Hidup Bermadu kena bijak, matang

Oleh SHOLINA OSMAN

Seringkali berlaku pertengkaran di kalangan isteri-isteri yang bermadu dalam kehidupan berumah tangga. – Gambar hiasan.

 


 

TERINGAT pesanan ibu, kalau rasa diri tidak ‘bijak dan matang’ maka jangan sesekali cuba untuk hidup bermadu.

‘Bijak dan matang’ yang dikaitkan dengan bermadu itu membawa maksud cukup mendalam kerana bukan calang-calang wanita berjaya yang boleh menatang pesanan ini dengan sempurna.

Sekali gus pesanan ini sebenarnya amaran untuk mana-mana wanita muda, janda atau balu supaya tidak mudah terpana dengan rayuan cinta suami orang sehingga terjebak ke alam hidup bermadu.

Jika telah ditakdirkan masih juga gagal untuk menghalang jodoh yang terlalu kuat untuk bermadu maka persiapkan diri dengan sebaik mungkin.

Ini kerana sudah menjadi lumrah di dalam poligami, bukan sahaja antara isteri berlumba-lumba untuk menambat hati suami malah akan berdepan dengan tekanan berganda.

Kehidupan bermadu di zaman ini juga semakin kronik berbanding zaman dahulu memandangkan rata-rata wanita sebenarnya tidak bersedia.

Apatah lagi apabila ‘bertemankan’ suami yang dari perkahwinan pertamanya juga masih belum sempurna tetapi dengan tanpa rasa bersalah mahu membina perkahwinan yang seterusnya.

Dunia yang pada mulanya disangka indah akhirnya mula dipenuhi dengan cabaran yang mula membuatkan kehidupan semakin menjadi haru-biru.

Ada yang melakukan pelbagai usaha termasuk sanggup mendapatkan bantuan bomoh sehingga terjebak dengan perbuatan syirik.

Bagi yang tidak sabar pula, sanggup bertindak di luar batas kemanusiaan termasuk mencederakan madu dan anak-anaknya tanpa ada perasaan belas kasihan.

Ini termasuk kes terbaru yang mana hanya kerana perselisihan faham, seorang suri rumah sanggup menetak madunya dengan parang sehingga cedera di rumah mereka di Kampung Baru Sungai Korok, Kubang Pasu, Kedah pada 7 Januari lalu.

Dalam pergaduhan kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Siti Aminah Hanafi, 50, yang juga isteri pertama, cedera di dahi, pipi dan tangan setelah ditetak madunya berusia 26 tahun.

Anak mangsa, Nurul Shuhada Saad, 16, turut cedera di kaki akibat terkena libasan parang itu ketika cuba meleraikan pergaduhan berkenaan.

Peristiwa seperti ini sepatutnya membuka mata masyarakat Islam di negara ini supaya tidak memandang remeh isu ini walaupun hidup bermadu itu dihalalkan.

Suami sebagai ketua keluarga sepatutnya menjalankan amanah menguruskan kesemua ahli keluarganya dengan sempurna dan jangan sampai mengakibatkan berlakunya pertumpahan darah.

Islam sudah meletakkan panduan bermadu dengan cukup sempurna tetapi sayangnya bukan sahaja suami bersikap ‘lepas tangan’ sebagai ketua keluarga tetapi gagal mendidik isteri.

Pensyarah Kaunseling dan Naib Setiausaha Persatuan Kaunseling Malaysia (Perkama), Prof. Madya Datin Dr. Sapora Sipon berkata, hidup di alam poligami bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia menuntut kepada pengorbanan suami, isteri dan madu.

”Bukan itu sahaja, ia akan memberi kesan kepada struktur keluarga seperti anak, ibu bapa, mertua dan yang berkaitan,” katanya.

Maka apabila aspek seperti emosi, kewangan, penjagaan anak, ahli keluarga dan kesihatan diri tidak dapat dikawal dengan baik, ia boleh mewujudkan konflik dan apabila tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan pergaduhan.

Hidup dalam tekanan memang sesuatu yang biasa bagi seorang isteri, apatah lagi bagi seorang madu. Ini kerana dalam bermadu lebih banyak hati yang perlu dijaga, termasuk hati sendiri.

Perjalanan hidup keluarga wanita bermadu juga lebih kompleks. Tekanan juga tidak sama bagi setiap wanita.

Sama ada bekerja atau seorang suri rumah, wanita bermadu mempunyai masalah tersendiri. Ada wanita yang lebih kuat dari wanita lain kerana setiap orang mempunyai personaliti yang berbeza.

Masalah timbul apabila emosi tidak dapat dikawal kerana tekanan yang tinggi. Kebiasaannya, tekanan yang dihadapi oleh wanita bermadu memang lebih. Apa yang lebih penting ialah mencari jalan untuk mengurus tekanan.

Sehubungan itu, kata Sapora, langkah yang perlu diambil oleh wanita yang hidup bermadu khususnya bagi menyesuaikan suasana kehidupan setelah sebahagian kebahagiannya selama ini dirampas oleh wanita lain.

“Ini bukan sesuatu yang mudah kerana ia bukan sahaja melibatkan soal hati, tetapi perkara-perkara lain seperti kewangan dan hak,” jelasnya.

Antara langkah yang boleh diambil ialah menerima takdir dan menganggap bahawa ia sebahagian daripada kehidupan yang perlu dilalui. Perbaiki kerosakan yang dideritai hati akibat takdir ini.

”Fokuskan kerja-kerja memperbaiki kelemahan diri dan memahami suara hati antara sesama isteri,” katanya.

Pegangan agama mesti menjadi kekuatan antara mereka. Peranan suami sebagai pemimpin diharapkan boleh menyelesaikan kemelut dan konflik dengan terapi al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

Jika mana-mana ahli tidak dapat menyesuaikan diri dalam hidup bermadu, keadaan menjadi sukar.

Tujuan perkahwinan di antara seorang mukmin dan mukminah adalah untuk menguatkan iman, memudahkan kerja-kerja ibadah kepada Allah SWT dan menyucikan keperibadian, di samping menurunkan zuriat yang soleh.

Apabila suami turut mempunyai iman yang lemah, isteri mesti memiliki kemampuan sendiri untuk menciptakan suasana harmoni, meletakkan segala-galanya atas kuasa Allah SWT dan berusaha berdiri di atas kaki sendiri.

About these ads

10 Respons

  1. aku dlm dilema dn mahu minta pendapat tentang perkara ni
    aku berkawan dgn seorang lelaki yg bergelar tunangan org
    makin aku jauhkn hati dn diri dpd dia, semakin kami rapat dr hati sehingga kan timbul hastrat ingin membina rumahtangga, aku memang rs bersalah kerana berkawan dgn tunangan org, akn tetapi dia juga menyayangi aku sm spt tunanagnnya itu, dr segi pendapatan sememamngnya aku lbh sikit dr die, tp aku jns xde la berkira sgt,
    tp bila kami buat kptsn nk kawin, die pulak rs serba slh pd tng die dn ingin bersama dgn kedua2nya…aku dlm dilema utk teruskan semua ni

  2. besar cabaran bermadu ni

    • buatlah keputusan yg terbaik agar tdk terluka mana2 pihak cuba bersemuka dgn tunang si dia n bawa berbincang n berterus terang hasrat anti kpdanya adakh dia snggup bermadu jika dia td stju si lelaki hanya blh memilih salah satu drnya,,,, fikir2knlh lah krn kita msih jauh lagi perjalanan

  3. Alhamdulillah..Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita..semoga a
    ku bisa menghadapi segalanya dgn tabah dan sabar…amin..biar apapun terjadi aku hanya mampu berserah kepada Allah..aku yakin Allah maha penyayang lagi maha mengasihani…manusia boleh cakap apa saja..tp hakikat sebenarnya aku yg rasa..semoga kebahagiaan abadi akaan jd milik kami semua…aku selalu berusaha berfikiran positif..kerana aku yakin Allah sayang padaku :)

  4. bagus artikel ni, berinformasi dan benar. saya sendiri sedang mlalui perkahwinan bermadu. isteri ke tiga, tak tahulah kalau ada yang keempat, heheh. setelah menjadi isteri ketiga, apa sangat bezanya jika suami nk adakan yang keempat pulakan, lagi pun saya memang dah bermadu. dia buat, dia tanggung lah. jangan bawa balik penyakit sudah. tak dinafikan, saya tidaklah sedaring dengan ayat2 diatas. kdg2 sya hnyalh prempuan biasa yg inginkan perhatian, ada rsa cemburu, dan terkenang adakah saya lebih bahagia jika tidak bermadu atau berkahwin dgn suami org. tp tu semua subjektif, lg berbeza2 pd stp individu. spanjang khidupan bermadu, smemangnya amat mencabar msa2 yg sya lalui. saya pula bukan jenis fight dan mahu menangkan untuk saya shja. lagipun sya fham anak2 istri yg lbih tua sdang mmbesar dn lbh mmerlukan prhatian dr ayahnya. smmangnya sya prlu berdikari dlam kebanyakan prkara. sya juga xbrharap banyak wlaupun sya brckap bnyak pd suami, bkan ap, spya dia bringat. memang sungguh mncabar kekuatan dlaman, namun sya redha, bersyukur. scra dlamannya sya brperang dgan pelbagai corak pmikiran. ssungguhnya kbhagiaan itu hnya tuan yg punya diri shja yg tahu rupa apa yg trbaik yg dia mahukan. jka kontranya tntng hdup brmadu kbnyakannya sudah maklum, kbaikannya pd sy adalah trnyata sya punya bnyak msa utk dri sndri, bleh blik kg lama2, jka bslisih fham beliau sndri angkat kaki blik rmah istri tua dn sy xprlu stres kwjudannya d rumah, jd sy ad msa utk recover rsa skit hti, sy tdak plu fkir bsuh bju, iron bju, bju ap dia nk pkai sbb yg tua suka nk buat smua t. tp sy suka msak special bila2 sy rsa suka dan ajak husband dtg rsa, dan ad bnyak lg. dan smmangnya sy ska brdikari drpda asyik brtekak yg sorang nk buat cra t, yg sorang nk buat cra ni. dn trbaru, sy bleh mlayan anak kecil comel manja sya spuasnya pd wktu siang mahupun malam. lg pun dia brdengkur hngga sy btul2 kpnatan dn mngantuk bru bleh trtidur. sy cma mahukan suami sy mnyediakan makan, pkai, tmpt tinggal dan layanan sikap dan kata2 yg baik2 dr suami sya. itu shja. sy xperlu skit hati brlebihan dan cinta sejati saya milik Allah. dan llaki rsanya mmg smuanya yg lbih kurang bgitu, sy hmpir xpcaya msih ad llki yg xingin bristri lbih, atau setia? hummm. sy jga lngsung xberharap bhawa seorg suami akan lbih mghrgai istrinya, tdak akan curang atau brkahwin lain wlaupun stlah mlihat sndiri istrinya bertarung nyawa mnahan sakit melahirkan anak, atau istri brsusah pyah brkorban untuk anak2 dn kluarga. wlupun bgitu, stlah smua itu, mnusia ttp mcm2, istri yg dh ad lbih 2, 3 anak pn bleh curang.. mmg mcm2 prangai. Smoga sy tdak bgitu dan dpt mnjaga maruah sy di sisi Allah.

  5. Hidup bermadu….saya juga bermadu…. sekiranya kita sentiasa ingat bahawasanya suami kita hanya pinjaman dan amanah dari Allah untuk kita “berkhidmat” dan “jaga”.. kita tak akan tunduk dengan hasutan nafsu dan iblis yang sentiasa berada setiap sudut hati, jiwa dan akal kita. Tidak ada manusia yang sempurna, baik suami, isteri pertama, kedua, ketiga, keempat. Masing – masing ada kelebihan dan kekurangan yang suka atau tidak kita mesti terima kerana mereka juga adalah sama seperti kita, datang dari Allah. Kita sebagai isteri jangan letak ego kita didepan, rosak kita, rosak hubungan kita dengan suami, rosak hubungan kita dengan anak-anak dan yang paling penting rosak hubungan kita dengan Allah.

    Tidak ada suami yang adil walaupun keadilan yang kita mahu itu sebesar kuman.. Sebaliknya kita yang perlu memberi ingatan kepada suami tentang keadilan terhadap diri kita DAN keadlian terhadap madu kita. Bantu suami kita, kita pula akan dibantu suami DAN ALLAH. Perlu ingat malaikat melaknat isteri yang menghalang suami yang cuba berlaku adil terhadap isterinya yang lain.

    Suami saya selalu berpesan, Ummi ingat, dalam syurga, tiada iblis dan syaitan… bila tiada syaitan, maka tiada rasa marah, tiada cemburu… kerana perasaan marah dan cemburu itu sifat syaitan laknatullah… kalau rasa nak cium bau syurga… dan nak senang berjalan masuk ke dalam syurga, buang jauh-jauh 2 perasaan tu.. . saya cuba sebaik mungkin, alhamdulillah… banyak suara-suara diluar kepala saya ( keluarga, rakan-rakan, jiran ) yang memberi pendapat, dengar, fikir dan tapis … mana yang rasa membawa kebaikan.. ikutlah, mana yang menjahanamkan.. apa yang kita rasa suami kita suka, kita ikut dan buat.. kalau rasa suami kita tidak suka, lupakan sahajalah… memang susah berperang dan berhadapan dgn pelbagai cabaran, rintangan, dugaan… kiat mengalah bukan erti kita kalah, kita menang bukan bererti kita benar.. jadi fikir-fikirkanlah.

    • Baru baca blog ni jg komen isteri2 brgelar madu. MasyaAllah..bertemu tulisan isteri bergelar madu, sgt menginsafkan saya. Suami hanya pinjaman utk kita..

    • selalu berdoa pd Allah agar dijauhkan sifat cemburu dan iri hati pd madu…..dn minta semoga madu dlembutkan hati utk menerima saya…namum sungguh kuat dugaan ini….coretan Nur Deeny menjadi panduan utk saya….

  6. salam..sy adalah isteri pertama..dan mempunyai seorg madu..langsung x pernah sangka yg sy akn dimadukan.pada mulanya mmg sukar utk menerima kenyataan..kerana sblm ni kami sgt bahagia dan x pernah ada masalah..tp ini lah ketentuanNya..KUN FAYA KUN, Allah kata jadi, maka jadilah..walaupon agak sukar utk terima kenyataan, tp sy sentiasa cuba utk menerima semua ini dgn baik..sentiasa bwk berbincang dgn suami apa yg x puas hati, byk membaca ttg POLIGAMI YG BAIK, dan yg paling penting sentiasa ingat ALLAH..inshaAllah kita akn mendapat ketenangan itu..
    Alhamdulillah..sebenarnya hidup dlm POLIGAMI ni byk mengajar kita ttg erti PENGORBANAN, KESABARAN, KETABAHAN & YG PALING PENTING KEBAHAGIAAN..mmg x semua org mampu, x semua org sanggup..tp YAKINLAH bahawa apa yg Allah tentukan ini adalah yg TERBAIK buat kita..kita adalah hambanya yg terpilih..

    • Saya sangat setuju, kadang2 terasa Allah mahu memimpin & mengatur kehidupan ini supaya kita lebih dekat denganNya melalui ujian ini untuk bertemu Allah nanti. SubhanaAllah.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 10,985 other followers

%d bloggers like this: