Amalan hindari Sihir Pemisah

Soalan

SALAM Tuan Haji Lokman. Saya telah berkahwin dua tahun belum mempunyai cahaya mata. Kebelakangan ini suami saya bersikap dingin, kelakuannya sangat berubah dan kami selalu bertengkar atas perkara remeh temeh.

Saya syak suami saya ada perempuan lain dan ramai sahabat memberitahu kami mungkin dikenakan sihir pemisah.

Harap Tuan Haji dapat menjelaskan berkenaan sihir pemisah dan ayat yang boleh diamalkan untuk mengatasinya. Terima kasih.

Puan Tina

Jawapan

Dari Jabir r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan atau gangguan. Seorang dari mereka berkata, “Aku telah melakukan perkara ini dan itu”, maka berkata Iblis, “Kamu tidak melakukan apa-apa”, Kemudian seorang lagi datang dan berkata, “Aku tidak meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan isterinya”, Iblis berkata, “Ya, kamulah (yang betul hebat)”. (Riwayat Muslim)

Hadis ini menjelaskan, iblis dan bala tenteranya menjadikan pasangan suami isteri sasaran utama misi mereka untuk memecah belah anak cucu Adam.

Menjadi kebanggaan mereka sekiranya terjadi pergaduhan dan penceraian antara pasangan yang berumah tangga.

Merujuk statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada tahun 2009 sebanyak 27,116 kes perceraian dicatatkan daripada 135,136 perkahwinan didaftarkan pada tahun yang sama.

Meskipun ia bukan jumlah dominan jika dibanding dengan kadar perkahwinan, namun ia wajar digusarkan.

Sekadar mengintai statistik kadar penceraian mengikut negeri pada tahun 2008, Selangor mendahului dengan rekod kes sebanyak 3,558, diikuti Kedah 2,407, Johor 2,329, Kelantan 2,266 dan Perak 1,951.

Itu baru catatan lima buah negeri. Ia bagi kes yang didaftarkan secara rasmi, bagaimana pula jumlah kes yang tidak dicatat dan mungkin terlepas pandang.

Banyak perkara menjadi pencetus penceraian. Antara alasan wajib yang sering diberikan ialah tidak wujud persefahaman, kurang interaksi, masalah dalaman yang menemui jalan buntu, masalah kewangan dan orang ketiga dan tidak terkecuali unsur sihir penyebab terjadinya penceraian.

Apa itu sihir pemisah?Sihir pemisah merupakan sihir yang seringkali dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu selalunya berkaitan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.

Sihir ini juga dikenali sebagai sihir ‘at-Tafriq’ dan mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Ia lebih fokus kepada pasangan suami isteri agar hubungan bermasalah dan penceraian.

Ibnu Kathir menjelaskan setiap pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan mengakibatkan pandangan suami atau isteri terhadap pasangannya disihirkan sehingga kelihatan hodoh atau buruk sama ada dari rupa paras atau perilaku.

Antara medium yang digunakan untuk menjayakan sihir adalah menggunakan barang berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian, air atau minyak dijampi dan dicalitkan kepada mangsa atau diletakkan di laluan lokasi mangsa atau dimasukkan ke dalam makanan mangsa tanpa disedari.

Sebenarnya apa yang digunakan hanya hiasan luar oleh pengamal sihir untuk mengaburi mata pelanggan. Pengamal sihir sebenarnya menggunakan jin simpanan atau belaan sebagai pengantara ilmu sihir mereka.

Apabila pengamal sihir menghantar sihir kepada seseorang, mereka sebenarnya menghantar jin yang telah membuat ikatan taat setia kepada mereka. Jin yang dihantar memasuki tubuh mangsa dan melakukan kerosakan dalam badan manusia.

Jin tersebut mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu manusia bagi melakukan perkara yang dikehendaki pengamal sihir.

Antara simptom yang sering diberitahu pesakit yang terkena sihir pemisah atau pembenci ini adalah seperti berikut:

1 Timbul rasa benci amat sangat tanpa sebab jelas pada salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya sekali.

2 Berlaku perselisihan faham, pertengkaran

antara pasangan tanpa sebab atau sebab kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak yang menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

3 Timbul rasa was-was syaitan dalam hati

menyebabkan isteri takut mendekati suami. Seolah-olah suami hendak menganiayai isteri atau sebaliknya.

4 Timbul rasa cemburu melampau hingga

menyebabkan isteri berang kerana syak suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Ini menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran suami atau tidur sebilik.

5 Rasa resah gelisah, sakit kepala dan

buntu selagi pasangan berada di samping, dan merasa lega sebaik saja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

6 Berlaku perubahan rupa pada pandangan

mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa menakutkan atau sentiasa marah dan bengis atau suami melihat isteri kelihatan hodoh. Apa yang dilakukan serba tak kena.

7 Timbul desakan dalam jiwa suami untuk

menceraikan isteri tanpa sebab. Dalam hati timbul bisikan yang dia telah melafazkan cerai, padahal suami tidak berhasrat.

Kadang-kala lafaz cerai benar-benar keluar dari lidah seolah ada kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri kadang-kala meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami dalam keadaan tidak terkawal dan membawa kepada pergaduhan.

Rawatan sihir pemisahPusat Rawatan Islam Al Hidayah tidak menggunakan khidmat makhluk halus (sama ada jin Islam, khadam, syaitan atau iblis) dan tidak menggunakan sebarang perantaraan.

Ia berdasarkan tiga amalan utama iaitu:

1. Amalan bacaan al-Quran,

2. Berdoa memohon kepada Allah SWT

3. Perbanyakkan zikir (Laila hail’lallah)

Selain tiga amalan ini, perubatan ini menggunakan air mineral. Untuk rawatan sihir pemisah, perawat sedaya upaya berusaha menangkis sihir yang dikenakan kepada mangsa dengan izin Allah SWT Antara prosedur rawatan:-

1 Jin dan/atau sihir didalam tubuh badan

hendaklah dikeluarkan melalui kaedah yang dipraktikkan perawat Al-Hidayah (dengan izin Allah) dan pesakit hendaklah datang berjumpa perawat untuk rawatan.

2 Membaca ayat al-Quran khusus serta

mohon doa kepada Allah untuk sembuh.

Senarai ayat penawar sihir pemisahDi Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit sihir pemisah diberi ayat berikut untuk diamal, disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan. Ayat tersebut adalah:

1 Surah Al-Baqarah ayat 165 hingga 186,

baca tiga kali selepas solat Maghrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah.

2 Surah Al A’raaf ayat 146 hingga 159, baca

tiga kali selepas solat Subuh atau siang hari dan mohon doa kepada Allah.

PenutupAncaman sihir yang berlaku bukan metafora atau omong kosong. Ia adalah realiti yang terpaksa dihadapi masyarakat. Selagi ada dendam, dengki dan iri hati, selagi itu iblis serta bala tenteranya berusaha menjerumus manusia kepada perkara yang terkeluar dari landasan syariat Islam.

Tiada jalan lain untuk menangani masalah sihir selain mendekatkan diri kita kepada Allah. Firman-Nya yang bermaksud;

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu)” (At-Taghaabun: Ayat 11)

Dirikanlah solat dan berdoa kepada-Nya agar kita sentiasa dikurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi menghadapi ujian dan dugaan-Nya. Mohonlah kepada-Nya untuk membantu kita terus istiqamah beribadah, diberi kekuatan bermujahadah melawan serta menangkis hasad dengki manusia dan tipu daya iblis laknatullah.

About these ads

Satu Respons

  1. • Assalamualaikum ustz.. sy mohon pendapat dlm menyelesaikan masalah yg saya hadapi.. saya mempunyai ibu tunggal yg hidup bersama adek bongsu.. saya jarang balik ke rumah ibu disebabkan kerja dan kedinginan ibu terhadap isteri dan anak2. Untuk pegetahuan ustz, adik-beradik, ipar duai & ibu saya suka menilik saya skeluarga (saya pun pernah seperti mereka) dengan ustz2 yg kononnya bleh membaca tindak tanduk seseorg secara ghaib sperti menggunakan khadam @ jin.. mengikut kata2 ustz2 mereka adalah seperti berikut:-

    1.Saya telah meletakkan daun pandan ats rmh utk tujuan baik bagi menyatukan ibu & isteri.
    2.Saya mengikut arahan isteri utk mengsihirkn ibu
    3.Saya telah dikongkong oleh isteri kerna ats sebab kerap membantu & berkunjung rmh mertua
    4.Mertua saya jenis suka kikis harta saya ats sebab sy kekurangan sumber kewangan.
    5.Keluarga mertua & isteri ingin merampas harta ibu ats usaha sy bg cdangan penukaran nama wasiat.
    6. Semua harta saya ats nama isteri saya ats sebab cerita terdahulu yg sy beritakan kepada ipar-duai

    Dan pelbagai fitnah lain yang xpernah terlintas di kepala sy n isteri serta mertua apatah lagi membuatnya.. Semua fitnah ini disahkan adik-beradik dgn mengeluarkn cerita2 yg lalu hasil yang menjadikan asbab tindak tanduk saya semasa berhubung dgn mereka selama ini.
    Cerita2 mereka ini menguatkan lg keyakinan ibu membenci sy n isteri dan mertua… semua fitnah2 mereka selari dgn apa yg berlaku sblm ini dengan berubahnya sy selalu ke rumah mertua, ssh untuk minta bantuan, suka menyepi bila pulang ke umah ibu & pelbagai lg asbab yg dikaitkan menyebabkan benda ini menjadi asbab keyakinan ibu kepada kata2 ustz2 khadam n jin td…. sehingga ibu mengharamkan saya ,isteri & anak2 menjejaki ke rumah ibu dengan kata2 nista,tohmahan dan sumpahan.

    berita ini saya ketahui melalui adik popuan sy bulan lepas tetapi sy xpasti apakah kata2 adek itu betul atau tidak kerna adek sy dulunya penah di sihir hitam sehingga bersekedudukan dengan lelaki selama 1bulan dahulu, kini sudah berumahtangga dgn org lain tetapi selalu beratakan rumahtangga sehingga kini hampir2 bercerai..dialah paling rapat dgn sy….selalu bercakap berhukum sirah2 nabi. (lulusan syariah)

    ibu telah berpesan pd adik agar memberitahu sy dgn menyatakn jika sy berani blehla berdepan dtg ke rmh ibu dan menyindir mengatakn bahawasanya sy & isteri tidak mgkn dtg kerana bersalah.. untuk pengetahuan ustz ibu saya mengamalkan tariqat belajar tasauf kebanyakan masa digunakan berzikir disejadah setiasa….saya terkilan bagaimana beliau boleh terjerumus dengan fitnah & syirik…tetapi seingat sy ibu penah dulu2 jumpa konon2 tok2 guru utk dptkan tangkal & azimat utk sy sekeluarga bg menghadapi peperiksaan, temuduga n pelbagai lagi….
    selepas itu sy & isteri telah berhubung dengan saudara isteri kerana isteri menggelupur sakit kepala yg amat sgt, kami hanya membaca surah2 ruqyah yg dipelajari sedikit dr nya… saudara isteri adalah perawat yg dlm proses pembelajaran ruqyah syariah dan telah merawat secara jauh, dia mendapati isteri saya telah disihirkan seseorg ats dendam yg lalu dikalangan keluarga ibu sy katanya…..tetapi menegah utk mengatakan siapakah ia, disuruhnya isteri membuat solat hajat n istikarah mohon petunjuk…. semasa itu isteri tgh membaca ayat2 ruqyah secara tiba2 sehingga kini terbayang wajah adek sy dlm keadaan memperasap asap…. tetapi sy menegah mengatakan ia mainan syaitan iblis dan mohon isteri tidak berpegang kepada apa yg dilihat itu……

    .saya mohon pendapat ustz bagaimana sy ingin selesaikan fitnah ini, saya sedih dan menangiss betapa beratnyaa dugaan Allah pd saya sekeluarga, kini isteri makin panas baran pd anak2 & sy, sakit kepala yg menusuk, sakit sendi2, selalu bertengkar ats benda2 remeh…. manakala saya pula berdebar2 tanpa sebab dan penah memukul muka & kepala anak beberapa kali jika anak2 membuat perangai slps itu selang beberapa minit saya menangis ats tindakan td lalu memeluk anak sy yg dlm tangisan, mohon ustz beri pencerahan serta nasihat kpd saya menyelesaikan masalah ini apakah yg perlu sy lakukan sama ada ustz sedia membantu berdakwah ke ats ibu saya atau bagaimana caranya jika boleh dikongsikan bersama oleh ustz…..mohon pertolongan segera…insyaa’Allah…..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 15,559 other followers

%d bloggers like this: