Syarat Taubat Nasuha

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:

1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.

3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

4. Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

About these ads

76 Respons

  1. Assalamualaikum,
    Saya telah berkahwin selam 15tahun, sewaktu suami berada di penjara, saya telah berzina bersama rakan kerja iaitu suami orang. Ketika suami keluar dari penjara, saya meminta maaf bersama suami dan suami telah tahu perbuatan saya. Saya bertaubat atas perbuatan terkutuk saya tapi suami masih tidak dpt menerima taubatan saya. Namun kami masih bersama tetapi banyak pergaduhan, perselisihan faham antara saya dan suami.. saya digelarkan binatang, durhaka, penzina sampai sekarang… saya ingin benar bertaubat, adakah taubat saya diterima walhal saya takut hendak menerangkan kepada isteri orang yang telah saya berzina? Dan terhadap suami saya, mestikah saya bersama sedangkan jiwa ini rasa tersiksa atas komen komen diberikan sewaktu bertelingkah? Harap dapat memberi pandangan. Wassalam.

    • anda harus memberitahu kepada isteri lelaki tersebut dan memohon maaf kepadanya atas perbuatan anda.anda harus TAUBAT NASUHA atas perbuatan anda ………………

      sekian

      wassalam

      • bg kes di atas .. ada sesetengh pendapat bg tau, jika kesalahn yg ingin kite bertaubat ngan allah x perlu bgtau pd sesiapa.. termsuk suami.. jika mndatangkn kemudharatan, adakh betul ya ustaz? ckp skadar kite mohon nga Allah swt n benar2 tinggalkn sglnya..

    • insaf, anda tidak perlu bagitau sesiapa termasuk isteri lelaki tersebut kerana bimbang akan merosakkan rumahtangga orang pula. yang penting anda taubat nasuha dan tunjukkan sikap taat dan patuh pada suami sebagai bukti anda telah menyesal dengan perbuatan tersebut. maafkan suami dan redha dengan setiap cacian kerana mungkin itu hukuman untuk anda. InsyaAllah anda akan dpt terima dengan tenang dan Allah akan beri ganjaran. Wallahualam..

      • jika tidak memberitahu suami tentang apa yg telah berlaku tp dalam masa yg sama bertaubat dan berjanji yang perkara berikut tidak akan berulang masihkah kt diterima balasan apabila ketemu ajal? yang mana lebih afdal supaya segala dosa yg dilakukan dimaafkan?

  2. saya sudah berumahtangga dan mempunyai 2 org ank.saya cuba untuk membaiki kesilapan diri saya dari dosa2 yg lalu..saya ingin mengajak isteri saya sama2 mendirikan solat tetapi dia ingkar dgn ajakan sy..kadangkala dia mengherdik saya bila sy beritahu ttg kebenaran ajaran Islam..ape yg saya perlu lakukan untuk menjaga keharmonian rumahtangga demi keluarga tercinta

    • pndapat saya, encik lakukan secara sendiri dlu.. perbaiki kesalahan diri sendiri.. bykkan berdoa pada Allah.. kalau boleh, cuba perlihatkan kepada istri ketika encik sedg bsolat.. cuba prdengarkan setiap doa2 encik selepas solat kpd istri.. smoga Allah m’izinkan istri encik berubah sprti encik.. bg dia masa untuk berubah.. manusia takkan berubah terus, tp akan berubah sedikit demi sedikit.. By saudara Islam mu.. :-)

  3. Salam,

    saya ingin bertanyakan ustaz mengenai masalah yg telah menimpa kami sekeluarga.Perkara ini bermula setelah abg saya mengalami masalah penglihatan.Abg saya telah pun pergi berjumpa dgn doktor dan mendapati tiada masalah dgn mata.Tetapi mata abg saya masih tak dpt melihat.seterus nya abg saya mengambil keputusan berubat secara tradisional.lebih daripada 40 bomoh serta ustaz yg abg saya pergi berubat sebilangan besar drpada ustaz dan termasuk bomoh2 menyatakan perkara itu terjadi akibat dari tuntutan salsilah dgn kater lain keturunan.utk pengetahuan ustaz kami adik beradik semua nya berada dlm keadaan tidak sehat.Menurut kater ustaz dan bomoh ini berikutan keluarga saya membuang gelaran yg dianugerahkan oleh allah s.w.t .Abg saya dpt melihat dengan jelas ciptaan tuhan seperti semut, lipan membaca alquran dan blh membilang bintang kat langit tetapi kalau memandang benda lain mata nya tak dpt melihat. Jadi dgn ini saya ingin mendapat penjelasan daripada ustaz .

  4. apa saya patutbuat untuk mengelakkan diri dari maksiat?saya x boleh lawan nafsu……….

    • sentiasa baca buku keagamaan.. buku2 keinsafan.. apa salahnya kita membeli sebuah buku yg menceritakan tentang azab neraka & nikmat syurga.. banyakkan ucap astagfirullah halazim..

      • saya pernah membuat fitnah terhadap sesorang.tetapi saya sudah dtg kepadanya dan meminta maaf atas kesalahan saya itu..jika maaf saya tidak dia terima,adakah allah akan mengampuni saya jika saya sembahyang taubat nasuha?

    • assalamualaikum…bagaimana saya nak melawan nafsu,saya manusia yg lemah,tapi sy selalu berdoa kpda allah supaya di jauhkan dari berbuat dosa

  5. berhasrat untuk mendalami ilmu agama..tetapi terikat dengan jadual kerja(penjawat awam) dan sudah berkahwin. harap dapat memberi cara, tempat dan kaedah yang membolehkan saya mendalami ilmu tampa mengabaikan kesemuanya..naif

  6. Insaf, kalau suami dah tak dapat maafkan….biarkan. Allah masih ada.

  7. saya bekas penagih tp smua org aggap saya hina apa yg harus sya lakukan ustaz?

  8. bg yg da buat salh.. cukup kita diamkn n bertaubat kepada Allah.

  9. saya seorang student di kelana jaya..dan saya seorang yanag memakai tudung..tetapi sya jarang melalukan kewajipan…dan saya merasa kan diri saya penuh dgn dosa…jadi sye ingin melakukan taubat nasuha yg dia saran kan oleh kawan2 sye…kini sya memerlukan panduan…bagaimana sya ingin dpt kan panduan tersebut?
    kedua…kawan sebilik sya seorang kakak yg tidak memakai tudung,,dan dia melakukan kewajipan tiang agama…bagaimana untuk sya menyuruh nye untuk memakai tudung..

  10. sy nk tau…kalau kita dh berusaha dan bertaubat xnk ulang lg, tp dlm kelalaian, kita mengulang semula dosa tersebut…dan lepas tu kita menyesal…dan ingin bertaubat semula…adakh kita kna bayar denda dlu mcm berpuasa 3 bulan @ 3 hari kerana telah ingkar pd Allah yg MAHA ESA? bantu la sy…

  11. soalan : boleh ke seseorang (cth: isteri) melakukan solat taubat untuk arwah suaminya sekiranya mereka ada melakukan dosa besar sebelum atau selepas berkahwin??

  12. salam.semasa kecil sy pernah memfitnah seseorang sehingga orang benci padanya dan beliau telah meninggal dunia. fitnah itu dibuat dengan niat baik iaitu untuk mengubah pendengar ke arah kebaikan tetapi pendengar itu telah salah faham. ada masa itu sy belum faham konsep fitnah. berdosakah sy? apa perlu saya buat?

  13. assalamualaikum…dulu sblm kawen saye pernah berzina..mcm mana cara tuk saya bertaubat

  14. ….

  15. [...] Syarat Taubat Nasuha (via Pondok Pasir Tumboh) Posted by Baba Syarif on 23 Agustus 2011 Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah: 1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan. 2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat. 3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah. 4. Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan o … Read More [...]

  16. [...] Syarat Taubat Nasuha (via Pondok Pasir Tumboh) Posted by Baba Syarif on 27 Agustus 2011 Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah: 1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan. 2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat. 3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah. 4. Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan o … Read More [...]

  17. sy slalu Melancap….sy nk taubat….adakah taubat sy diterima??tlong sy

  18. Bagaimana pula dengan seseorang yang telah bertaubat namun masih lagi melakukan perkara-perkara yang mungkar.Mcm mana ingin mengatasinya?

  19. sy telah mencuri brg2 keluarga sy seperti emas dan duit..tp sy bnar2 ingin bertaubat..tp sy malu utk berterus terang yg sy telah mngambil brg2 mereka..bole x klu sy gnti smua itu slepas sy bkrja tetapi buat masa skrg sy meminta ampun dr Allah s.w.t dahulu..

  20. salam..sya sentiasa meninggikan suara terhadap kedua ibu bapa, memberontak apb ayah saya membebel @menegur, satu hari sy menyedari yang ayah saya tersntuh kerana sy meninggikan suara terhadapnya, pada masa itu sy berasa sgt bersalah dan berdosa, sy ingin meminta maaf kpd kedua ibu bapa sy, tp perkataan maaf itu sukar untk diluahkan secara terus, selalunya tanda kemaaafan adalah bertegur sapa & kami berbual2 slpas itu..adakah itu boleh dikira meminta maaf atau saya perlu menyatakan secara jelas perkataan maaf itu ? apa yang membuatkan perkataan itu sukar diluahkan adalah kami tidak pernah menggunakannya

    • Keredhaan Allah S.W.T terhadap hamba-Nya juga bergantung kepada bagaimana seseorang itu menjaga hal ehwal ibubapanya. Rasulullah s.a.w. bersabda:
      “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821.

      Oleh itu wahai anak, ringankan lidahmu utk mengucapkan ” Ayahku, aku mohon ampun dan kemaafan darimu di atas segala tingkah lakuku yg telah menghancurkan hatimu”. Sebenarnya ia amat ringan jika kau bunagkan egomu, dan melimpahkan kasih sayangmu. Lakukanlah wahai anak. Ini kerana:-

      Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul tanpa diragui lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.”
      – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1828.
      Selamatkanlah dirimu sebelum terlambat!

  21. assamualaikum , saya telah melaku kan banyak dosa , dosa besar yang pernah saya lakukan ialah berzina dan tidak solat , saya buntu , saya tak tahu apa yang saya nak buat sekarang , saya nak kembali ke pangkal jalan , tetapi saya takot , taubat saya tak diterima oleh ALLAH , saya tak tahu macam mana nak taubat , bila saya nak solat , ada sahaja halangan , spt malas , letih … tolong saya !!

  22. assalamualaikum..saya berumur 19 tahun..saya buat mak saya menangis kerana salah faham..ibu saya anggap saya tidak mahu makan bersama dia kerana dia berfikiran saya malu nak makan sama dia..dia fikir saya mengaggap dia cacat etc padahal dengan nama Allah yang maha mengetahui saya tidak pun berniat begitu..saya tak nak makan dengan mak saya kerana saya tak nak..itu saja..lalu dia menangis dan di bercakap ”sia-sia kau belajar ugama”..walauapapun saya menyesal terhadap perbuatan saya dan saya sayangkan mak saya walaupun saya tak pandai nak tunjukkan kasih sayang saya..saya sudah pun meminta keampunan dari mak saya tetapi nampaknya saya tidak dimaafkan..saya menyesal dengan perbuatan saya dan saya nak bertaubat,nak bertaubat bukan saja pasal ibu saya,saya nak bertaubat atas segala dosa-dosa yang pernah saya buat..soalan saya disini,adakah saya dimaafkan oleh mak saya?adakah solat saya akan sia-sia kerana menjadi anak derhaka?tolong saya,saya nak response dari orang yang pakar,bukan dari orang yang random..sekian terima kasih.

    • Bersungguh-sungguhlah kamu mohon keampunan drp emak mu. Bersungguh-sungguhlah kamu bertaubat, Ini bukan perkara jenaka, ini adalah penentuan tempat dirimu …samada kau akan lurus ke syurga atau tercampak ke pintu neraka. Buang egomu..hai insan….dptkan kemaafan sesama manusia sblm terlambat. Syurgamu di kaki ibumu..rendahkan hatimu serendah-rendah kpd ibumu sblm terlambat…..sy doakan kamu berjaya dunia & akhirat. Sayangi ibumu, kerana dia adalah asetmu yg amat berharga. Sayangilah ibu..sayangilah ibu wahai nak.

  23. Assalamualaikum. saya hndak mlakukan taubat nasuha. sya yakin sye bleh lakukan. tpi, dgn mmbaca syarat taubat nsuha tu. sye rse mcm hlg keyakinan. sbab sye pnah mncuri, ttpi ktika itu sye msih kecil. sye mncuri di sbuah pusat mmbeli belah. mcm mana sye hndak mmulangkan brg itu atau mmnta maaf terhadap tuannya? seperti mana semua manusia pernah mmbuat fitnah, mngumpat dan sebagainya. ada kala kita tak mnyedari y kte sdg mngumpat seseorang. macam mna kita nk mmnta maaf? sye btol2 tak thu nk buat mcm mna lagi. sye buntu. bantu saya :’( saya amat tkut akan seksa nraka. slpas bertahun nye sye tdk mlakukan solat, sye berzina, hdup sye pnuh dgn dosa. akhirnya, sye insaf. stiap kali solat pasti sye tdk berhenti brdoa dan mmnta maaf terhdp Allah SWT. Astaqfirullahalazim :’(

    • Secara realitinya setiap manusia sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan namun hendaklah seseorang itu menebus apa jua kesilapannya dengan tidak meneruskan perbuatan tersebut serta bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w.:
      “Setiap anak adam itu sering berbuat kesilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2423.
      Janganlah putus asa, kerana janji Allah, walau dosamu sebelum ini memenuhi bumi ini, ia tetap memberi keampunan, bila kau bersungguh2 dlm bertaubat. Bertaubatlah setiap hari di hatimu, di fikiranmu, dilidahmu. Jika kau tersilap yg tidk mampu kau elak, ulangilah taubatmu….dgn hatimu dlm setiap solatmu, isilah solat taubatmu. Moga kau dirahmati Allah berterusan. Amin3.

  24. Assalamualaikum..sy nak taubat nasuha tapi x thu mcm mna nk mula..sy sorg bdk yg baik dan mmg klu jln slalu tutup aurat..cma msalah sy skrg klu sy bosan slalu tgk bnda2 yg x baik mcm gmbr n vdeo lucah..kdg2 bila da buat 2 bru sy myesal..sy thu benda 2 mmg bdosa tp bila da bsan duk sorg2 kt rmh mula la..prangai pelik sy ni. sy solat..bca quran..tp x thu la mcm mna blh jd mcm 2..kdg2 sy rasa hdup sy ni mbosankan…sy rasa solat n sgala ibadah yg sy lakukan msti x di terima oleh Allah s.w.t..tlong la sy mcm mna nk atasi msalah ni..please guide me n bring me to the true way..

    • elakkan drp duduk berseorangan diri di depan komputer…sibukkan diri dgn kerja2 Islam…sntiasa istighfar,Allah maha mngetahui n maha pngampun shbtku..:-)

    • Jgan putus asa…teruslah memilih untk menjadi insan yg baik. Doa dgn khusyuk kpd Allah swt,dlm setiap selesai solatmu, agar Allah memberikan rahmatnya dlm membersihkan hatimu, fikiranmu, meningkatkan imanmu. Yg penting jgn sekali2 tinggalkan solat 5 waktu. Mg Allah terus melindungimu. Amin3

  25. assalamualaikum ada juga terdapat doa taubat nasuha yang biasa dibaca oleh orang alim 3 kali selepas berdoa dari solat fardu

  26. assalamu’alaikum …

    sy ingn skalii taubat bnr@ taubat …cnthny hrii nii sy mnysal dngn smua@ kslhan sy .sy kdang sy tkut dngn smua azab2 tpiii kdang lpa dngn niad sy yg ingn brtaubat .. cnthny hrii ni sy shalad 5 waktu mgkn 1 mnggu yg akan datang sy tdak smpai 5 wakytu bhkn tdak sm sx ;’( sy hrus bgaiman ?

    • Kuatkan jiwamu utk mengutamakan Solat 5 waktu. Jika rasa xmampu melakukannya, kau doalah kpd Allah, “Ya Allah…berilah aku kekuatan iman, kekuatan jiwa utk bangun melakukan solat”….Jeritkan dihatimu…”Allahuakbar” berkali2. Penyakit ini memang ada pd sesiapa je. Sy pun selalu mengalaminya…tetapi demi tak mahu gagal lagi…itulah usaha sy. Bacalah surah yassin yg ada maksudnya…kau akan jumpa… Sesungguhnya urusanNya apabila Dia menghendaki sesuatu, adalah berkata kepadanya “Jadilah!” maka jadilah ia. Maksudnya: Tidak sesuatu itu boleh berlaku tanpa izinNya.. Yakinlah kpd Allah…drNya kita dtg, kpdNya kita kembali. Moga kau dirahmai Allah.

  27. Assalamualaikum..saya pernah melakukan zina dengan lelaki yang pernah saya berkwn dulu..dan pernah jgk melakukan zina dgn suami saya sekarang nie sebelum kami berkahwin..perlukah saya berterus terang kepadanya tentang hal ini??

    2. Baru-baru nie suami saya berterus terang dengan saya yang dia pernah berzina dgn 2 org perempuan selepas kami putus tunang dulu..hakikatnya sekarang nie saya tk dapat terima kenyataan tu..perlukah saya memaafkan dia dan melupakan perkara nie??

    Apa patut yang saya kene lakukan..kerna saya tk dapat nk percayakan dia lg..saya takut dia akan melakukan perbuatan tu lg..saya ingin bertaubat dengan apa yg pernah saya lakukan sebelum nie..minta bimbingan…terima kasih

    • Khas utk anda…memaafkan itu adalah rahmat Allah yg hebat utkmu. Namun merahsiakan keaibanmu itu lebih baik jika kamu bertaubat nasuha. Sesungguhnya, syurga isteri adalah ditapak kaki suami yg baik. Jika skrg suamimu telah bertaubat [xda hubungan lgi dgn prmpuan2 itu, anggaplah itu adalah masa lalu dia/kita yg kita gagal menghindari ujian Allah dan kalah kpd hembusan nafsu syaitan] Jgn kau tambah lg dgn dosa mengumpat suami mu / menghinanya dgn mengungkit masa silamnya yg gagal. Bila itu jodohmu, redhalah kpd ketetapan Allah swt. Dktkan diri dlm mendalami agama Islam.

  28. assalamu alaikum…
    saya mau tanya,saya sudah pnya suami,
    tp sblum sya menikah dgn beliau,sya pernah menikah bathin dgn seorang lelaki n melakukan hbngan suami istri, sampai stelah menikah dgn suami saya tersebt dan suami sya trsebt tdk tau pebuatan sya.,
    kra2 sya dosakah krna melakukan hbungan suami istri dgn org yg nikah bathin dgn sya?
    kra2 taubat sya dterima kah ya?

  29. salam.. saya selalu keluar tanpa memakai tudung,… ape dosa besarkah… minta panduan..

  30. Saya rasa smua soalan dr saudara dan saudari xda jawapan pun ????mcmn nak tlong klu mcm ni….. :(

    • Jika tkda jwpan di sini, masih banyak sumber yg dpt membantu muslimah. zaman sekarang ni telah ada kitab terjemahan Al-Quran dlm B. Melayu. Pentunjuk dr ayat2 Al-Quran itu adalah lebih jelas utk muslimah memperbaiki diri. Selain itu..YAKINLAH kpd “DOA”. Ini kerana apa pun yg ada didunia ini adalah milik Allah, sehingga nyawa kita pun adalah pemberian pinjaman dari Allah. Milik kita hanya DOA. Bila solat mu terjaga, hatimu ikhlas, auratmu terpeliahara, yakinlah doamu pasti dimakbulkan Allah. Sy amat yakin, kerana sy telah menikmatinya. Kita kongsi pengalaman ye muslimah.

  31. maaf mau tanya, maksud dr hadist dibawah ini. Saya kurang faham.

    Rasulullah shalallahu alaihi wa salam bersabda, ”Allah lebih bergembira dengan taubat hamba-Nya tatkala bertaubat daripada seorang di antara kamu yang berada di atas kendaraannya di padang pasir yang tandus. Kemudian kendaraan itu hilang
    darinya, padahal di atas kendaraan itu terdapat makanan dan minumannya. Ia sedih kehilangan hal itu, lalu ia menuju pohon dan tidur di bawah naungannya
    dalam keaadaan bersedih terhadap kendaraannya. Saat ia dalam keadaan seperti itu, tiba-tiba kendaraannya muncul di dekatnya, lalu ia mengambil tali kendalinya. Kemudian ia berkata, karena sangat bergembira, ‘Ya Allah Engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhanmu’. Ia salah ucap
    karena sangat bergembira”.

    (HR. Bukhari dan Muslim)

    • Utk ini sy pun kurang faham. Jika ikut fahaman sy..bila salah ucap jika betulkan dan mohon ampun kpd Nya. HR itu kita jadikan sempadan agar tidk keterlaluan ke tahap itu, dan selalulah bersyukur dan tidak melupakan tanggunjawab sebagai hamba Allah melaksanakan [rukun islam & rukun Iman] selagi rezeki /kemewahan Allah kurniakan kpdnya. Moga kita x melewati batas.

  32. saya banyak sangat bt dosa..adakah masih ad taubat untuk saya?setiap kali saya ingin bertaubat,pasti hanya sementara saje..apa perlu saya buat?

    • Bacalah tulisan sy sebelum ini. Jgn putus asa. Allah sentiasa mengasihi hamba2Nya. Bukan setakat namamu sj. tp Azamkan hatimu utk terus menerus memilih apa sj yg bermaksud “BAIK”. Kenalilah..apa makna BAIK. Mg imanmu terus kukuh dlm rahmat Alllah swt. Amin3.

  33. assalamualaikum…
    saya ada 2 masalah…1)tabiat ketagihan onani.2)nafsu bisex…
    kalau orang tengok saya mesti saya ni normal.tapi hakikatnya saya ada 2 nafsu.saya masih belum berumah tangga.bagaimana cara terbaik untuk saya meninggalkan tabiat ini dan apakah akibat jika saya berterusan begini…

  34. Assalamualaikum,

    Saya telah meninggalkan sembahyang wajib yg cukup banyak. oleh itu bagaimana hendak bertaubat? bagaimana hendak mengira jumlah solat yg telah ditinggalkan bertahun-tahun itu untuk digantikan? atau adakah cara terbaik menggantikannya?

  35. sy susah utk melepaskan apa yg sy lalui skrg…sgt2 sukar kerna tiada insan lain yg menyayangi sy sprti dia..sy sgt2 gembira dgn kdaan skrg..wlaupun amat2 pahit..sy tetap telan demi menjaga nama hubungan ini..bagaimana tanpa melepaskan dia sy ingin bertaubat..ingin mengajak dia bersama2 ke jalan redha Allah…biar rasa kasih n syg ini terus kekal..namun izinkan sy membawanya bersama2 ke jalan syurga…atas jalan redha Allah..

  36. saya ingin btaubat..ttpi saya mrasakan taubat saya tidak dtrima oleh allah..apa yang harus saya lakukan…tolong la saya…saya tidak mahu hidup dalam dosa dan tanpa dirdhai allah..

  37. assalamualaikum…
    sy nih sg bnyak kali melakukan dosa besar dan saya sudh bertaubat…. tapi, lama kelamaan saya kembali melakukannya… adakah taubat saya akan diterima lagi oleh ALLAH??

  38. asalamualaikum..sya nk tnya la utz la..klau org brzina taubt dia trima tk??klau org tu islam tpi tk thu sngt psl islam dia mahu taubt mcm mana ea?

  39. saya slalu meninggalkan solat tarawih pada thn ini bagai mana caranya untuk tahun depan, kalau saya masih hidup….

  40. Assalamualaikum

    Saya ada sorang shbt yg sy akan namakan dia sbgai abu. Abu merupakan seorang yg sngt baik dan dia bnyk dihormati. Tetapi amat menyedihkan baginya di mana dia terlibat dgn melihat porno. Dia bnyk menceritakannya kpd sy mengenai masalahnya ini. Beliau mengatakan bahawa teramat susah utk dia tinggalkannya. Setiap kali ketika iman dia kuat, alhamdulillah dia mmpu melawannya…tetapi apabila imannya lemah, beliau akan tewas dan mengulangi perbutannya itu semula. Jadi nya bgaimana pndpt ustaz mengenai perkara ini….sdah 5 tahun dia berusaha tetapi tetap perbuatan itu akan terulang..dan adakalanya dia sepertu hndak putus asa…jd apa pndpt ustaz mengenai perkara ini??? Shbt sy ini ingin sngt meninggalkan perbuatan ini.

  41. Asslamualaikum. kebelakangan ni sy telah meminum arak. dan sekarang sy telah kesal dengan perbuatan tersebut. adakah klau sy taubat nasuha Allah akan terima taubat sy? dan adakah amalan akan diterima seperti orang lain? sedangkan setitik arak meminumnya 40 hari amalannya tak diterima. inikan dah sebotol meminum nye.

  42. Sebelum berkahwin saya pernah berzina degan lelaki lain dan dengan lelaki yang menjadi suami saya sekarang..dahulu masa bercinta suami pernah memutuskan hubungan dan membuatkan saya teramatla kecewa..sambil memohon pada Allah supaya dia kembali pada saya..setelah 6 bulan berendam air mata akhirnya tuhan makbulkan doa saya..dia kembali kepada saya dan kami pun berkahwin..sejak dia kembali semula pada saya timbul satu perasaan yang tidak dapat saya ungkaikan sehingga sekarang..iaitu jiwa saya terasa kosong..tidak dapat merasa perasaan normal seperti orang lain dan sering menjadi pelupa..kadang saya rasa hanya badan saya sahaja yang bernyawa bergerak ke sana sini tapi jiwa saya rasa kosong sangat..seumur hidup saya tidak pernah rasa sebegini..untuk pengetahuan 5 tahun mendirikan rumah tangga saya dikurniakan 2 orang anak dan kepada anak juga saya jaga kerana rasa ada sedikit tanggungjawab dan bukanya perasaan sayang seorang ibu semata mata..(kesian anak saya) suami menyuruh saya bersolat dan kadang selesai solat saya duduk atas sejadah dan berfikir apa yang suda terjadi pada diri saya..saya tertanya sendiri kemana perasaan sayang yang teramat sangat pada suami dahulu?..apa yang sudah terjadi pada saya? Tetapi dari sumber yang saya dapati..sepertinya Allah sudah menutup pintu hati saya..pintu hidayah sudah tertutup untuk saya..mungkin ini balasan untuk saya atas dosa2 sya yg lalu..tidak ingat tuhan..tidak solat..berzina..minum arak..dan titik2 hitam sudah memenuhi hati saya..dan titik itu suda menutup pintu hati saya..bila saya sedikit sedar saya memohon ampun pada Allah tapi tidak dapat memohon dengan sepenuh hati kerana perasaan menyesal pun saya tidal dapat rasakan..tapi merasa takut dengan siksaanya..betulka tanggapan saya ini?..kalau betul, kesian pada anak,suami dan diri saya sendiri..dalam hati ada niat untuk taubat nasuha..tapi macam saya cakap perasaan menyesal tidak saya dapat rasakan tapi saya tidak ada niat untuk mengulangi kesilapan lalu..pada pandangan keluarga saya seorang isteri dan ibu yang baik tapi saya tidak dapat merasakan kebahagiaan..jiwa saya kosong apa yang patut saya buat..?

  43. Salam..sye sana..sye sdh mluahkn perasaan sye di laman ini..sblum ini sye tdk pnh luah kn pd sesiapapn psl hal sye..tp bila sye luahkn dan minta pandangan dan nasihat anda sdh memadamnya dr laman ini..anything wrong..?

  44. alhamdulillah..syukran.. jazakallahu khairan.. ^_^

  45. salam..
    bila saya melakukan dosa sy menyesal sampai nangis, sy bertaubat
    tp sy ulang lg dosa tu..knape dgn diri sy?? apa yg x kena dgn saya?

  46. mhon bertanya, bgaimana skirany istri y nusyuz ingn btaubt, adakah msti mmbritahu akn suaminy bhwa dia pnah curang sdagkn dia tkut dceraikn oleh suaminy..dia amt myesali ksilapan tersbut n ign trus bsama suaminy tcinta..mhon d bhas..

  47. bgaimana kalu seseorng tu pernh berzinar sesama kekasihnya dn ingin bertaubat dn mengmbil sebgi yg halal tetapi xmencukupi ekonomi yg kukuh untuk mengmbil sebagai isteri dan dlm masa yg sama takut untuk memberitahu pada keluarga tentang hal sebenar dan celaru dlm ingin bertaubat disebabkan takut tidak tahu status sama ade perlu bgtahu kedua2 pihak keluarga tentang perkara yg mungkar yg dilakukan,

  48. trims atas pemberitahuanmya

  49. Salam, saya seorang isteri yang telah diceraikan suami saya. Sebelum berkahwin dengan suami saya, kami pernah terlanjur. Saya kesal, dan berazam untuk tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu. Sebenarnya, sebelum berkahwin dengan saya, suami saya sudah biasa berzina dengan perempuan-perempuan lain, malah dia juga seorang kaki minum, malah dia juga pernah memujuk rayu saya untuk sama2 minum dengannya, dan saya akui, pernah juga beberapa kali saya tewas dengan pujukannya. Saya bukanlah gadis yg liar, malah saya berpendidikan dan mempunyai jawatan yang bagus, namun dek kerana cinta buta dan terpesona dengan godaan syaitan, saya tewas.Tapi selepas berkahwin, saya berazam untuk berubah dan menjadi isteri yang baik. Pada awal perkahwinan, suami juga turut berubah, dia suami yang setia dan tidak lagi melakukan perbuatan lamanya. Namun, dugaan melanda perkahwinan kami, dia mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji yang jauh lebih baik namun dia perlu bertugas di negeri lain. Dan dia memulakan semula tabiat lamanya, bergelumang semula dengan arak, dan perempuan. Malah dia menyimpan GRO pendatang asing bukan beragama islam. Hampir 2 tahun, puas saya bersabar dan menasihatinya, sebaliknya saya dimaki hamun, dikeji dan dipukul. Jalan terakhir untuk menyelamatkan perkahwinan kami, saya memberitahu ibunya. Untuk menasihatinya, sebaliknya, ibunya juga turut di maki hamun olehnya. Dan suami saya cukup marah dengan tindakan saya memberitahu ibunya, kerana padanya seorang isteri sepatutunya menutup aib suami. Malah pada ibunya,dia menuduh saya menfitnahnya. Dan kerana itu juga, dia menceraikan saya.
    Soalan saya, memang saya menginsafi perbuatan terkutuk saya dahulu, namun setiap kali solat, saya cuma berdoa supaya allah mengampunkan saya, namun saya belum pernah melaku kan solat taubat nasuha. Adakah saya berdosa pada suami saya, kerana memberitahu ibunya mengenai perangainya yang tidak lagi seperti orang islam, sperti dakwaannya, saya membuka aibnya. Perlukah saya meminta ampun darinya kerana itu? Kerana pada saya, saya ingin menyelamatkan nya dari terus hanyut, saya tiada niat untuk membuka aib atau memalukan dirinya. Sebaliknya, dia menghina saya dengan perbuatan yang pernah saya lakukan bersamanya dahulu.

  50. Sy berumur 22 tahun dan telah bertunang..tunang saya berumur 27 tahun dan bekerja sebagai kontraktor binaan..kami telah bertunang selama setahun..kerana takut terlanjur dan tidak mampu mengawal hawa nafsu..kami membuat keputusan untuk berkahwin.tetapi perkahwinan ini dihalang oleh ibu saya kerana saya masih belajar lagi dan juga wang hantaran yang mampu disediakan oleh tunang saya tidak dipersetujui oleh ibu saya sedangkan dahulu beliau tidak meletakkan apa-apa jumlah dan hanya menyerahkan kepada kami..apa yang harus kami lakukan??kami takut akan terlanjur kerana kami kerap berjumpa kerana saya terlalu bergantung kepada tunang saya jika ada apa2 perkara penting atau ingin kemana-mana??apakah yang harus kami lakukan???

  51. Reblogged this on jiwa hamba.

  52. Assalamua’laikum…nama hamba syah

    Ambe mmg malu nak menerangkan semua nie..tapi hamba melakukan sesuatu perbuatan yg sangat berat..hamba pernah, enduakan ALLAH kerna terlalu mengikut kata hati…hamba pernah berzina dengan seorg perempuan yg betul2 hamba sayang..tapi pabila hamba ajak menikah dia x nak dan selalu menolak…hamba sangat tertekan dan buntu sampaikan hamba mengambil minyak mati bunuh@ minyak mati terbunuh…dan selang beberapa hari hamba terkena santau yg di hantar oleh perempuan itu…dan hamba telah membunuh minyak mati bunuh itu…hamba benar2 ingin meminta bimbingan mcm mana caranya melakukan solat taubat nasuha…mcm mana nak membersihkan hati saya yang kotor dan laknak ini…hamba minta tolong sangat2…

  53. kalau saya buang barang yang diambil tu macam mana? dan saya betul2 bertaubat

  54. saya ada masaalah tentang anak saya yg tertekan dgn masaalah hendak berhenti dari mengambil dadah tetapi semasa berubat dgn seorg ustad,dia di dera oleh ust,dia dirantai kedua tangan dn kaki.tujuan anak sy ke tempat itu utk belajar agama,dn sekarang dia tidak menpercayaan sesiapa pun yg memakai jubah @ustad.dia tidak lagi mdrikan solat.tdk membaca al quran..saya bercadang menghantar dia belajar agama lagi.tapi tidak berani bersuara kpdanya.tolong lah saya tuan………..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 14,826 other followers

%d bloggers like this: