Kata-kata Aluan
MENTERI BESAR KELANTAN
Buku Cenderamata
Sempena Majlis Jubli Emas
Pondok Pasir Tumboh
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah SWT yang merupakan Pentadbir bagi seluruh kerajaan di langit dan di bumi, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta seluruh penyambung risalah yang suci ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak urusetia kerana memberikan peluang kepada saya untuk merakamkan sedikit kata-kata aluan di dalam buku cenderamata ini.
Pengajian pondok merupakan antara institusi pengajian yang terawal dalam mengembangkan ilmu dan dakwah Islam di Tanah Melayu khususnya di negeri Kelantan khususnya sehingga negeri ini dikenali dengan jolokan Serambi Mekah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh tenaga pengajar dan pendokong yang meneruskan usaha murni ketiga-tiga Tuan Guru yang mengasaskan pondok ini pada tahun 1954 berjaya mengadakan sambutan Jubli Emas pada kali ini
Adalah menjadi harapan Kerajaan Kelantan agar pengajian pondok terus melahirkan orang-orang berilmu, beriman dan rajin berdakwah sebagaimana kejayaan Rasulullah SAW yang telah berjaya mendidik generasi sahabat sehingga mereka bukan sahaja lahir sebagai ahli ilmu malah sebagai pejuang Islam yang hebat.
Syabas dan tahniah sekali saya rakamkan di atas kejayaan mengadakan program ini pada hari ini.
Sekian, wassalam.
SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM – KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN
YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 13 Jamadil Awal 1432H bersamaan 16 April 2011M
Filed under: Artikel Pilihan
