Rebut keistimewaan bulan Zulhijjah

Umat tunai Rukun Islam kelima di samping eratkan ukhuwah

SEMPENA 9 Zulhijah, bulan kemuncak pelaksanaan ibadat haji, tetamu Allah beramai-ramai wukuf di Arafah. Ada beberapa hikmat mengerjakan ibadat haji sama ada bagi individu, masyarakat dan negara. Antaranya ialah:

  • Mengerjakan haji mendapat banyak ganjaran dan keampunan AllahSabda Baginda Rasulullah SAW, “Antara umrah pertama dengan kedua penghapusan dosa (yang dilakukan antara keduanya) dan haji mabrur tiada pahala kecuali syurga.” (Riwayat Al Bukhari)
  • Menjalin dan menguatkan ikatan persahabatan (ukhuwah Islamiah)Ibadah ini membuka ruang untuk berkenal, bertukar pendapat membincangkan mengenai pelbagai masalah dihadapi umat Islam seluruh dunia.
  • Menambah pengalaman dan meluaskan pengetahuanJemaah berpeluang melihat tempat bersejarah dan melihat serta berkenalan dengan saudara Islam yang datang dari pelbagai negara, bangsa dan corak kebudayaan.
  • Menanam keinsafanKetika mengerjakan ibadat haji semua orang sama dan memakai pakaian yang serupa pula. Tidak ada beza antara rakyat, orang biasa, orang berpangkat dan antara orang kaya dan miskin.
  • Melatih diri bersabar, berani dan tabah hatiHal ini terangkum dalam talbiah Rasulullah: “Aku datang (memenuhi panggilan-Mu), ya Allah, aku datang. Aku datang tiada sekutu bagi-Mu, aku datang. Sesungguhnya segala pujian, kenikmatan dan kerajaan (kekuasaan) milik-Mu tiada sekutu bagi-Mu” (Riwayat Al Bukhari)Jelaslah, Zulhijah adalah bulan menyahut panggilan Ilahi dan menjalin persaudaraan sejagat. Allah memilih 10 hari pertama Zulhijjah dengan mentakdirkan ada hari Tarwiyyah (hari kelapan), hari Arafah (hari kesembilan) dan Nahar (hari ke-10) yakni disunatkan berkorban, talbiah, haji dan ibadah lain.Pada hari pertama hingga 10 Zulhijah, mempunyai kelebihan tersendiri. Dalam hal ini, Ibnu Abbas meriwayatkan hadis Rasulullah sabdanya yang bermaksud:

    “Hari Allah mengampunkan Nabi Adam adalah hari pertama Zulhijah. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah mengampunkan dosanya.

    “Pada hari kedua, Allah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkan baginda daripada perut ikan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, pahalanya seperti orang beribadah kepada Allah Taala selama setahun serta tidak menderhaka Allah dalam ibadatnya meskipun sekadar sekelip mata.

    “Pada hari ketiga, Allah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

    “Pada hari keempat, Nabi Isa dilahirkan. Sesiapa berpuasa pada hari itu, Allah menghapuskan kesusahannya dan kefakirannya. Di samping itu, pada hari kiamat akan duduk bersama orang yang baik dan mulia.”

    Hari Raya Haji mempunyai keistimewaan yang harus diperbesarkan umat Islam. Ia bertujuan mengingati dan mengenang semula serta mengambil iktibar daripada pengorbanan tiga manusia agung yang harus dicontohi setiap lapisan masyarakat, ibu bapa, remaja dan juga pemimpin bagi membina sahsiah dan kecemerlangan dalam kehidupan.

    Tiga manusia agung itu ialah Nabi Ibrahim AS yang berjiwa kebal dan kental serta mempunyai cita-cita unggul.

    Kedua, Hajar sebagai isteri salihah yang bertakwa kepada Allah sekali gus sebagai ibu penyayang, serta mempunyai kesabaran yang luar biasa.

    Ketiga, Nabi Ismail sebagai anak salih yang berjiwa takwa, tawakal sehingga sanggup disembelih bapanya demi menjunjung titah perintah Allah.

    Demikianlah kisah perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS. Kisah itu perlu dijadikan iktibar demi meniupkan semangat kesedaran, tanggungjawab dan rasa cinta yang mendalam terhadap Allah SWT.

    Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Nabi Allah Ibrahim AS sangat besar iaitu dalam usaha menegakkan agama Allah dan membangunkan Makkah dan men-jadikannya kota suci umat Islam yang penting.

  • Keganasan terhadap kaum wanita

    Keganasan terhadap wanita (KTW) adalah batu penghalang dalam usaha untuk mencapai kesaksamaan, pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Ia mengakibatkan kecederaan fizikal, seksual dan psikologi ke atas wanita. KTW termasuk tetapi tidak terhad kepada:

    Keganasan fizikal, seksual dan psikologi dalam keluarga termasuk keganasan rumahtangga, seks sumbang muhrim, rogol isteri dan keganasan terhadap pembantu rumah (Rujukan: Dasar Tindakan Beijing).Keganasan fizikal, seksual dan psikologi dalam masyarakat oleh jentera negara termasuk gangguan seks di tempat kerja, di institusi pendidikan dan di tempat lain, rogol, penyeludupan wanita dan pelacuran paksaan.

    Imej-imej yang ganas, yang menjatuhkan maruah dan gambar lucah wanita dalam media elektronik, cetakan, visual dan audio. 

     Kempen Menentang KTW dan Reaksi Kerajaan  Ancaman dan kesan keganasan terhadap wanita menyemaikan perasaan takut dan tidak selamat dalam hidup kaum wanita dan menjadikannya halangan kepada kemajuan wanita sepenuhnya. KTW berpunca dari kedudukan rendah yang diberikan kepada wanita di dalam keluarga dan di dalam masyarakat. Ianya manifestasi sistem patriakal dan ketidaksamaan hubungan antara wanita dan lelaki. KTW terselindung di belakang tabir rahsia dan penafian yang mendedahkan wanita kepada penderaan.  

     Pada sudut sejarahnya, NGO wanita telah mempertengahkan isu KTW dan telah berkempen untuk undang-undang digubal bagi melidungi serta memberi khidmat bantu kepada mangsa gender. Bermula pada tahun 1985, Kumpulan Tindakan Bersama Menentang KTW telah berkempen untuk meminda undang-undang yang berkaitan dengan kes-kes rogol dan untuk menggubal Akta Keganasan Rumahtangga. Kumpulan-kumpulan wanita juga telah menyedarkan masyarakat tentang isu-isu keganasan rumahtangga, rogol, gangguan seks, gambaran negatif wanita dalam media, pornografi, pelacuran dan keganasan terhadap pembantu rumah oleh majikan mereka. Pada tahun 1994, Akta Keganasan Rumahtangga telah diluluskan oleh parlimen, menjadikan Malaysia negara Asia dan negara Islam yang pertama menggubal undang-undang sedemikian. Namun ianya telah memerlukan dua tahun berkempen untuk undang-undang itu dikuatkuasakan pada bulan Jun 1996. 

     Insiden keganasan di Malaysia adalah tinggi. Pada tahun 1992, kajian oleh Women’s Aid Organisation dan Survey Research Malaysia (WAO/SRM), mendedahkan bahawa 39% daripada wanita telah menjadi mangsa keganasan. Dalam tahun 1995, terdapat 1,409 laporan polis mengenai kes keganasan rumahtangga. Dalam tahun 1997, iaitu tahun sepenuhnya di mana Akta Keganasan Rumahtangga dikuatkuasakan, angka ini meningkat tinggi kepada 5,477, iaitu kadar kenaikan sebanyak 388%. Perangkaan kes rogol juga menimbulkan kerisauan. Dalam tahun 1991, polis mencatatkan sebanyak 682 kes rogol yang dilaporkan, tetapi pada tahun 1997 angka ini meningkat lebih dua kali ganda (1,323 kes), iaitu bersamaan 4.1 kes rogol setiap hari. Inipun hanya sedikit sahaja dari apa yang sebenarnya dipercayai berlaku. Terdapat juga peningkatan laporan-laporan pencabulan seks ke atas kanak-kanak. Perangkaan polis pula menunjukkan bahawa mangsa-mangsa rogol kian semakin muda. Dari kajian media yang telah dijalankan oleh WAO, dalam tempuh masa 8 bulan pertama tahun 1998, telah didapati bahawa 28 dari 115 kes-kes rogol yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan adalah kes seks sumbang mahram. 

     Oleh itu kita mengalu-alukan rancangan kerajaan untuk menubuhkan pusat-pusat krisis bersepadu di semua hospital daerah untuk menangani kes-kes keganasan rumahtangga, rogol dan penderaan kanak-kanak. 

     Kempen-kempen mengenai isu gangguan seks oleh pertubuhan-pertubuhan wanita telah menyedarkan masyarakat bahawa kelakuan itu adalah biadap dan tidak boleh diterima. Kita mengalu-alukan langkah kerajaan untuk menubuhkan kumpulan kerja bagi merangka dasar dan kod kelakuan mencegah gangguan seks di tempat kerja. 

     Namun begitu masih ada lagi kekurangan kesedaran awam bahawa imej keganasan dan yang menjatuhkan maruah wanita dalam media itu adalah juga merupakan bentuk keganasan terhadap wanita. Gambaran berpanjangan stereotaip wanita ditambah lagi dengan pendewaan keganasan fizikal dan seks yang menghubungkannya kepada kuasa dan nikmat. Terutamanya, imej-imej wanita diganasi selalu terdapat dalam media arus perdana, iaitu dalam drama televisyen dan filem, yang mana keganasan digambarkan sebagai cara mudah untuk menyelesaikan konflik. 

     Kebelakangan ini, timbul pula kemusykilan tentang gangguan dan tekanan polis terhadap wanita-wanita setinggan, penunjuk perasaan secara aman, pekerja-pekerja seks dan pekerja asing. Kumpulan-kumpulan penyokong peneroka bandar telah melaporkan bahawa pihak polis telah menjadikan wanita sebagai sasaran mereka dengan mencuba untuk memalukan mereka (wanita) dengan mengoyakkan pakaian wanita serta dengan ugutan rogol. Berlaku juga satu insiden di mana seorang wanita mengandung 8 bulan telah ditembak mati oleh polis dalam satu serbuan di sebuah rumah yang disyaki tempat persembunyian penculik-penculik. 

     Tindakan: 

    Perkenalkan program latihan peka gender di sekolah-sekolah dan di tempat-tempat kerja (terutama bagi polis, kehakiman, pegawai kebajikan dan kesihatan) untuk mengubah corak budaya dan perlakuan sosial lelaki dan wanita supaya dapat membanteras semua amalan yang berasaskan idea inferioriti atau superioriti mana-mana seks, serta membanteras peranan stereotaip wanita dan lelaki dalam masyarakat. Selenggarakan pendidikan pencegahan untuk masyarakat supaya dapat membanteras keganasan terhadap wanita. 

    Timbulkan kesedaran kepada kanak-kanak tentang pencabulan seks. 

    Memastikan semua Pusat Krisis Bersepadu yang diwujudkan di hospital-hospital kerajaan dianggotai oleh pegawai-pegawai yang terlatih dan mendapat peruntukan kewangan yang secukupnya untuk memberikan khidmat-khidmat kecemasan dan kaunseling yang berkesan terhadap mangsa rogol, keganasan rumahtangga, seks sumbang mahram (muhrim) dan pencabulan seks. 

    Membantu, menyokong dan membiayai khidmat perlindungan dan kaunseling wanita dan perempuan mangsa keganasan yang diselenggarakan dengan baik. 

    Kaji semula dan memperbaiki undang-undang dan prosedur pentabiran yang sedia ada selaras dengan KTW untuk memastikan bahawa mangsa keganasan lebih mudah mendapatkan perlindungan dan sokongan sejajar dengan semangat undang-undang itu. Pastikan keberkesanan perlaksanaan undang-undang berkaitan dengan keganasan: Kanun Keseksaan, undang-undang berkaitan dengan rogol, Akta Bukti dan Akta Keganasan Rumahtangga 1994. 

    Rumus dan laksanakan dasar-dasar menentang gangguan seks, serta bangunkan program dan prosedur untuk membanteras gangguan seks, terutamanya di tempat-tempat kerja dan institusi pendidikan. 

    Galakkan gambaran wanita di dalam media yang membayangkan kepelbagaian wanita dan bukannya terhad kepada stereotaip seks sahaja.