Ø Antara syarat kemasukan pelajar baru
1. Bersih daripada sebarang jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya
2. Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat
3. Mendapat keizinan untuk belajar terlebih dahulu daripada Tuan Mudir madrasah atau pun timbalannya
4. Bagi pelajar sementara disyaratkan sekurang-kurangnya belajar di pondok ini selama 2 bulan
5. Bagi pelajar muslimin disyaratkan berumur 16 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur 13-15 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan pondok yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat bagi mendapat nasihat untuk belajar di beberapa pondok pilihan yang lain )
6. Tidak merokok atau sanggup meninggalkan tabiat merokok
7. Sanggup mematuhi segala peraturan madsarah sepanjang masa
Ø Kelengkapan Bagi Pendaftaran
1. Telah mendapat keizinan daripada pihak penguasa tadbir madrasah setelah memenuhi syarat-syarat yang disebut di atas
2. Telah mempunyai tempat duduk samada kekal atau sementara sebelum mendaftar diri (sila rujuk ajk kawasan atau pelajar )
3. Yuran pendaftaran sebanyak RM 10.00 , yuran kecemasan RM 10.00 serta yuran bulanan sekurang-kurangnya untuk setengah tahun sebanyak RM 25.00 (keseluruhan RM45.00)
4. Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa
5. Sediakan gambar berukuran passport sebanyak 3 keping
6. Diwajibkan menyerah surat berhenti sekolah atau tempat pengajian terakhir ketika mendaftar diri ( sebarang proses pendaftaran tidak akan dibuat sehingga syarat ini dipenuhi)
7. Diwajibkan menghantar surat jaminan mengenai akhlak pelajar samada daripada Tuan Imam atau penghulu kampung ketika mendaftar diri
Filed under: Syarat Kemasukan


Salam,
Kalau nak cari jodoh perempuan muslimah pelajar pondok macammana ya.