Amalan jauhi gangguan jin

KITA tahu pelbagai makhluk lain turut menghuni alam ini, antaranya jin dan
syaitan, cuma mata manusia tidak mampu melihat mereka kerana Allah menciptakan
kedua-duanya di alam ghaib.

Jin tinggal di merata tempat, ‘terpisah’ dengan manusia melalui dimensinya
yang berbeza. Tetapi, makhluk itu tetap mengganggu manusia.

Kejadian seperti terkena rasuk, histeria, gila, rumah tangga berantakan
akibat disihir semuanya berpunca daripada jin. Malah, penyakit misteri seperti
terkena santau dan kanser ada kaitannya dengan makhluk itu.

Dalam banyak kejadian, kesan terhadap penyakit misteri contohnya tidak dapat
diubati dengan kaedah rawatan moden.

Islam melarang kita berkawan atau berdamping dengan jin kerana makhluk itu
mahu menyesatkan manusia. Manusia dilarang meminta bantuan jin kerana Allah
menjadikan kita sebaik-baik kejadian.

Allah berfirman yang bermaksud: “Terdapat beberapa orang lelaki dari kalangan
manusia meminta pertolongan daripada jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka
dosa dan kesesatan.” (Surah al-Jin ayat 6).

Kejadian seorang gadis di Jertih, Terengganu yang ghaib secara tiba-tiba,
baru-baru ini memang ada kaitan dengan jin.

Jin mengganggu manusia dalam beberapa keadaan, antaranya berterusan jin dalam
tubuh seseorang.

Malah, jika terlalu marah, jin mudah menguasai kita.

Justeru, jika terlalu marah, cuba tenangkan diri dengan duduk diam dan
mengambil wuduk atau berzikir.

Jin mengganggu kerana perasaan benci dan mahu membalas dendam terhadap
manusia.

Apabila masuk ke tubuh manusia, jin menuju ke otak. Dari otak, jin
mempengaruhi bahagian tertentu sehingga menyebabkan manusia hilang
pertimbangan.

Untuk melindungi diri dan keluarga daripada gangguan jin, banyak membaca
‘Bismillah’ apabila memulakan kerja.

Jangan membunuh ular yang masuk ke rumah melainkan memohon kepada Allah agar
ia keluar.

Menyingkap rahsia lain mengenai jin ialah saka. Saka ialah jin yang berada
dalam tubuh manusia sejak sekian lama sama ada manusia tahu atau sebaliknya.

Dalam masyarakat Melayu, ia dikenali hantu pelesit, pontianak, polong dan
hantu raya. Semuanya keturunan jin dan syaitan.

Pengamal Perubatan Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie
berkata, kejadian yang mengejutkan banyak pihak di Jertih, baru-baru ini
berpunca daripada gangguan jin ‘kelas pertama’.

“Saya sudah berbicara dengan mangsa dan dia mengatakan ada makhluk besar yang
berbulu semacam gorila membawanya. Jin jenis ini mempunyai sayap dan terbang di
udara.

“Itulah sebabnya apabila ditemui, mangsa berada di tempat tinggi seperti di
atas pokok atau siling rumah,” katanya.

Beliau berkata, terdapat tiga jenis jin iaitu yang mempunyai sayap dan
berterbangan di udara, berupa ular, kala jengking, anjing dan jenis yang
berpindah-randah.

“Terdapat beberapa punca menyebabkan jin menguasai manusia, antaranya ketika
berada dalam kecemasan seperti kemalangan, terlalu marah, dorongan nafsu seks
yang kuat dan jin masuk jika mereka inginkan sesuatu,” katanya.

Katanya, jin tidak suka manusia yang suka mencabar mereka atau celupar.

“Jin kuat berdendam. Justeru, jaga tingkah laku walau di mana saja kerana
manusia tidak dapat melihat dan mengetahui aktiviti jin.

“Contohnya jika menyiram air panas dari tempat yang tinggi pastikan kita
menyebut nama Allah.

“Jangan bertindak melampau apabila melawat ke kawasan yang asing kerana kita
tidak dapat melihat jin.

“Rumah kosong, hutan belantara, angkasa raya dan lautan adalah tempat
kediaman jin kerana tiada kedengaran azan di situ.

“Malah, jika meninggalkan rumah untuk tempoh lama, pastikan membaca ayat
kursi sebanyak 21 kali pada tiang seri rumah,” katanya.

Beliau berkata, jin berkeliaran pada waktu maghrib ibarat manusia yang
berpusu-pusu menjalankan aktiviti seharian.

“Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara rahmat pemberian-Nya Dia
menjadikan untuk kamu malam dan siang (silih berganti) supaya kamu berehat
padanya dan supaya kamu berusaha mencari rezeki daripada limpah kurnia. Dan juga
supaya kamu bersyukur.” (Surah al-Qasas ayat 73).

Menurutnya, bagi mengelak diganggu jin, perlu mengamalkan beberapa ayat suci
al-Quran.

“Apabila berkelah, jangan mengambil sesuatu atau batu kerana ia mungkin milik
jin.

“Amalkan ayat daripada surah al-Israak: 82 yang bermaksud: “Dan Kami turunkan
di antara al-Quran suatu yang menyembuhkan (penyakit hati) dan rahmat untuk
orang-orang yang beriman tetapi yang demikian tidak menambah bagi orang-orang
yang zalim melainkan kerugian.”

Selain itu, bagi menyelesaikan masalah orang hilang dan mengelak keluarga
diganggu, amalkan ayat al-Quran daripada tiga surah antaranya Surah al-Furqan
ayat 23 yang bermaksud: “Dan Kami melihat apa yang mereka usahakan, di antara
amalan, lalu Kami jadikan ia debu yang bertebaran.”

“Kemudian daripada Surah al-Hijr ayat 34-35 yang bermaksud: “Berfirman Allah:
Keluarlah engkau dari sini! Sesungguhnya engkau terkutuk. Dan sesungguhnya atas
engkau kutukan sehingga hari pembalasan” dan satu lagi ayat daripada Surah
al-Mukminun ayat 115-118 yang bermaksud: “Adakah kamu menyangka, bahawa Kami
menjadikan kamu dengan percuma (main-main saja) dan kamu tidak akan kembali
kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah yang menguasai (alam), lagi sebenarnya
Tuhan, tiada Tuhan melainkan Dia yang mempunyai arasy yang mulia. Dan barang
siapa menyembah Tuhan yang lain bersama Allah tanpa dalil baginya, maka
balasannya, hanya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya tidak menang orang-orang kafir.
Dan katakanlah: Ya Tuhanku, ampunilah dan kasihanilah (aku) dan Engkau
sebaik-baik yang mengasihani.”

Mengenai saka, katanya, ia adalah perjanjian di antara nenek moyang kita
untuk mendapat kekuatan, kehebatan, perlindungan tertentu, kecantikan yang
menawan dengan syarat dalam tempoh tertentu (tujuh keturunan).

“Ciri-ciri orang yang memiliki saka dapat dikesan melalui kebolehan mereka
mengubat orang dengan cara menurun, mampu berubat tetapi menggunakan jampi
berunsur syirik yang bertentangan dengan syariat, terdapat kesan cakaran pada
tubuh, mimpi jatuh dari tempat tinggi atau dikejar binatang.

“Mereka akan mengalami beberapa gejala antaranya sakit sendi, apabila
berkahwin sukar mendapat anak, mudah nyanyuk dan mengantuk apabila menghadiri
majlis ilmu.

“Cara membuang saka dengan mengamalkan bacaan ayat al-Quran antaranya dari
Surah As-Shaffat ayat 6 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami menghiasi langit yang
hampir ke dunia dengan perhiasan bintang-bintang,” katanya.

About these ads

Satu Respons

  1. Saya ada seorang mak saudara y berperangai plik.kejadian ini berlaku apabila mak saudara saya blik dari johor 2007.perangai y plik itu seperti mkn banyak tapi xpernah kenyang,kadang2 skit kaki,barang2 dapur d bagi pada orang lain.nenek saya dah xtau nak buat apa lagi.tegur xboleh.tiap2 hari gaduh ngn ssape je y tegur.cakap bohong,duit bagi pada orang lain.keluarga saya dh hbis iktiar.saya arap ustaz dapat membantu mak saudara saya

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 15,094 other followers

%d bloggers like this: