• Kem Cuti Sekolah 2014

    Pondok Tunjong, Kota Bharu

    ( 100 orang Muslimin/muslimat Umur 11 – 24 Tahun )
    SESI 1 : 1-10 Disember 2014
    SESI 2 : 15 - 24 Disember 2014

    Pengisian
    • Pengajian kitab pilihan
    • Tazkirah dan ceramah motivasi
    • Kursus jenazah lengkap
    • Wirid dan zikir pilihan serta qiamullail
    • Hafalan surah-surah pilihan
    • Tadarrus al-Quran
    • Latihan amali fardhu ‘Ain

    Yuran RM 250 (penginapan/makan minum/bahan kursus)

    Cara Daftar

    Tempah melalui sms

    Taip nama umursesi dan hantar kepada

    Us Nasharudin 0199859887

  • Pengenalan

    Blog ini dikendalikan oleh pihak pengurusan pondok sebagai alternatif kepada portal rasmi madrasah
    www.al-bakriah.com.my

  • Sumbangan Derma

    Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk zakat dan sedekah bagi tujuan kebajikan guru, pelajar dan pembangunan

    Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun tersebut

    1. Tabung Madrasah Diniah Bakriah
    BIMB 03018010098410

    2. Tabung Kebajikan & Pelajaran Pondok Pasir Tumboh
    Maybank 553131002678

  • Facebook/epondok

  • Bakriah Facebook



  • Tazkirah Audio




  • Kandungan Blog

  • Arkib

  • twitter/albakriah

  • Statistik Pengunjung

    • 628,338 orang
  • Tetamu Online

Hukum berjunub

Pengenalan
Dari sudut bahasa janabah  (بُعْدٌ) bererti jauh
Dari sudut syara`
أََمْرٌ مَعْنَوِيٌ يَقُومُ بِالبَدَنِ يَمْنَعُ صِحَّةَ نَحْوِ الْصَلاَةِ حَيْثُ لاَ مُرَخِّصَ
suatu pekara sekira-kira pada makna yang terjadi pada sekelian badan yang menegah ia seumpama sembahyang apabila tiada kemudahan syara`.
Janabah boleh terjadi dengan dua cara
1. Dengan sebab bersetubuh.
2. Dengan sebab keluar mani.
Berjunub / berhadas besar dengan sebab wati / bersetubuh
Sabda nabi   (النبي صلى الله عليه وسلم)
إِذَا الْتَقَى الخِتَانَانِ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ وَإِنْ لَمْ يُنْزِلْ رواه مسلم
Apabila bertemu dua yang di khatan maka wajib mandi dan jika tidak keluar mani sekalipun. Hadis ini  diriwayat oleh Muslim.
Yang dikehendaki dengan bertemu dua yang dikhatan iaitu masuk keseluruhan kepala zakar kedalam faraj, tidak yang dikehendaki disini bersentuh. Maka tidak berjunub seorang dengan masuk separuh kepala zakar.
Sebab-sebab berjunub dengan bersetubuh /wati
1. Lelaki yang bersetubuh dengan perempuan atau binatang samaada pada faraj atau pada dubur
2. Lelaki yang diwati pada duburnya.
3. Perempuan yang diwati pada faraj atau dubur
4. Khunsa yang mensetubuhi dan disetebuh pada farajnya serentak
Syarat berjunub dengan bersetubuh
1. Orang yang mewati nyata lelaki dan yang diwati nyata perempuan. Tidak jadi berjunub khunsa / orang yang tidak nyata lelaki atau perempuan samaada dia yang mewati atau yang diwati
2.  Orang yang mewati dan diwati ialah orang yang hidup. Tidak berjunub orang yang sudah mati samaada lelaki atau perempuan
3. Masuk keseluruhan kepala zakar kedalam faraj atau dubur sekalipun memakai kondom atau berbalut dengan seumpama kain yang tebal. Tidak berjunub dengan masuk separuh kepala zakar.
4. Masuk kadar / angaran kepala zakar bagi mereka yang ketiadan kepala zakar dengan sebab terpotong atau asal kejadian
Tidak disyaratkan orang yang mewati itu
1. ada keinginan
2. bangkit zakar
3. keluar mani
4. pilihan hati
5. usahanya sendiri
Setubuh mayat
Mayat perempuan yang diwati tidak berjunub dan tidak diulangkan mandinya samaada diwati pada kemaluan hadapan atau belakang. Begitu juga dengan mayat lelaki tidak berjunub dengan dipermasukkan zakarnya kedalam faraj perempuan.  Kerana tidak bergantung pada mayat suruhan syara`. Adapun wajib atas kita memandikannya disebabkan mati, supaya menyucikannya dan memuliakannya.
Tidak wajib hukuman hudud sebab mewati mayat perempuan, dan tidak wajib membayar mas kahwin. Seperti tidak wajib diat / ganti rugi memotong anggota mayat. Tetapi binasa ibadat seseorang yang mewati mayat, dan seseorang itu wajib kaffarah puasa dan haji apabila mewati akan mayat.
Mensetubuhi khunsa muskil / mereka yang mempunyi dua alat kelamin
Khunsa tidak diwajibkan mandi apabila dia memasukkan kepala zakarnya kedalam faraj atau dubur manusia atau binatang, dan khunsa tidak wajib mandi apabila  dimasukkan kepala zakar ke dalam alat kelaminnya. Adapun khunsa yang di setubuh duburnya mewajibkan dia mandi.
Mengapa khunsa tidak berjunub apabila dia diwati atau mewati?
Kerana tidak diketahui kedua-dua alat kelaminnya yang mana asli. Boleh jadi salah satu daripada zakar dan farajnya itu anggotanya yang lebih pada ketika itu bukanlah ia alat kelamin. Bandingannya tidak berjunub seorang perempuan apabila farajnya dimasukkan jari lelaki. Begitu juga tidak berjunub seorang lelaki apabila ia memasuk zakarnya kedalam mulut seorang perempuan.
Yang dimaksudkan khunsa muskil ialah seorang yang mempunyai dua alat kelamin yang tidak diketahui yang mana asli. Adapun khunsa wadih iaitu mereka yang diketahui lelaki atau perempuan. Khunsa wadih juga mempunyai dua alat tapi salah satu berfungsi dengan baik. Jika yang berfungsi dengan baik itu zakar maka dia ialah lelaki dan jika yang berfungsi itu faraj maka dia ialah perempuan
Khunsa muskil yang  diwati dan yang mewati secara serentak jadi berjunub kerana hilang syak pada ketika itu. Maka diwajibkan keatasnya mandi.
Yang dimaksudkan serentak ialah dalam satu suci dia melakukan keduanya yakni mewati dan diwati.
Berjunub dengan sebab keluar mani
Apabila seseorang lelaki atau perempuan keluar mani dirinya bukan mani orang lain, pada permulan kali tidak mani yang keluar kali kedua, samaada keluar pada ketika jaga sebab memandang atau berfikir pekara yang mendatangkan sahwat atau ketika tidur dengan bermimpi, dan jika keluar mani bukan jalan yang kebiasan sekalipun seperti keluar dari tulang sulbi; jadilah ia seorang yang berjunub yang mewajibkan mandi.
Jika keluar mani orang lain setelah selesai mandi junub sedangkan ia tidak ada sahwat pada ketika wati, seperti keluar mani lelaki yang mewati  daripada alat kelamin kanak-kanak perempuan  atau perempuan yang tidur, maka keduanya tidak perlu mengulangi mandi.
Jika keluar air mani kali kedua setelah selesai mandi junub tidak wajib dia mengulang mandinya seperti memasuk seorang air maninya yang telah keluar ke dalam alat kelaminnya kemudian air mani itu keluar semula selepas mandi.
Mengenal air mani
Mengenal air mani yang keluar daripada lelaki atau perempuan dengan salah satu dari tiga sifat.
1.Keluar berkeadan terpancar-pancar jika tidak merasa lazat sekalipun
2.Merasa lazat semasa keluarnya jika tidak terpancar-pancar sekalipun
3.Dengan bau tepung yang diuli pada ketika basah dan bau seperti putih telur pada ketika kering.
Jika memperolehi seorang salah satu daripada tiga pekara ini, wajib ia mandi kerana nyata yang keluar  itu adalah mani.
Melihat air mani pada kain atau hamparan
Apabila melihat seorang air mani pada kain yang dia pakai sedangkan orang lain tidak memakainya, atau pada hamparan yang dia tidur tidak dan orang lain tidak tidur di atasnya, hendaklah ia mandi dan mengulang sembahyang yang sudah dikerjakannya kemudian daripada keluar mani, kerana hasillah janabah dengan dia lihat mani itu. Samaada air mani yang kelihatan itu di sebelah dalam kain atau sebelah luarnya. Adapun jika ada orang lain sama-sama memakai kainnya atau orang lain tidur diatas hamparannya, maka tidak wajib dia mandi dan mengulang sembahyang bahkan sunat sahaja kerana syak / ragu-ragu mani yang kelihatan itu maninya atau orang lain.
Peringatan
Keluar mani adalah salah satu daripada tanda baligh. Jadi baligh seorang kanak-kanak dengan keluar mani samaada dengan mimpi, memandang dengan sahwat, atau sebagainya.
Haram sebab berjunub
Haram orang yang berjunub sembahyang sujud syukur, sujud tilawah, sembahyang jenazah,berhenti di dalam masjid, membaca Al-Quran, menyentuh Mashaf
Orang berjunub berpuasa
Harus seorang yang berpuasa melewatkan mandi junub sehinga terbit fajar. Sah puasanya apabila dia melewatkan mandi, kerana sah puasa tidak disyaratkan suci daripada janabah. Tidak membatalkan puasa apabila termasuk air kedalam ronga pada ketika mandi wajib atau mandi sunat bersalahan mandi yang diharuskan, maka batal puasa seorang apabila ia mandi kerana bersejuk atau seumpamanya.
Seorang yang berjunub pada siang hari bulan ramadan tidak batal puasanya jika berjunub dengan lain daripada wati dan mengeluar mani dengan tangan.
Lalu dan duduk di dalam masjid
Tidak haram orang yang berjunub lalu di dalam masjid. Haram ia berulang-alik di dalamnya walaupun dengan hajat, seperti mengambil barang.
Haram orang yang berjunub duduk di dalam masjid, melainkan mereka yang berjunub dalam masjid dengan junub yang lain daripada bersetubuh jika tidak boleh keluar oleh sebab pintu terkunci atau takut kehilangan barang yang ditinggalkan di dalamnya dan hendaklah ia mandi didalam masjid jika didapati air di dalamnya.
Haram seseorang mewati isterinya di dalam masjid walaupun sambil lalu di dalamnya.
Orang berjunub berzikir
Diharuskan orang yang berjunub berzikir walaupun dengan ayat-ayat Al-Quran seperti membaca ketika terkena bala
وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
al-Baqarah. ayat 156
dan membaca ketika mengenderai kenderan
سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ
az-Zukhruf ayat 13
dengan syarat tidak niat Quran.
انشا الله   saya akan sambung

Pengenalan
Dari sudut bahasa janabah  (بُعْدٌ) bererti jauh
Dari sudut syara`
أََمْرٌ مَعْنَوِيٌ يَقُومُ بِالبَدَنِ يَمْنَعُ صِحَّةَ نَحْوِ الْصَلاَةِ حَيْثُ لاَ مُرَخِّصَ
suatu pekara sekira-kira pada makna yang terjadi pada sekelian badan yang menegah ia seumpama sembahyang apabila tiada kemudahan syara`. Janabah boleh terjadi dengan dua cara
1. Dengan sebab bersetubuh.   2. Dengan sebab keluar mani.
Berjunub / berhadas besar dengan sebab wati / bersetubuh
Sabda nabi   (النبي صلى الله عليه وسلم)  إِذَا الْتَقَى الخِتَانَانِ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ وَإِنْ لَمْ يُنْزِلْ رواه مسلم
Apabila bertemu dua yang di khatan maka wajib mandi dan jika tidak keluar mani sekalipun. Hadis ini  diriwayat oleh Muslim.
Yang dikehendaki dengan bertemu dua yang dikhatan iaitu masuk keseluruhan kepala zakar kedalam faraj, tidak yang dikehendaki disini bersentuh. Maka tidak berjunub seorang dengan masuk separuh kepala zakar. Sebab-sebab berjunub dengan bersetubuh /wati
1. Lelaki yang bersetubuh dengan perempuan atau binatang samaada pada faraj atau pada dubur    2. Lelaki yang diwati pada duburnya.   3. Perempuan yang diwati pada faraj atau dubur   4. Khunsa yang mensetubuhi dan disetebuh pada farajnya serentak
Syarat berjunub dengan bersetubuh
1. Orang yang mewati nyata lelaki dan yang diwati nyata perempuan. Tidak jadi berjunub khunsa / orang yang tidak nyata lelaki atau perempuan samaada dia yang mewati atau yang diwati   2.  Orang yang mewati dan diwati ialah orang yang hidup. Tidak berjunub orang yang sudah mati samaada lelaki atau perempuan   3. Masuk keseluruhan kepala zakar kedalam faraj atau dubur sekalipun memakai kondom atau berbalut dengan seumpama kain yang tebal. Tidak berjunub dengan masuk separuh kepala zakar.   4. Masuk kadar / angaran kepala zakar bagi mereka yang ketiadan kepala zakar dengan sebab terpotong atau asal kejadian
Tidak disyaratkan orang yang mewati itu
1. ada keinginan   2. bangkit zakar   3. keluar mani   4. pilihan hati   5. usahanya sendiri
Setubuh mayat
Mayat perempuan yang diwati tidak berjunub dan tidak diulangkan mandinya samaada diwati pada kemaluan hadapan atau belakang. Begitu juga dengan mayat lelaki tidak berjunub dengan dipermasukkan zakarnya kedalam faraj perempuan.  Kerana tidak bergantung pada mayat suruhan syara`. Adapun wajib atas kita memandikannya disebabkan mati, supaya menyucikannya dan memuliakannya.
Tidak wajib hukuman hudud sebab mewati mayat perempuan, dan tidak wajib membayar mas kahwin. Seperti tidak wajib diat / ganti rugi memotong anggota mayat. Tetapi binasa ibadat seseorang yang mewati mayat, dan seseorang itu wajib kaffarah puasa dan haji apabila mewati akan mayat. Mensetubuhi khunsa muskil / mereka yang mempunyi dua alat kelamin
Khunsa tidak diwajibkan mandi apabila dia memasukkan kepala zakarnya kedalam faraj atau dubur manusia atau binatang, dan khunsa tidak wajib mandi apabila  dimasukkan kepala zakar ke dalam alat kelaminnya. Adapun khunsa yang di setubuh duburnya mewajibkan dia mandi. Mengapa khunsa tidak berjunub apabila dia diwati atau mewati?
Kerana tidak diketahui kedua-dua alat kelaminnya yang mana asli. Boleh jadi salah satu daripada zakar dan farajnya itu anggotanya yang lebih pada ketika itu bukanlah ia alat kelamin. Bandingannya tidak berjunub seorang perempuan apabila farajnya dimasukkan jari lelaki. Begitu juga tidak berjunub seorang lelaki apabila ia memasuk zakarnya kedalam mulut seorang perempuan.
Yang dimaksudkan khunsa muskil ialah seorang yang mempunyai dua alat kelamin yang tidak diketahui yang mana asli. Adapun khunsa wadih iaitu mereka yang diketahui lelaki atau perempuan. Khunsa wadih juga mempunyai dua alat tapi salah satu berfungsi dengan baik. Jika yang berfungsi dengan baik itu zakar maka dia ialah lelaki dan jika yang berfungsi itu faraj maka dia ialah perempuan
Khunsa muskil yang  diwati dan yang mewati secara serentak jadi berjunub kerana hilang syak pada ketika itu. Maka diwajibkan keatasnya mandi.
Yang dimaksudkan serentak ialah dalam satu suci dia melakukan keduanya yakni mewati dan diwati.Berjunub dengan sebab keluar mani
Apabila seseorang lelaki atau perempuan keluar mani dirinya bukan mani orang lain, pada permulan kali tidak mani yang keluar kali kedua, samaada keluar pada ketika jaga sebab memandang atau berfikir pekara yang mendatangkan sahwat atau ketika tidur dengan bermimpi, dan jika keluar mani bukan jalan yang kebiasan sekalipun seperti keluar dari tulang sulbi; jadilah ia seorang yang berjunub yang mewajibkan mandi.
Jika keluar mani orang lain setelah selesai mandi junub sedangkan ia tidak ada sahwat pada ketika wati, seperti keluar mani lelaki yang mewati  daripada alat kelamin kanak-kanak perempuan  atau perempuan yang tidur, maka keduanya tidak perlu mengulangi mandi.
Jika keluar air mani kali kedua setelah selesai mandi junub tidak wajib dia mengulang mandinya seperti memasuk seorang air maninya yang telah keluar ke dalam alat kelaminnya kemudian air mani itu keluar semula selepas mandi.Mengenal air mani
Mengenal air mani yang keluar daripada lelaki atau perempuan dengan salah satu dari tiga sifat.
1.Keluar berkeadan terpancar-pancar jika tidak merasa lazat sekalipun
2.Merasa lazat semasa keluarnya jika tidak terpancar-pancar sekalipun
3.Dengan bau tepung yang diuli pada ketika basah dan bau seperti putih telur pada ketika kering.
Jika memperolehi seorang salah satu daripada tiga pekara ini, wajib ia mandi kerana nyata yang keluar  itu adalah mani.  Melihat air mani pada kain atau hamparan
Apabila melihat seorang air mani pada kain yang dia pakai sedangkan orang lain tidak memakainya, atau pada hamparan yang dia tidur tidak dan orang lain tidak tidur di atasnya, hendaklah ia mandi dan mengulang sembahyang yang sudah dikerjakannya kemudian daripada keluar mani, kerana hasillah janabah dengan dia lihat mani itu. Samaada air mani yang kelihatan itu di sebelah dalam kain atau sebelah luarnya. Adapun jika ada orang lain sama-sama memakai kainnya atau orang lain tidur diatas hamparannya, maka tidak wajib dia mandi dan mengulang sembahyang bahkan sunat sahaja kerana syak / ragu-ragu mani yang kelihatan itu maninya atau orang lain.Peringatan
Keluar mani adalah salah satu daripada tanda baligh. Jadi baligh seorang kanak-kanak dengan keluar mani samaada dengan mimpi, memandang dengan sahwat, atau sebagainya. Haram sebab berjunub
Haram orang yang berjunub sembahyang sujud syukur, sujud tilawah, sembahyang jenazah,berhenti di dalam masjid, membaca Al-Quran, menyentuh Mashaf Orang berjunub berpuasa
Harus seorang yang berpuasa melewatkan mandi junub sehinga terbit fajar. Sah puasanya apabila dia melewatkan mandi, kerana sah puasa tidak disyaratkan suci daripada janabah. Tidak membatalkan puasa apabila termasuk air kedalam ronga pada ketika mandi wajib atau mandi sunat bersalahan mandi yang diharuskan, maka batal puasa seorang apabila ia mandi kerana bersejuk atau seumpamanya.
Seorang yang berjunub pada siang hari bulan ramadan tidak batal puasanya jika berjunub dengan lain daripada wati dan mengeluar mani dengan tangan.Lalu dan duduk di dalam masjid
Tidak haram orang yang berjunub lalu di dalam masjid. Haram ia berulang-alik di dalamnya walaupun dengan hajat, seperti mengambil barang.
Haram orang yang berjunub duduk di dalam masjid, melainkan mereka yang berjunub dalam masjid dengan junub yang lain daripada bersetubuh jika tidak boleh keluar oleh sebab pintu terkunci atau takut kehilangan barang yang ditinggalkan di dalamnya dan hendaklah ia mandi didalam masjid jika didapati air di dalamnya.
Haram seseorang mewati isterinya di dalam masjid walaupun sambil lalu di dalamnya. Orang berjunub berzikir
Diharuskan orang yang berjunub berzikir walaupun dengan ayat-ayat Al-Quran seperti membaca ketika terkena bala وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
al-Baqarah. ayat 156
dan membaca ketika mengenderai kenderan سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ
az-Zukhruf ayat 13
dengan syarat tidak niat Quran.
انشا الله   saya akan sambung

About these ads

Satu Respons

  1. bagus info, tapi kesal kerana ada iklan scanner perempuan bogel dalam web ini

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 15,850 other followers

%d bloggers like this: