah haidh dapat dibezakan daripada darah istihadhah dengan beberapa sifat
1. Perbezan pada warna maka warna yang terlebih kuat adalah hitam kemudian merah kemudian keemasan bercampur merah kemudian kuning kemudian keruh.
2.  Perbezan pekat atau cair darah maka yang pekat terlebih kuat daripada yang cair.
3. Perbezan pada bau maka yang berbau busuk terlebih kuat daripada yang kurang baunya.
4. Yang bersifat dengan dua sifat seperti hitam lagi pekat atau bau busuk terlebih kuat daripada yang bersipat dengan satu sifat seperti hitam sahaja.
5. Yang bersifat dengan tiga sifat seperti hitam, pekat lagi berbau busuk terlebih kuat daripada yang bersifat dengan dua sifat.
6. Apabila bertembung dua darah yang sama kuatnya seperti darah hitam serta pekat bertembung dengan hitam serta bau busuk maka yang terlebih dahulu itulah yang kuat.Syarat haidh apabila berhimpun beberapa sifat darah
Jika berhimpun darah yang kuat seperti hitam dan yag dhaif seperti merah dan yang terlebih dhaif seperti kuning maka kesemua darah itu dikira haidh dengan tiga syarat
1. Terdahulu darah yang kuat daripada yang dhaif.
2. Hendaklah berhubong sekelian darah itu.
3. Tidak melebihi perhimpunan sekelian darah itu daripada    lima belas hari.
Kesemua sifat-sifat darah tidaklah diangap haidh melainkan datangnya dalam tempuh haidh. misalnya seorang wanita yang berumu sembilan tahun atau lebih melihat darah sama ada satu sifat seperti hitam pada tiap-tiap hari pada sekelian hari-hari haidh, atau beberapa sifat, seperti dia melihat darah yang berwarna hitam pada tiga hari permulan keluar darah dan empat hari berikutnya berwarna merah diikuti satu hari kuning, maka kesemua sifat itu dikira darah haidh kerana mengikut syarat diatas.
Apabila sifat darah yang berlainan melebihi lima belas hari, maka sifat yang melebih lima belas hari bukanlah haidh. Seperti melihat mereka itu aka darah  berwarna hitam lapan hari kemudian enam belas hari berwarna merah, maka darah hitam adalah haidh dan darah merah bukannya haidh. Dengan itu mereke  kedatangan haidh hanya lapan hari. Lagi akan datang keterangannya pada tajuk Masalah masalah yang boleh terjadi semasa seorang wanita berhaidh,  إن شاء الّلة تعالى                                 Syarat tamyiz/ membezakan sifat darah
Seorang wanita yang kedatangan darah berterusan dan  darahnya berlainan sifat seperti hitam kemudian merah maka jika kita hukumkan darah yang kuat sebagai haidh hendaklah dengan tiga syarat.
1.     Tidak kurang darah yang kuat daripada sehari semalam
2.  Tidak melampau darah yang kuat daripada sebanyak-banyak haidh
3.  Tidak kurang darah daif daripada sekurang-kurang suci / lima belas hari lima belas malam serta berturut.
Apabila tidak diperolih syarat-syarat yang tersebut seperti kurang darah yang kuat daripada sekurang-kurang haidh atau melebehi daripada sebanyak-banyak haidh atau kurang yang daif daripada sekurang-kurang suci atau tidak beturut-turut ia seperti melihat seorang akan darah sehari hitam,sehari merah,sehari hitam, sehari merah dan begitu seterusnya maka perempuan itu ketiadan syarat tamyiz
Syarat yang ketiga tempatnya apabila berkekalan darah, adapun jika putus ia seperti melihat perempuan  darah hitam sepuloh hari kemudian darah merah sepuloh hari kemudian berhenti darahnya maka hendaklah ia mengamalkan perbezan darah.Keadaaan-keadaan wanita mustahadhah
Apabila seorang wanita kedatangan darah melebihi sebanyak-banyak haidh maka padanya jadi bercampur antara darah haidh dan istihadhah yang memungkinkan salah satu daripada tujuh keadan
1. Wanita yang pertama kali kedatangan haidh dapat membezakan sifat darahnya. Contohnya seorang perempuan kedatagan darah yang kuat seperti berwarna hitam sepuloh hari kemudian bertukar darah yang lemah seperti merah untuk beberapa lama maka darah hitam adalah haidh dan darah merah darah istihadhah dengan syarat tidak kurang darah yang kuat daripada sekurang-kurang haidh, tidak melebehi ia sebanyak-banyak haidh dan tidak kurang darah yang daif daripada sekurang-kurang suci.   2. Wanita yang pertama kali datang haidh tidak dapat membeza darah yang keluar / tidak ada syarat tamyiz seperti merah sekeliannya hinga beberapa bulan maka haidhnya sehari semalam sahaja dan darah yang lain istihadhah   3.      Wanita yang pernah datang haidh / beradat datang haidh, kemudian datang darah beterusan dan dia dapat membezakan sifat darahnya maka hendaklah ia mengira haidhnya mengikut sifat yang tidak melebehi sebanyak-banyak haidh. Seperti hitam lima hari pada permulannya kemudian tujuh hari darah berwarna merah dan mengiringi darah berwarna kuning beterusan, maka darah hitam dan merah adalah haidh dan darah yang berwarna kuning darah istihadhah.   4. Wanita yang pernah kedatangan haidh sebelum berlaku istihadhah dan ia tidak dapat membezakan sifat darah yang keluar, tetapi ia Ingat tempoh haidh seperti tiga hari, tujuh hari atau sebagainya dan ingat masanya, seperti awal bulan, pertengahan bulan atau akhirnya maka Ia  dikehendaki mengikut adat hidh dan sucinya pada kadar dan  waktunya. Misalnya perempuan yang kedatangan darah lima hari pada awal bulan, bulan yang pertama, kemudian pada bulan yang kedua darahnya berterusan / isthadhah, maka darah haidhnya lima hari pada tiap-tiap awal bulan sementara baki darah yang keluar adalah isthadhah. Yang dikehendaki dengan adat disini memada sekali  datang haidh atau berulang-ulang adatnya. Wanita yang adatnya berkekalan lima hari pada tiap-tiap bulan kemudian berpindah adatnya kepada enam hari pada satu bulan sebelum isthadhah, kemudian isthadhah ia maka dihitungkan haidhnya mengikut bulan sebelum dia kedatangan isthadhah iaitu enam hari. Adapun jika adatnya berlain-lainan lagi teratur dan berulang duakali tiap-tiap satu, seperti berhaidh ia pada bulan yang pertama tiga hari, bulan ke dua lima hari,bulan ke tiga tujuh hari, bulan ke empat tiga hari bulan ke lima lima hari,bulan ke enam tujuh hari dan bulan seterusnya isthadhah,Maka bulan yang ke tujuh dihukumkan haidhnya tiga hari, bulan ke lapan lima hari dan bulan yang ke sembilan tujuh hari begitu lah seterusnya pusingan hukumnya. Maka jika tidak berulang dua adatnya, seperti mula isthadhahnya pada bulan yang ke empat seperti misal di atas hendaklah dikira haidhnya bulan yang sebelum datang isthadhah yaitu tujuh hari, jika tahu seorang masanya.     5. Perempuan yang  ingat tempoh haidh tidak ingat masa kedatangan haida maka ia dipangil  mutahairah, lihat pada tajuk mutahairah.   6. Perempuan yang ingat masa tdak tempuh, lihat pada tajuk mutahairah   7. Perempuan yang  tidak ingat tempuh dan masa di pangil mutahairah mutlaqah. Lihat pada mutahayyirah
Ringkasan: Keadaan perempuan yang musthadhah
Permulan datang darah terbahagi kepada dua
1. Dapat membezakan sifat darah, maka haidhnya mengikut perbezan darah.
2. tidak dapat membezakan sifat darah, maka haidhnya sehari semalam                                                    Beradat datang darah terbahagi lima
1. dapat membezakan sifat darah, haidhnya mengikut perbezan darah
2. Tidak dapat membezakan sifat darah ada empat
1. Ingat kadar dan waktu, haidhnya mengikut adat kedatangan darah   2. Ingat kadar  lupa waktu, mutahayyirah  ( نَسِيئَة ) lalai   3. Ingat waktu lupa kadar, mutahayyirah ( نَسِيئَة ) lalai   4. Lupa keduanya, mutahayyirah ( مُطْلَقَة ) mutlakah
Peringatan:
Dengan semata-mata melihat perempuan akan darah pada masa yang ptut haidh, Wajib atasnya meningalkan sembahayang, puasa dan sebagainya dari pada suatu yang haram dikerjakan pada ketika haidh. Kemudian jika putus darahnya sebelum sehari semalam, nyatalah darah yang keluar itu bukan haidh, maka wajib atasnya mengqada`kan sembahayang dan puasa yang luput semasa kedatangan darah. Adapun jika putus darah itu kemudian daripada sehari semalam, maka nyatalah darah yang keluar itu adalah haidh.
Dengan semata-mata putus darah wajiblah dia mandi kerana mengarjakan ibadah seperti sembahayang dan sebagainya.kemudian apabila kembali darah sebelum  genap lima belas hari serta malamnya wajib pula ia meningalkan sembahayang dan sebagainya dari pada pekara yang mensyaratkan bersuci  dan jika putus pula wajib ia mandi dan sembahayang dan puasa hinga melebehi lima belas hari; pada ketika itu ia kembali kepada kebiasan haidh jika ia pernah kedatangan haidh sebelum ini atau pun dihukumkan darah haidhnya sehari semalam sahaja jika dia belum pernah kedatangan haidh,adapun darah yang tidak melebihi lima belas hari nyatalah bahawa tiap-tiap daripada darah dan selang-selang yang tidak ada darah dikira perempuan itu dalam haidh . maka bulan seterusnya hendaklah dikerjakan hukum haidh seperti sebelumnya .Maknanya perempuan itu hendak lah meningalkan sembahayang, puasa dan sebagainya walau pun pada ketika suci yang menyelangi antara dua haidh.

Pengenalan Darah Haidh

Haidh dari sudut bahasa ialah  mengalir (السَّيْلاَن)
Dari sudut istilah
دَمُ جِبْلَةِ يَخْرُجُ مِنْ أَقْصَى رَحِمِ الْمَرْأَةِ فِي حَالِ الصِّحَّةِ فِي أَوْقَاتِ مَخْصُوصَةِ
Ertinya  darah perangai yang keluar dari bahagian atas rahim perempuan pada ketika sihat badan pada waktu-waktu yang tertentu
Darah yang keluar dari kemaluan kaum wanita terbahagi tiga
1.     Darah haidh: Darah yang keluar daripada perempuan pada          waktu sihat
2.     Darah nifas: Darah yang keluar selepas bersalin
3.     Darah istihadhah / penyakit: Darah yang keluar bukan pada masa haidh dan nifas.
Dalil haidh firman الله al-Baqarah ayat 222
Dalil darah Haidh
Maksudnya: Dan mereka itu bertanya kepada engkau ya Muhammad tentang haidh, katakanlah kepada mereka ia adalah darah yang cemar maka tinggalkanlah bersetubuh dengan segala perempuan yang berhaidh dan jangan kamu hampiri mereka itu dengan setubuh sehinga suci mereka itu daripadanya, setelah suci mereka itu maka datangilah mereka itu kerana jimak pada tempat yang menyuruh   اللهsesesunguhnya الله mengasihi orang yang banyak bertaubat
Dan sabda nabi   (ألنبي صلى الله عليه  وسلم)
هَذَا شَيْءٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ
Maksudnya: Ini (haidh) suatu yang telah  اللهtetapkan ke atas anak adam yang perempuan
Hukum mempelajari tentang haidh
Menjadi kewajipan ke atas wanita islam mengetahui hukum berkenaan dengan haidh dan mengenal warna darah haidh. Seorang wanita wajib keluar untuk mempelajari hukum-hukum haidh, nifas dan istihadah apabila suaminya tidak mampu menerangkan permasalahannya. Dan haram atas suami menegah isterinya daripada keluar melainkan ia dapat memberi jawapan apabila ditanya. Pada ketika itu si isteri tidak boleh keluar tampa keizinan daripada suaminya.
Warna darah haidh
Mengikut ulama-ulama mazhab Syafie terdapat lima warna darah haidh
1. Hitam
2. Merah
3. Warna antara keemasan dan merah (perang)
4. Kuning
5. Keruh iaitu antara warna kuning dan putih
Warna kuning dan keruh
Darah berwarna kuning dan keruh yang keluar bukan pada waktu haidh tidak diangap haidh. Bersalahan jika ia keluar pada waktu haidh maka ia dikira sebagai haidh. Ini merupakan pendapat yang sohih didalam mazhab Syafie.
Umur berlaku haidh
Sekurang-kurang umur seorang wanita kedatangan haidh iaitu sembilan tahun hijrah lebih kurang, tidak dengan genap sembilan tahun kerana apabila seorang perempuan melihat  darah sebelum sampai sembilan tahun iaitu pada satu tempoh yang tidak mencukupi sekurang-kurang masa haidh / sehari semalam, dan sekurang masa suci / lima belas hari serta malam, maka darah itu adalah haidh. Jika darah yang keluar melebihi tempuh yang tersebut maka ia bukannya darah haidh. Bermakna apabila seorang wanita mendapati keluar darah lima belas hari atau kurang sebelum genap sembilan tahun,  maka  darah yang kelihatan itu adalah  haidh, dan jika enam belas hari atau lebih sebelum genap sembilan tahun,  maka darah itu ialah darah rosak / pasad
Usia putus haidh
Untuk mengatahui seorang wanita telah putus daripada haidh, hendaklah ia mengiktibar / membuat perbandingan dengan  putus haidh perempuan yang semasa dengannya. Sebahagian ulama berpendapat perbandingan hendaklah dibuat dengan keluarga yang hampir. Pendapat yang pertama adala terlebih kuat.
Sehabis-habis masa putus haidh pada kebiasannya enam puluh dua tahun, sebahagian ulama berpendapat enam puluh tahun, kata setengah pendapat lima puluh tahun. Tahun yang dikehendaki di sini ialah tahun Hijrah. Tetapi tidak ada masa yang tetap bagi kesudahan haidh. Ini kerana apabila sesoarang wanita telah mencapai umur putus haidh sedangkan dia masih kedatangan darah yang mengikuti syarat haidh, ataupun dia telah putus haidh buat beberapa masa kemudian ia kedatang darah, maka darah yang dilihat itu adalah haidh.
Tempoh haidh
1.      Masa sekurang-kurang haidh ialah sehari semalam dengan      syarat berhubung sekelian darahnya .
2.      Tempoh sebanyak-banyak haidh lima belas hari serta         malamnya dan jika terputus-putus keluarnya sekalipun.
3.      Waktu kebisaan haidh tujuh hari atau lapan hari.
Apabila seorang wanita kedatangan darah kurang dari sehari semalam dengan lain perkatan darah yang kelihatan tidak sampai dua puluh empat jam, maka darah yang kelihatan itu bukan darah haidh.
Darah yang keluar melebihi masa sebanyak-banyak haidh / lima belas hari lima belas malam bukannya darah haidh.
Darah yang berhenti tidak sampai sehari semalam kemudian keluar lagi dan berhenti begitulah seterusnya pada hal masa keluar darah tidak melebihi lima belas hari, apabila dihimpunkan darah itu cukup dua puluh empat jam atau lebih maka darah itu adalah haidh dan masa suci (نَقَاء) yang menyalangi di antara darah-darah yang keluar juga dikira didalam haidh.
Adapun darah yang terputus-putus yang tidak mencapai sehari semalam apabila dihimpunkan tidak dikira darah haidh.
Suci di antara dua haidh
1.Sekurang-kurang tempoh suci yang memisah di antara dua haidh ialah lima belas hari serta malamnya. Kerana dalam sebulan kebiasannya seorang wanita tidak sunyi daripada berlaku haidh dan suci. Oleh sebab tempoh sebanyak-banyak haidh adalah lima belas hari semestinya sekurang-kurang tempoh suci adalah lima belas hari.
2.Tidak ada had pada sebanyak-banyak suci, kerana ada dikalangan wanita yang kedatangan haidh setahun sekali, atau beberapa bulan sekali. Ini boleh terjadi dengan sebab menyusukan anak atau keadan kesihatan dan mungkin juga ketidak suburan seorang  wanita itu.
3. Apabila dalam sebulan seorang wanita kebiasannya tidak sunyi antara kedatangan haidh dan suci dan kita ketahui tempuh kebisan haidh tujuh hari atau lapan hari dengan itu baki dari tempuh kebiasan haidh adalah tempuh kebisan suci. Dengan itu tempuh kebiasan suci bagi mereka yang berhaidh tujuh hari ialah dua puluh tiga hari, dan bagi mereka yang berhaidh lapan hari kebiasannya sucinya dua puluh empat hari
Suci di antara haidh dan nifas
Sekurang-kurang suci di antara haidh dan nifas boleh berlaku kurang daripada lima belas hari. Samaada terdahulu masa haidh daripada masa nifas atau terkemudiannya dari masa nifas.
Rupa masalah terdahulu masa haidh dari masa nifas, bahawa melihat seorang wanita yang  mengandung akan darah kadar sehari semalam atau lebih kemudian berhenti darahnya satu saad setelah itu ia pun beranak maka tempuh sekurang-kurang suci pada masalah ini ialah satu saad.
Rupa masalah terkemudian haidh daripada nifas,seperti seorang perempuan yang sedang bernifas  berhenti darahnya dalam masa sesaat setelah enam puloh hari, kemudian keluar darah kadar sehari semalam atau lebih jika tidak melebehi sebanyak-banyak haidh, maka darah yang keluar itu adalah darah haidh. Dan masa suci pada masalah ini se saat .
Suci yang berselang seli dengan haidh  (نَقَاء)
Sesaorang wanita terkadang kedatangan suci semasa dia sedang berada didalam tempoh haidhnya adakah suci itu dikira haidh ataupun tidak?
Menurut mazhab Syafie masa yang ia bersih (نَقَاء) daripada haidh itu dikira haidh dengan tiga syarat :
1.      Hendaklah waktu suci itu melingkungi antara dua haidh.
2.      Hendaklah tempoh bersih dan haidh tidak melebihi lima belas hari.
3.      Darah yang keluar tidak kurang dari sehari semalam.
Yang dikehendaki dengan suci disini apabila  memasuk  seorang perempuan secebis kapas didalam farajnya setelah dikeluarkan kapas itu tidak kelihatan bekas darah.
Contohnya: Seorang wanita kedatangan darah kemudian berhenti darahnya di dalam beberapa waktu kemudian kembali semula darahnya begitulah seterusnya, jika darah yang keluar itu cukup sehari semalam dan masa kedatangan darah dan suci tidak melebihi lima belas hari serta malamnya maka darah yang kelihatan dan suci antara dua darah adalah dikira waktu haidh.
Darah yang keluar semasa mengandung.
Darah yang kelihatan daripada perempuan mengandung tergolong di dalam darah haidh jika menapati ciri-ciri darah haidh, dan sekiranya keluar ia sehinga akhir hari mengandung sekalipun. Tetapi kebiasannya perempuan yang mengandung tidak kedatangan haidh.
Darah yang keluar di antara dua anak kembar
Dua orang kanak-kanak dikira kembar apabila di antara kelahiran yang pertama dan kelahiran kedua tidak sampai enam bulan. Seumpama seorang wanita melahirkan seorang anak kemudian belum sampai enam bulan dia melahirkan seorang lagi, maka  kedua anak itu adalah kembar. Dengan itu apabila ia kedatangan darah di antara keluar dua  anak kembar itu, maka darah yang kelihatan adalah darah haidh apabila mengikut ciri-ciri darah haidh. Bukanlah darah yang keluar itu nifas, kerana belum kosong  peranakan daripada anak.
Darah yang kelihatan di antara keluar anggota dan beranak
Darah yang kelihatan di antara keluar anggota dan keluar anak ialah darah haidh apabila darah yang keluar mencapai sekurang-kurang haidh dan tidak melebihi sebanyak-banyaknya, seperti seorang perempuan yang sedang mengandung melahirkan anggota anaknya yang di dalam kandungan kemudian ia kedatangaan darah sehari semalam atau lebih tetapi tidak melebihi sebanyak-banyak haidh, maka darah yang kelihatan itu ialah darah haidh.
Mengundang kedatangan haidh dan memberhentikannya dengan ubat
Dibolehkan seorang wanita mengunakan ubat bertujuan mendatangkan haidh dan memberhentikannya tetapi dengan beberapa syarat
1. Hendaklah pengunan ubat tidak memudaratkannya, jika sebaliknya maka tertegah daripada mengunakan ubat. Islam melarang umatnya membinasakan diri
2.      Mestilah mendapat restu daripada suami, demikian juga pengunan pill perancang keluarga semestinya seorang istiri itu mendapat keizinan daripada suaminya. Kerana disini ada hak-hak suami yang wajib dijaga
3.      Janganlah dengan mengunakan ubat untuk mendatangkan haidh bertujuan mengugurkan kewajipan seperti sembahayang, puasa dan lainnya.
Tanda suci dari haidh
Seorang wanita itu diangap suci dari haidh apabila berhenti darah yang keluar dan tidak ada kesan pada kapas yang dimasukkan. Yakni kapas yang dimasukkan setelah dikeluarkan kelihatan bersih dengan tida kesan darah. Jika masih ada kesan darah tetapi tidak keluar darah itu pada zahir faraj yang wajib dibasuh pada ketika istinjak, maka darah itu ialah haidh apabila ia tidak kurang sehari semalam dan tidak lebih dari limabelas hari lima belas malam

Haidh dari sudut bahasa ialah  mengalir (السَّيْلاَن)
Dari sudut istilahدَمُ جِبْلَةِ يَخْرُجُ مِنْ أَقْصَى رَحِمِ الْمَرْأَةِ فِي حَالِ الصِّحَّةِ فِي أَوْقَاتِ مَخْصُوصَةِ
Ertinya  darah perangai yang keluar dari bahagian atas rahim perempuan pada ketika sihat badan pada waktu-waktu yang tertentu
Darah yang keluar dari kemaluan kaum wanita terbahagi tiga
1.     Darah haidh: Darah yang keluar daripada perempuan pada          waktu sihat
2.     Darah nifas: Darah yang keluar selepas bersalin
3.     Darah istihadhah / penyakit: Darah yang keluar bukan pada masa haidh dan nifas.
Dalil haidh firman الله al-Baqarah ayat 222
Dalil darah Haidh
Maksudnya: Dan mereka itu bertanya kepada engkau ya Muhammad tentang haidh, katakanlah kepada mereka ia adalah darah yang cemar maka tinggalkanlah bersetubuh dengan segala perempuan yang berhaidh dan jangan kamu hampiri mereka itu dengan setubuh sehinga suci mereka itu daripadanya, setelah suci mereka itu maka datangilah mereka itu kerana jimak pada tempat yang menyuruh   اللهsesesunguhnya الله mengasihi orang yang banyak bertaubat
Dan sabda nabi   (ألنبي صلى الله عليه  وسلم)        هَذَا شَيْءٌ كَتَبَهُ اللهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ
Maksudnya: Ini (haidh) suatu yang telah  اللهtetapkan ke atas anak adam yang perempuanHukum mempelajari tentang haidh
Menjadi kewajipan ke atas wanita islam mengetahui hukum berkenaan dengan haidh dan mengenal warna darah haidh. Seorang wanita wajib keluar untuk mempelajari hukum-hukum haidh, nifas dan istihadah apabila suaminya tidak mampu menerangkan permasalahannya. Dan haram atas suami menegah isterinya daripada keluar melainkan ia dapat memberi jawapan apabila ditanya. Pada ketika itu si isteri tidak boleh keluar tampa keizinan daripada suaminya.Warna darah haidh
Mengikut ulama-ulama mazhab Syafie terdapat lima warna darah haidh
1. Hitam
2. Merah
3. Warna antara keemasan dan merah (perang)
4. Kuning
5. Keruh iaitu antara warna kuning dan putih                                   Warna kuning dan keruh
Darah berwarna kuning dan keruh yang keluar bukan pada waktu haidh tidak diangap haidh. Bersalahan jika ia keluar pada waktu haidh maka ia dikira sebagai haidh. Ini merupakan pendapat yang sohih didalam mazhab Syafie.                Umur berlaku haidh
Sekurang-kurang umur seorang wanita kedatangan haidh iaitu sembilan tahun hijrah lebih kurang, tidak dengan genap sembilan tahun kerana apabila seorang perempuan melihat  darah sebelum sampai sembilan tahun iaitu pada satu tempoh yang tidak mencukupi sekurang-kurang masa haidh / sehari semalam, dan sekurang masa suci / lima belas hari serta malam, maka darah itu adalah haidh. Jika darah yang keluar melebihi tempuh yang tersebut maka ia bukannya darah haidh. Bermakna apabila seorang wanita mendapati keluar darah lima belas hari atau kurang sebelum genap sembilan tahun,  maka  darah yang kelihatan itu adalah  haidh, dan jika enam belas hari atau lebih sebelum genap sembilan tahun,  maka darah itu ialah darah rosak / pasadUsia putus haidh
Untuk mengatahui seorang wanita telah putus daripada haidh, hendaklah ia mengiktibar / membuat perbandingan dengan  putus haidh perempuan yang semasa dengannya. Sebahagian ulama berpendapat perbandingan hendaklah dibuat dengan keluarga yang hampir. Pendapat yang pertama adala terlebih kuat.
Sehabis-habis masa putus haidh pada kebiasannya enam puluh dua tahun, sebahagian ulama berpendapat enam puluh tahun, kata setengah pendapat lima puluh tahun. Tahun yang dikehendaki di sini ialah tahun Hijrah. Tetapi tidak ada masa yang tetap bagi kesudahan haidh. Ini kerana apabila sesoarang wanita telah mencapai umur putus haidh sedangkan dia masih kedatangan darah yang mengikuti syarat haidh, ataupun dia telah putus haidh buat beberapa masa kemudian ia kedatang darah, maka darah yang dilihat itu adalah haidh.      Tempoh haidh
1.      Masa sekurang-kurang haidh ialah sehari semalam dengan      syarat berhubung sekelian darahnya .
2.      Tempoh sebanyak-banyak haidh lima belas hari serta         malamnya dan jika terputus-putus keluarnya sekalipun.
3.      Waktu kebisaan haidh tujuh hari atau lapan hari.
Apabila seorang wanita kedatangan darah kurang dari sehari semalam dengan lain perkatan darah yang kelihatan tidak sampai dua puluh empat jam, maka darah yang kelihatan itu bukan darah haidh.
Darah yang keluar melebihi masa sebanyak-banyak haidh / lima belas hari lima belas malam bukannya darah haidh.
Darah yang berhenti tidak sampai sehari semalam kemudian keluar lagi dan berhenti begitulah seterusnya pada hal masa keluar darah tidak melebihi lima belas hari, apabila dihimpunkan darah itu cukup dua puluh empat jam atau lebih maka darah itu adalah haidh dan masa suci (نَقَاء) yang menyalangi di antara darah-darah yang keluar juga dikira didalam haidh.
Adapun darah yang terputus-putus yang tidak mencapai sehari semalam apabila dihimpunkan tidak dikira darah haidh.  Suci di antara dua haidh
1.Sekurang-kurang tempoh suci yang memisah di antara dua haidh ialah lima belas hari serta malamnya. Kerana dalam sebulan kebiasannya seorang wanita tidak sunyi daripada berlaku haidh dan suci. Oleh sebab tempoh sebanyak-banyak haidh adalah lima belas hari semestinya sekurang-kurang tempoh suci adalah lima belas hari.
2.Tidak ada had pada sebanyak-banyak suci, kerana ada dikalangan wanita yang kedatangan haidh setahun sekali, atau beberapa bulan sekali. Ini boleh terjadi dengan sebab menyusukan anak atau keadan kesihatan dan mungkin juga ketidak suburan seorang  wanita itu.
3. Apabila dalam sebulan seorang wanita kebiasannya tidak sunyi antara kedatangan haidh dan suci dan kita ketahui tempuh kebisan haidh tujuh hari atau lapan hari dengan itu baki dari tempuh kebiasan haidh adalah tempuh kebisan suci. Dengan itu tempuh kebiasan suci bagi mereka yang berhaidh tujuh hari ialah dua puluh tiga hari, dan bagi mereka yang berhaidh lapan hari kebiasannya sucinya dua puluh empat hariSuci di antara haidh dan nifas
Sekurang-kurang suci di antara haidh dan nifas boleh berlaku kurang daripada lima belas hari. Samaada terdahulu masa haidh daripada masa nifas atau terkemudiannya dari masa nifas.
Rupa masalah terdahulu masa haidh dari masa nifas, bahawa melihat seorang wanita yang  mengandung akan darah kadar sehari semalam atau lebih kemudian berhenti darahnya satu saad setelah itu ia pun beranak maka tempuh sekurang-kurang suci pada masalah ini ialah satu saad.
Rupa masalah terkemudian haidh daripada nifas,seperti seorang perempuan yang sedang bernifas  berhenti darahnya dalam masa sesaat setelah enam puloh hari, kemudian keluar darah kadar sehari semalam atau lebih jika tidak melebehi sebanyak-banyak haidh, maka darah yang keluar itu adalah darah haidh. Dan masa suci pada masalah ini se saat .Suci yang berselang seli dengan haidh  (نَقَاء)
Sesaorang wanita terkadang kedatangan suci semasa dia sedang berada didalam tempoh haidhnya adakah suci itu dikira haidh ataupun tidak?
Menurut mazhab Syafie masa yang ia bersih (نَقَاء) daripada haidh itu dikira haidh dengan tiga syarat :
1.      Hendaklah waktu suci itu melingkungi antara dua haidh.
2.      Hendaklah tempoh bersih dan haidh tidak melebihi lima belas hari.
3.      Darah yang keluar tidak kurang dari sehari semalam.
Yang dikehendaki dengan suci disini apabila  memasuk  seorang perempuan secebis kapas didalam farajnya setelah dikeluarkan kapas itu tidak kelihatan bekas darah.
Contohnya: Seorang wanita kedatangan darah kemudian berhenti darahnya di dalam beberapa waktu kemudian kembali semula darahnya begitulah seterusnya, jika darah yang keluar itu cukup sehari semalam dan masa kedatangan darah dan suci tidak melebihi lima belas hari serta malamnya maka darah yang kelihatan dan suci antara dua darah adalah dikira waktu haidh. Darah yang keluar semasa mengandung.
Darah yang kelihatan daripada perempuan mengandung tergolong di dalam darah haidh jika menapati ciri-ciri darah haidh, dan sekiranya keluar ia sehinga akhir hari mengandung sekalipun. Tetapi kebiasannya perempuan yang mengandung tidak kedatangan haidh.Darah yang keluar di antara dua anak kembar
Dua orang kanak-kanak dikira kembar apabila di antara kelahiran yang pertama dan kelahiran kedua tidak sampai enam bulan. Seumpama seorang wanita melahirkan seorang anak kemudian belum sampai enam bulan dia melahirkan seorang lagi, maka  kedua anak itu adalah kembar. Dengan itu apabila ia kedatangan darah di antara keluar dua  anak kembar itu, maka darah yang kelihatan adalah darah haidh apabila mengikut ciri-ciri darah haidh. Bukanlah darah yang keluar itu nifas, kerana belum kosong  peranakan daripada anak.Darah yang kelihatan di antara keluar anggota dan beranak
Darah yang kelihatan di antara keluar anggota dan keluar anak ialah darah haidh apabila darah yang keluar mencapai sekurang-kurang haidh dan tidak melebihi sebanyak-banyaknya, seperti seorang perempuan yang sedang mengandung melahirkan anggota anaknya yang di dalam kandungan kemudian ia kedatangaan darah sehari semalam atau lebih tetapi tidak melebihi sebanyak-banyak haidh, maka darah yang kelihatan itu ialah darah haidh.       Mengundang kedatangan haidh dan memberhentikannya dengan ubat
Dibolehkan seorang wanita mengunakan ubat bertujuan mendatangkan haidh dan memberhentikannya tetapi dengan beberapa syarat
1. Hendaklah pengunan ubat tidak memudaratkannya, jika sebaliknya maka tertegah daripada mengunakan ubat. Islam melarang umatnya membinasakan diri
2.      Mestilah mendapat restu daripada suami, demikian juga pengunan pill perancang keluarga semestinya seorang istiri itu mendapat keizinan daripada suaminya. Kerana disini ada hak-hak suami yang wajib dijaga
3.      Janganlah dengan mengunakan ubat untuk mendatangkan haidh bertujuan mengugurkan kewajipan seperti sembahayang, puasa dan lainnya.       Tanda suci dari haidh
Seorang wanita itu diangap suci dari haidh apabila berhenti darah yang keluar dan tidak ada kesan pada kapas yang dimasukkan. Yakni kapas yang dimasukkan setelah dikeluarkan kelihatan bersih dengan tida kesan darah. Jika masih ada kesan darah tetapi tidak keluar darah itu pada zahir faraj yang wajib dibasuh pada ketika istinjak, maka darah itu ialah haidh apabila ia tidak kurang sehari semalam dan tidak lebih dari limabelas hari lima belas malam

Pengenalan Zakat Perniagaan

Syarat wajib zakat perniagaan
1. Islam, tidak wajib zakat pada harta perniagaan kafir
2. Merdeka, tidak wajib zakat harta perniagaan hamba mukatab.
3 Milik sempurna, tidak wajib zakat harta perniagaan hamba mukatab kerana miliknya tidak sempurna.
4. Sampai nisab, tidak wajb zakat harta perniagaan yang belum sampai nisab
5. Cukup tahun, tidak wajib zakat harta perniagaan yang belum sampai tahun. Peringatan tahun yang dikehendaki disini ialah tahun islam (tahun hijrah)
6. Memiliki matabenda perniagan dengan jalan tukar menukar seperti dibelinya, atau dijadikan emas kahwin, hebah yang ada ganti dan barang sebagainya.
Syarat harta perniagaan yang wajib zakat.
1. Harta perniagaan itu hendak lah bukan harta yang wajib zakat pada ainnya (dirinya)
Contoh harta yang wajib zakat pada dirinya ialah emas, mata wag ganti bagi emas, kambing, dan sebagainya.
Contoh harta yang wajib zakat perniagaan kereta, kuda, barang makanan, dan sebagainya.
2. Hendaklah matabenda itu diniatkan perniagaan.
3. Hendaklah disertakan niat pada permulaan akad memiliki harta perniagaan, seperti disertakan niat itu pada ketika membeli harta yang hendak diperniagakan.
4. Hendaklah dimilik harta itu dengan cara tukar menukar,
Contoh akad tukar menuka:
a. jual beli.
b. memberi dengan menuntut balas.
c. emas kahwin. Seperti isteri yang menerima emas kahwin berbentuk barangan seperti kain dan dia berniat semasa akad hendak dijadikan kain itu sebagai harta perniagaan.
d. tebus talak. Bandingkan dengan emas kahwin
c. upah. Seorang mengambil upah berbentuk barabgan dan semasa akad upah dia berniat hendak menjadikan barangan itu sebagai mata benda perniagaan.
d. sewaan dan sebagainya. seperti seorang yang menyewakan rumah dengan bayarannya seratus guni beras dan dia berniat pada ketika akad sewa itu bahawa dia hendak menjadikan beras itu harta perniagan, qias kanlah dengan yang lain.
5. Tidak dijual harta itu pada tengah tahun, dengan harga mengikut mata wang yang dibelinya sedangkan harganya kurang daripada nisab, seperti beli dengan ringit yang sampai nisab dan dijual dengan ringit tetapi harganya kurang dari nisab kerana putus tahun. Nisab duit ialah nilai emas 85grm.
6. Jangan di niatkan hendak menyimpan harta itu pada pertengahan tahun, maka manakala diniatkan hendak menyimpan pada pertenghan tahun putuslah tahunnya. Dengan itu behajat kepada niat perniagan semula berserta mempergunakan harta.
Peringatan benda yang disewa, kerja mengambil upah, akad nikah dan barang sebagainya bukan perniagaan, tetapi disini hendak menyatakan cara mendapat harta perniagaan iaitu dengan jalan tukar menukar seperti yang telah dinyatakan.
Mereka yang tidak wajib zakat perniagaan
Tidak wajib zakat perniagaan, pada mata benda yang hendak dijual sedangkan ia didapati secara tidak tukar menukar, seperti dapat secara pesaka, pemberian yang tiada ganti, wasiat, dan sebagainya.
Tidak wajib zakat perniagaan pada rumah yang disewakan, dan semua barang yang disewa kerana bukan pernigaan.
Tidak wajib zakat perniagaan pada perhidmatan, seperti mengambil upah pembinaan dan sebagainya kerana perhikmatan bukan perniagaan.
Tidak wajib zakat perniagaan pada benda yang hendak dijual sedangkan pada ketika membelinya tidak ada niat hendak dijadikan harta perniagaan, seperti seorang  yang berniat pada ketika membeli kereta hendak dijadikan kegunaan sendiri.
Mereka ini hanya dikenakan zakat simpanan sekiranya cukup syaratnya.
Cara menghitung zakat perniagaan.
Hendaklah diperhargakan harta perniagaan.
Diperhargakan  mengikut mata wang yang dibeli barangan perniagaan itu. Sekiranya dibeli dengan ringit maka diperhargakan dengan ringit dan jika dibeli dengan dolar maka diperhargakan dengan dolar.
Setelah dinilai hendak dicampurkan nilayan harta perniagaan itu dengan wang yang ada di dalam milik kemudian dikeluarkan zakatnya 1/40.
Sekiranya penzakat ada berhutang dengan orang lain dan belum dibayar maka janganlah dia tolak hutang itu.
Sekiranya orang lain ada berhutang dengan penzakat maka jangan dicampurkan hutang dalam pengiraan semasa hendak mengeluarkan zakat tetapi hendaklah dikeluarkan zakat apabila orang yang behutang membayarnya. والله اعلم

Pondok Pasir Tumboh Rangkul Pondok Madani 1431H

JUMAAT 18 Disember – Pondok Pasir Tumboh berjaya merangkul gelaran Pondok Madani Sempena sambutan Hijraturrasul 1431H peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Balai Islam, Lundang. Majlis itu dirasmikan oleh Pemangku Raja Kelantan di mana hadiah kemenangan diterima oleh wakil pondok Ustaz Hj Suhaimi bin Ismail.

Manakala kategori Pondok Terbaik 1431H dirangkul oleh Pondok Lubok Stol, Rantau Panjang, Tempat kedua ialah Pondok Bukit Gading, Tanah Merah dan tempat ketiga disandang oleh Pondok Kg Neting, Tumpat. Manakala Pondok Lepan Bola, Tanah Merah dipilih sebagai Pondok Harapan.

Tuan Guru Hj Hashim sedang uzur

Tuan Guru Hj Hashim sedang uzur di mana dalam 2 minggu ini beliau agak kepenatan. Jika keuzuran beliau sebelum ini masih mengizinkan untuk menerima dan melayan tetamu namun kali ini beliau lebih banyak rehat
Kedatangan para tetamu yang bertali arus bagi mendapat khidmat dan nasihat kebanyakan disambut oleh ahli keluarga
Beliau sebelum ini dikunjungi oleh beberapa tokoh ulama’ besar antaranya Sayyid Ahmad Alawi dan Maulana Ubaidillah

Pondok Sedang Cuti Aidil Adha

Pondok telah memulakan cuti sempena Aidil Adha bemula 24 November yang lalu dan akan memulakan pengajian seminggu selepas hari raya iaitu Sabtu 5 Disember 2009 ini. Kemasukan atau pendaftaran baru hanya akan mula dibuka semula pada Sabtu 12 Disember

Pihak pejabat hanya akan menguruskan tempat penginapan bagi pelajar tetap sahaja manakala pelajar sementara samada pelajar sekolah atau IPT mesti menyelesaikan sendiri tempat duduk samada melalui bantuan pelajar lama atau menyewa di sekitar kawasan pondok

Pakej khusus sempena cuti sekolah yang diberi nama Halaqah Ilmu bermula 12 – 26 Disember telah pun ditutup pendaftarannya kerana jumlah peserta berdaftar telah mencukupi had yang ditetapkan

Sebarang urusan boleh hubungi 09-7657786(Us Wan Qusyairi)

Pihak muslimat sil hubungi9-7652193 (Ustazah Fauzah) atau 09-7650228 (Ustazah Fadhilah)