Sejarah awal pengajian pondok

Dalam sejarah pendidikan Islam di Malaysia, Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan perkembangan pendidikan yang pesat yang telah melahirkan ulama’-ulama’ yang berwibawa.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, pendidikan Islam telah bermula pada akhir abad ke 18.+ Orang yang paling awal menyampaikan pendidikan Islam ialah Tuan Shyeikh Haji Abdul Halim. Beliau mengajar di istana-istana untuk anak-anak raja dan di surau-surau untuk orang ramai .+Murid-muridnya terdiri dari penduduk tempatan negeri Kelantan dan ada juga yang datang dari luar Kelantan bahkan dari luar Tanah Melayu seperti Thailand.

KEMUNCULAN SISTEM PONDOK DAN PERKEMBANGANNYA

Sistem pengajian pondok di Tanah Melayu pula mulai muncul pada pada permulaan abad ke 20, ada yang berpendapat bahawa ia wujud sejak abad ke 19 lagi. + Sistem ini dipercayai berasal dari Pattani, Selatan Thailand. Ada juga pendapat mengatakan ia berasal dari Acheh Indonesia.

Di Tanah Melayu, Kelantan dipercayai di antara negeri yang mula-mula mewujudkan sistem pondok. Pondok pertama yang didirikan di Kelantan ialah pada tahun 1820 M oleh Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Abdullah (Tok Pulai Chondong) Selain dari pondok Pulai Chondong yang didirikan di Kelantan sebelum 1910 ialah Pondok Tok Bachok pada tahun 1900, Pondok Haji Abdul Malik Tumpat pada tahun 1907, Pondok Haji Yusuf Pulau Ubi, Geting Tumpat tahun 1908, Pondok Kubang Pasu Kota Bharu pada 1900, Pondok Sungai Budor, Pondok Kampung Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semian yang diasaskan oleh Haji Wan Abdul Samad bin Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan gelaran Tuan Tabal.+

Sistem ini mula berkembang pesat pada tahun 1909 sehingga Perang Dunia Kedua.+ Antara tahun 1910 hingga 1045 M boleh dikatakan zaman keemasan dalam perkembangan pengajian pondok di Kelantan.Pondok pada masa  itu telah mencapai kemajuan yang gemilang dengan lahirnya ulama’-ulama’ terkenal yang mengharumkan nama negari kelantan. Ada sesetengah pondok pada masa itu mempunyai penuntut lebih dari seribu orang.+

Hal ini tidak dapat disangkal, dalam konteks masyarakat Melayu tradisi, pengajian pondok merupakan institusi pengajian agama yang amat disanjung tinggi. Ibu bapa menaruh kepercayaan penuh kepada sistem ini kerana pelajar lepasan pondok amat dihormati dan mereka adalah alim ulama’ yang akan membimbing masyarakat.

Pada sekitar tahun 1900, Pendidikan pondok telah mendapat persaingan dari sekolah berbentuk sekular yang ditaja oleh British. Sekolah sekular ini telah dibing di Kota Bharu pada tahun 1904. British telah menggunakan berbagai cara untuk menarik minat rakyat ketika itu kepada sekolah sekular. Antaranya dengan mengatakan sekolah berbentuk pondok itu adalah primitif kerana mata pelajarannya tidak sama dengan sekolah Inggeris. Walau bagaimanapun, usaha-usaha British tidak begitu berjaya. Masyarakat Islam ketika itu lebih berminat kepada pengajian agama yang berbentuk pondok.

Antara pondok yang mendapat sambutan `dan mempunyai murid yang ramai selepas tahun 1930 ialah Pondok Terusan Pasir Tumbuh yang ditubuhkan pada tahun 1954, Pondok Bunut Payung, Pondok Lubuk Tapah, Pondok Sungai Durian dan Pondok Kubang Bemban.

Walaupun pada tahun 1950 – 1970 an, sistem pondok masih mendapat sambutan dari orang ramai, akan tetapi pada hakikatnya selepas tahun 1945, ia merupakan zaman kemalapan dalam sistem pengajian pondok. Dengan ini dapatlah dirumuskan  bahawa selepas kedatangan Jepun, pengaruh pondok telah mengalami kemerosotan sedikit demi sedikit.

Keadaan ini semakin berterusan hingga setelah  negara mencapai kemerdekaan. Terdapat juga pondok-pondok yang telah ditutup dan ada juga yang telah menukar sistem pengajiannya kepada sistem sekolah. Contohnya pada tahun 1958, Pondok Bunut Payung, Kota Bharu telah diubahsuai menjadi Madrasah Islamiah dan Pondok Haji Mohd Noor Kampung But menjadi Madrasah Saadah al-Qura pada tahun 1970.

Antara sebab utama yang membawa kemunduran institusi pondok ialah telah timbul perubahan-perubahan di dalam perkembangan pendidikan Islam di Kelantan. Ini kerana pada masa itu telah muncul sekolah-sekolah Agama (Arab) Majlis Agama Islam (MAIK), sekarang telah  diambil alih oleh Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar  di bawah Kerajaan Negeri yang lebih teratur dan selesa daripada pondok.

Penubuhan sekolah-sekolah Agama ini telah mendapat sokongan yang baik dari masyarakat. Ekoran daripada itu, pihak MAIK sentiasa mempertingkatkan usaha dalam bidamg pendidikan dan kemuncaknya telah tertubuhnya Yayasan Pngajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) pada 1 oktober 1965 M.+

Institusi ini telah melahirkan ramai cerdik pandai yang terkenal di rantau ini. Pada tahun 1981, Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan telah diserapkan ke dalam Universiti Malaya dan dikenali dengan Akademi Pengajian Islam.

Namun begitu, kemunculan sistem pendidikan moden pada hari ini, bukanlah bererti ia akan menggugat sistem pengajian pondok secara keseluruhannya. Apa yang jelas sistem pondok ini masih mendapat tempat  dalam masyarakat. Terdapat segelintir pendokongnya tetap mempertahankan sistem ini sama ada dengan mengekalkan pondok-pondok yang masih ada ataupun menubuhkan sistem pengajian ala pondok dengan menggabungkan dua sistem pendidikan, iaitu sistem persekolahan dan sistem pengajian pondok.

Di antara faktor kemerosotan sistem pengajian pondok ialah kerana perubahan politik negara ini, persaingan dengan sistem pendidikan moden, perubahan sosio-budaya masyarakat dan faktor dari dalam pondok itu sendiri, seperti tiada pengganti yang berwibawa selepas ketiadaan pengasasnya.

Walau bagaimanapun pusat pengajian pondok tetap utuh sebagai sebuah institusi pendidikan Islam sehingga sekarang. Kini terdapat beberapa buah pondok yang masih mampu mempertahankan identiti pengajian secara tradisional sehingga sekarang, antaranya seperti Pondok Pasir Tumbuh Kota Bharu, Pondok Sungai Durian Kuala Krai dan Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas.

Perkembangan terakhir menunjukkan bahawa pusat pengajian pondok telah memasuki satu era ke arah kebangkitan semula untuk mengembalikan fungsinya sebagai sebauah institusi pendidikan yang berkesan. Atas inisiatif Tuan-Tuan Guru dan pofesional, pada tahun 1995 satu badan khas, iaitu Pusat Pembangunan Pondok Berhad  (PPPB) telah ditubuhkan di kelantan dengan tujuan untuk membantu membangunkan pondok-pondok yang bernaung dibawahnya dari sudut pentadbiran pondok, infrastruktur dan guru-guru.


About these ads

2 Respons

  1. salam..sy ingin blajar agama,boleh tak sy bljar kat sana..??sy ingin belajar membaca al-quran dengan betul,batas pergaulan dan sebagainya..

  2. Assalam…saya brminat utk mndalami ilmu agama…bgaimana nak buat pndaftran sbgai plajr smentara di p0nd0k pasir tumb0h?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 15,559 other followers

%d bloggers like this: