• Kem Cuti Sekolah 2014

    Pondok Tunjong, Kota Bharu

    ( 100 orang Muslimin/muslimat Umur 11 – 24 Tahun )
    SESI 1 : 1-10 Disember 2014
    SESI 2 : 15 - 24 Disember 2014

    Pengisian
    • Pengajian kitab pilihan
    • Tazkirah dan ceramah motivasi
    • Kursus jenazah lengkap
    • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
    • Hafalan surah-surah pilihan
    • Tadarrus al-Quran
    • Latihan amali fardhu ‘Ain

    Yuran RM 250 (penginapan/makan minum/bahan kursus)

    Cara Daftar

    Tempah melalui sms

    Taip nama umursesi dan hantar kepada

    Us Nasharudin 0199859887

  • Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.al-bakriah.com.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio




  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 627,423 orang
  • Tetamu Online

Kedudukan Wanita ikut bangsa dan agama

Siri Kedua

Kita perlu mengetahui serba sedikit mengenai kedudukan kaum wanita menurut agama dan juga bangsa sebelum Islam. Ia bertujuan untuk memberikan keyakinan kepada umat Islam dan masyarakat bukan Islam bagaimana Islam telah merubah kedudukan dan pandangan terhadap kaum wanita daripada kaum lemah yang dipandang hina kepada suatu kaum yang diberikan kedudukan mulia dan setaraf dengan kaum lelaki walau pun di sana ada sedikit perbezaan. 

Pertama : Kedudukan Wanita Mengikut Bangsa

1 .  Wanita Yunani Kuno

Negara Yunani atau Grik di zaman silam merupakan suatu bangsa yang mempunyai tamadun tersendiri. Kota Athenes merupakan sebuah kota ilmu pengetahuan dan falsafah, kedoktoran dan sains. Wanita pada pandangan masyarakat Athenes kuno adalah paling rendah di mana mereka  boleh dijual beli sebagaimana barangan perniagaan yang lain. Wanita tidak dibenarkan menguruskan sesuatu selain daripada urusan tumahtangga dan pndidikan anak-anak. Manakala kaum lelaki dibenarkan mengahwini seramai mungkin perempuan mengikut keinginan mereka tanpa mempunyai syarat dan peraturan. Kaum lelaki Sparte iaitu ibu kota Yunani Kuno pula tidak membenarkan lelaki mengahwini wanita lebih daripada seorang kecuali jika perlu sedangkan kaum wanita dibenarkan bersuami dengan seberapa ramai lelaki yang menyebabkan menjadi kebiasaannya kaum wanita mempunyai ramai suami. Kaum wanita juga tidak dibenarkan menerima pusaka. Ini merupakan suatu adat yang paling buruk yang berlaku dalam masyarakat Yunani yang dianggap bertamadun pada zaman silam.

2 .  Wanita Rom

Kaum wanita dianggap seperti najis dan mereka dipandang sebagai benda yang bernyawa dan tidak kekal hidup di akhirat. Mereka tetap diwajibkan berbakti kepada Tuhan dan berkhidmat untuk kaum lelaki disamping mereka dilarang daripada berbicara dan ketawa. Oleh itu semasa mereka berjalan dijalanan atau pun berada di rumah, mulut mereka dikunci dengan besi.Mereka turut dilarang memakan daging.
Amalan  poligami turut berkembang dalam masyarakat Rom berdasarkan kepada adat bukannya undang-undang. Tetapi ketika Valentian II menjadi raja Rom, dia telah mengeluarkan suatu perintah rasmi yang membolehkan setiap rakyat Rom mengahwini seramai mungkin perempuan mengikut keinginan. Perintah ini diteruskan oleh pemerintah Rom selepasnya sehingga datangnya Kaisar Justinianus yang telag menggubalkan undang-undang yang tidak membenarkan poligami. Namun begitu lelaki Rom tetap meneruskan adat mengahwini wanita lebih daripada seorang terutama para pembesar dan orang atasan. Dalam pada itu kebanyakan rakyat Rom tidak menentang perundangan baru yang tidak membenarkan poligami.

3 .  Wanita Parsi

Bangsa ini turut menghina dan merendahkan martabat kaum wanita disamping membasmi kaum ini dari muka bumi. Pernah diriwayatkan ketika Mazda yang mengaku dirinya menjadi pengganti Zaratustra pada permulaan abad ke – VI diperintahkan kepadanya agar memberi hak sama rata kepada kaum lelaki untuk memiliki harta-bendanya manakala kaum wanita ditunjukan haknya sebagaimana binatang iaitu hanya api, air dan rumput. Kaum wanita hanya dijadikan habuan kepada nafsu buas lelaki di mana amalan memiliki gundik tidak terbatas begitu juga dengan perzinaan.  Bangsa Parsi tidak mengenal peraturan perhubungan antara lelaki dengan perempuan. Perempuan dijadikan barang dagangan dan seperti perhiasaan di mana bila dikehendaki mereka diguna tetapi bila sudah jemu mereka disingkirkan atau dibunuh.

4 .  Wanita India

Wanita dan para isteri masyarakat India tidak diberi hak untuk hidup di mana isteri akan turut dibakar hidup-hidup apabila suaminya meninggal dunia. Seorang isteri yang dibakar hidup bersama mayat suaminya ini dianggap sebagai perempuan yang setia.
Menurut keterangan para sarjana bahawa di India sehingga tahun 1885 setiap tahunnya kira-kira 8000 jiwa anak perempuan dibunuh oleh ibunya sendiri. Inilah ia antara kezaliman dan penindasan yang tidak terbatas yang dilakukan dalam masyarakat Indi terhadap kaum wanita.

5 .  Wanita Tionghoa

Bangsa ini turut merendahkan kaum wanita seperti kata Kong Hu Tju : “Bagi perempuan tidak boleh memerintahkan dan melarang apa jua pun dan amal perbuatan mereka harus dibatasi dalam urusan rumah tangga sahaja”. Menurut suatu riwayat bahawa pernah berlaku pada zaman Kon Fu Sius perbuatan menanamkan orang perempuan hidup-hidup bersama mayat suaminya telah menjadi kebiasaan di tanah Tiongkok semenjak tahun 580 S.M. Turut diriwayatkan bagaimana para isteri orang-orang besar bangsa Tionghoa zaman silam akan dipakaikan celana dari besi antara kedua pehanya hingga bawah pusat dan dikunci kukuh oleh suaminya sepanjang peninggalannya. Ini menyebabkan mereka merasa kesusahan dan kerumitan dalam pergerakan sepanjang peninggalan suami mereka. Inilah ia antara amalan yang buruk dan zalim yang dilakukan terhadap kaum wanita dalam masyarakat Tionghoa.

6 .  Wanita Bangsa Arab Jahiliah

Bangsa arab turut memandang hina kepada kaum wanita di mana mereka merasa malu jika isteri melahirkan anak perempuan. Malah mereka sanggup membunuh atau menanam anak perempuan mereka hidup-hidup kerana bimbangkan keaiban dan kepapaan. Jika mereka membiarkan anak perempuan itu hidup maka dia akan dikerahkan untuk membuat pekerjaan yang berat dan tidak sesuai untuknya. Paling tinggi anak perempuan itu dijadikan alat untuk memuaskan nafsu buas lelaki dan dipermadukan tanpa batasan. Begitu jarang perempuan yang terpelihara kehormatan mereka di kalangan masyarakat arab.

Perempuan yang telah ditinggalkan suami akan diasingkan di suatu tempat  lain di mana dia mesti memakai pakaian yang seburuk-buruknya dan dilarang  keras memakai bau-bauan selama setahun. Setelah cukup setahun maka akan  dibawa kepada perempuan itu seekor kambing atau keldai yang bertujuan supaya  dia menyentuhkan kemaluannya kepada binatang tersebut. Sesudah itu dia akan  diberi pula kotoran unta yang kemudian akan dilemparkannya. Sesudah itu barulah  dia boleh keluar dari rumahnya dan dibenarkan menjalankan  aktiviti hidup  sebagaimana biasa.

Sebahagian orang arab jahiliyah meletakkan perempuan atau isteri ke dalam kumpulan harta pusaka bapa atau suami iaitu setaraf dengan barangan pusaka yang lain. Oleh itu, anak lelaki yang menerima pusaka bapa boleh menagmbil balu bapanya sebagai pusaka. Mereka juga menjadikan wanita sebagai salah satu warisan yang akan diambil atau dipergunakan oleh pewaris secara paksa di mana ketika si anak mengenakan bajunya ke atas balu bapanya sambil berkata : ” Aku mengambil dia ini sebagaimana aku menerima barangan pusaka bapaku “.

Sehubungan dengan ini, ketika dia ingin mengahwininya maka dia akan  terus menggaulinya tanpa maskahwin lagi atau pun bekas isteri bapanya boleh  dikahwinkan dengan siapa sahaja yang dipersetujuinya. Manakala maskahwinnya  diserah kepada siapa yang memperkahwinkannya atau pun dia tidak dibenarkan  berkahwin terus agar dia dapat si anak dapat memiliki harta wanita tersebut  selepas kematiannya. Menjadi adat mereka lagi bapa akan melarang anak perempuannya daripada berkahwin sehinggala si anak perempuan itu dapat  meninggalkann untuknya apa-apa yang pernah dimilikinya. Demikian juga  seorang suami yang menceraikan isterinya akan menghalangnya daripada  berkahwin lain sehingga dia dapat mengambil sesuatu hartanya mengikut  kemahuannya. Iddah bagi perempuan yang dicerai tidak terbatas hadnya  iaitu selagimana bekas suaminya masih mahu mengambilnya kembali maka sehingga itu dia tidak membenarkan isterinya berkahwin dengan orang lain. Si suami bersikap bengis terhadap isterinya dan tidak  menceraikannya sehingga ada juga yang tidak menyerah maskahwin kepada  isterinya. Inilah antara penderaan terhadap kaum wanita yang begitu jelas  kezalimannya.

Perempuan yang sedang datang haidh tidak boleh mendekati suaminya malah tidak dibenarkan makan bersama-samanya.

Kedua   :  Kedudukan Wanita Mengikut Agama

1 .  Wanita menurut  agama Hindu Brahma

Para pengikut agama Hindu Barhma menganggap perempuan sebagai kaum yang hina dan tidak mempunyai sesuatu hak dalam masyarakat. Mereka  sanggup memperdagangkan atau menjual-beli orang perempuan. Malah ramai perempuan yang dibakar hidup-hidup kerana fanatik disebabkan khurafat dan kurang penghargaan terhadap jiwa manusia yang terdapat dalam diri perempuan.
Mereka juga menganggap bahawa perempuan haidh itu najis di mana mereka percaya bahawa darah haidh berbisa yang boleh membunuh manusia. Oleh itu perempuan yang datang haidh mesti dijauhkan daipada masyarakat, dipisahkan daripada bergaul dengan orang lain terutama suami dan anak-anaknya.

Kehidupan perempuan hanya di dalam rumahtangga dan tidak boleh memerintah tetapi mesti patuh kepada arahan lelaki sepanjang masa.

2 .  Wanita menurut agama Yahudi dan Kristian

Setelah diperhatikan melalui kitab-kitab agama Yahudi dan Kristian maka dapat disimpulkan bagaimana kedudukan wanita begitu hina sekali dalam agama mereka. Wanita dianggap najis atau kotoran, sumber dosa dan kedurhakaan, pusat segala pelanggaran, asas kepada segala bentuk perbuatan curang, dasar pendustaan atau penipuan dan tidak boleh dipercayai. Mereka dianggap beracun dan berbahaya di mana mesti dimusnahkan daripada alam ini.Kaum wanita dlilarang belajar ilmu pengetahuan apa lagi mengajar kaum lelaki. Inilah ia antara penghinaan terhadap kedudukan wanita dalam agama Yahudi dan Kristian.

Setelah kita memerhati semua pandangan dan adat yang ada samada mengikut bangsa atau pun agama selain daripada Islam maka dapatlah disimpulkan bagaimana martabat kaum wanita adalah begitu hina dan rendah di sisi mereka. Wanita tidak pernah diakui keistimewaan dan hak mereka dengan sewajarnya. Oleh itu dalam mencari kebahagian dan kemulian hidup maka kaum wanita perlu kepada pengiktirafan dan pengakuan tentang martabat dan kedudukan mereka yang sebenarnya. Oleh itu Islam telah menghapus dan membasmi penghinaan terhadap kaum wanita yang tidak mampu dipertikai oleh sesiapa pun.

Rujukan

1. Nilai Wanita, K.H Moenawwar Chalil,Cv Ramdhani Solo
2. Hak Dan Kebebasan Wanita Islam, Prof. Dr M ‘Atiyyah Al-Abraasyi, terjemahan Dr Ruhani, Pustaka ASA
3. Muslimat Pembangunan Ummah, Ustaz Harun Taib, Pustaka Istiqamah
4. Persoalan Wanita dalam Islam, Muhammad Quthub, Darul Fikir
5. Mukminah Solehah, Imam Hasan al-Banna, Dr Musatafa as-Sibai;e dan Abu Hasan Ali an-Nadawi, Pustaka Ikhwan

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 15,840 other followers

%d bloggers like this: